Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label cerita kosong. Show all posts
Showing posts with label cerita kosong. Show all posts

Thursday, September 27, 2012

Alhamdullilah

 Sebelum...
Selepas


PS: Menu berbuka.. syukur, sendiri beli, sendiri bayar, sendiri goreng, sendiri makan... Tapi, MIL nak belanja makan luar.. Wahhhhh...di manakah?

Sunday, December 19, 2010

Perihal bahasa badan pelanggan pada kacamata hati seorang penjual nasi campur

Malam nie, aku nak kongsi dengan korang hasil kajian a.k.a pemerhatian aku terhadap bahasa badan pelanggan yer…pemerhatian nie hanya dilakukan di citarasa rinduan aje yer…

  • Kalau pandang-pandang – sure ada makanan yang belum sampai lagi, “Eik..nasi dah sampai…lauknya mana???”

  • Kalau jeling-jeling – kurang sedap, tukang masak gerenti tak pandai masak… “awat kurang masin nasi goreng aku nie??”

  • Kalau terkedip-kedip – agak lain rasanya, mesti tukang masak malam nie, bos besor…. “sah, bos besor senang hati, turun padang masak mee goreng mamak aku…”

  • Kalau sengih-sengih – mesti dah tangkap suka dengan salah seorang pekerja di kedai makan tu,…. “tadi perasan si budak indon yang namanya limah, minta-minta dia hantar makanan aku lah malam nie”

  • Kalau angkat kepala – mesti kenal dengan bos besor “minta-minta bos kenal aku, boleh sembang cerita hal silam…heheheh”

  • Kalau tunduk bawah – alamak, tapak kasut aku?…bila pulak aku terpijak taik kucing…..habis lantai mozek kedai nie.

  • Kalau dahi bekerut – “aduh…manisnya air sirap nie, ada lori gula eksiden ker pagi tadi?”

  • Kalau tekan perut “ala…lambatnya nasi lemak aku, dah lapor benor nie..semalam tak makan malam pun”

  • Kalau seluk poket, “adik manis, abang nak bayar nie, semua berapa ringgit?”

  • Kalau raba-raba poket, lepas tu berpeluh-peluh , “alamak, tak cukup duitlah nak bayor…habislah kena cuci pinggan kat dapur….huhuhuhu”



PS: selamat lahir ku tujukan kepada salah seorang pekerja citarasa rinduan,ika jumiati namanya….masih bujang…..umur dah 24 tahun…Semoga beliau dipanjangkan usia, diberi kesejahteraan tubuh badan..amin

Monday, November 1, 2010

aku dah sengal, nuffnang pun sama sekali ker????

Malam nie aku layan fb jer…

Puas berpantun dengan mama fami, mamazieza, sis lin dan kak intan…sampai idea dah kering kena perah malam ini...kontang ko....tunggu cik mat gebu..adeh..lambat sangat...

Tapikan, sempat juga blogging ke blog kawan-kawan yang aku sayangi…mana tau, ada yang sakit atau perlukan pertolongan macam kes ku hari ini

Bab motor tu.,,kita tutup dulu…

Hah???? Korang cuba buka akaun nuffnang korang, agak-agak faham tak apa yang aku perasan…untuk referral dan keywood ada problem lah…




Sah…nuffnang pun dah agak senggal macam aku dan mama-mama yang join pantun di fb tadi….heheheheh

PS: sajer nak buat entry untuk dapatkan mood berpantun lagi…heheheheh

Thursday, September 23, 2010

KERETA IDAMAN AKU....kalau boleh lah...

Aku teringin nak cari kereta yang pelik, comel, cun woooo.....
Kalau pusing kampung, orang pandang, kalau pusing bandor?....polis pulak yang usya......siap minta autograf lagi....hahahhahah

Aku usya kat dalam google...jadi, kredit untuk mr google.....i like....

Jom sekodeng kereta yang aku nak beli tahun 2222 nanti...layan...


1, Jenis nie..aku suka sangat....order jer bulu beruang kat china...sure kena guna 5 ekor.....(ingat senang nak topup satu kereta dengan bulu beruang nie....) kan....kan..., eik...beruang ker anjing....wawawawa.......




2. Jenis nie, senang jer nak cari...janji aku kena ada stok 10 kotak ubat gigi...tak kiralah ubat gigi jenis apa...janji halal...bersih...suci......


3. woooo......nie pulak kereta idaman aku buat pusing keliling kampung....banyak kelebihan..tak payah pakai aircon atau susah-susah nak lap tingkap....jimat

keburukkan....selalu kena buang air dalam kereta nie, time hujan lah....wawawa...(sebab tu aku kena pikir 100 kali nak beli)



4. Jenis kereta nie, memang aku akui aku kurang suka, bukan sebab aku tak suka kucing, sebenarnya kena beli gak satu biji....buat layan si Umai yang suka warna pink............yang penting pink.........

Keburukkan, kalau aku bawa pusing bandor,,,sah aku wajib sondol si kelisa....si kenari......(sebab jenis kereta nie tak perlu bubuh minyak petrol, hanya makanan yang sewaktu dengannya...) lallalalalala


5. Jenis kereta nie lah yang paling layak aku beli, sah...aku kena order gak.....wajib tu..dibuatnya aku berbelajer lebih kat pasar..boleh ikat kat 4 x4 aku....

Kebaikkan...banyak...jimat....beli 5 biji pun tak apa....tak perlu membazir beli minyak petrol....sport rim pun tak payah ganti.....



Saturday, August 21, 2010

JELING-JELING, eik kami buat salah ker?

Assalamualaikum,

Lambat juga hari ini aku update blog, alkisahnya…pagi tadi lepas mengemas rumah, en zalie minta hantar ke benut, Pontian. Berubat ke sana, dengan keadaan aku yang belum mandi…dengan kain baju yang dah siap dibasuh namun belum di sidai lagi…eik kena cepat nie….

Akhirnya, duszz….baszz….siap gak ko, jam 10.15 pagi terus aku pandu storm menghala ke tol Kulaijaya, sempoi gak kan pergi jalan jauh tanpa rancangan awal…

Sampai ke benut, melalui haiway sedenak…teringat kat blogger fames nun di sedenak yang sedang penat melayan kerenah blogger yang asyik mencuri entry makanannya, nak buat macamana cik mat..awak terlebih femes..sampai orang dah berani ambil kesempatan..sabor ajer lah kan,..

Selepas berubat di sana, aku dah start keletihan, cuaca pun tak lah panas sangat, namun demi en zalie…aku kuatkan semangat, singgah sekejap ke Bandar Kulaijaya, beli barangan dressingnya di farmasi…

Terlupa nak kongsi tentang karenah pemandu Malaysia abad kini…

Semasa di hentian Kulaijaya menghala ke tol kulaijaya, aku perasaan akan kehadiran sebuah 4x4 yang mengekori storm aku, rapat sangat, siap tonjol belakang storm. en zalie kalau aku yang pandu mulut dia mengalahkan nenek-nenek…pot..pet…pot..pet…

Nasib dia belum boleh drive, agaknya kalau dia sihat, sure dia tak bagi aku pandu, katanya aku mengalahkan driver ambulans….hahahahha…lantak lah ko…

4x4 tu, makin lama makin berani, main jeling-jeling kat kami…bila dia dapat potong, aku pula potong 4x4 dia semula…eik…dia jeling lagilah…aku ada buat salah ker,agak-agak aku dia ada masalah suka jeling-jeling kot…(aku tak berani nak pandang-pandang jeling,jeling…en zalie yang sampaikan kat aku)

Last-last aku perlahan sedikit pemanduan..biarlah 4x4 tu lebih laju dari aku, lagipun baru 12.45 tengahari..aku pun bukan nak kejarkan benda yang lebih penting…nak makan tengahari?...puasalah……

Asalkan pemanduan aku berhemah…tak semestinya perlahan namun berhemah, demi keselamatan kami.

PS nasib aku tak pandu lebih laju, depan ada sekatan jalanraya oleh polis Malaysia….puhh….lega, 4x4 tu?....korang pikir sendiri lah kan, kena tahan atau tak?

Friday, June 18, 2010

MASIH ADA SAYANG!!!

Sedang si isteri menantikan sms mahupun panggilan daripada si suami tersayang…si isteri…mengeluh sendirian, bukan ertinya si isteri kecewa dengan sikap si suami yang berubah 100% ke sifat menyendiri..tetapi si isteri mahukan si suami bersifat terbuka…yakin bahawa masih ada sinar untuk esok hari

Sebulat suara, si isteri terus meyakinkan dirinya….YA,,,aku harus menyapa si suami didalam sms, walaupun tiada balasan dari si suami, si isteri tak malu dan tak peduli…hanya satu niatnya…membangkitkan kemesraan yang kian pudar

~abang apa khabar?....rindu dengan abang, abang sayang Ibu?...~sms ditujukan kepada si suami tanya peduli apa jua tanggapan…

10 minit menunggu ……namun, tiada balasan…masih jua hati menunggu…merayu..mendayu-dayu……kenapalah si suami tak hiraukan perasaanya sekarang?...jika sayang katakan..jika benci bilang benci………tidak aku ternanti-nanti.(ibarat lagu safura…pujaanku tahun 90an)

Si isteri, mengeluh sendirian….si suami terus dengan menyepi…

Tetapi, si isteri merasakan si suami masih dalam dunianya sendiri..terperangkap dengan seksa batinnya…namun, ada lagi langkah lain untuk meneruskan bunga-bunga yang layu untuk terus dihiasi cantik nun dihujung kamar..

Walaupun bunga itu tak segar,tapi si isteri yakin…dia mampu mengubah keaslian sebenar si bunga sakura itu..

5.4.3.2.1……….tit..tit….(si isteri tergamam…..adakah salah pendengarnnya.?) YES…..YES………….penantian terlerai jua..

~Alhamdullilah…abang masih kuat menahan dugaan, ibu tetap dihati abang,I luv u ~

PS: masih ada sinar untuk esok….maka, bahagialah si isteri….kerana keyakinan terhadap si suami tersayang….

Sunday, January 31, 2010

ahad

Hari ramai sedunia
pelanggan tak putus2x...
alhamdullilah rezeki.......

tak ada apa2x yang aku nak syer dengan ko yuyu
apapun....karen di kawasan aku out dari jam 5petang hinggan 9.30 malam

aku dah letih sangat.....
tidurlah penyembuh segalanya
esok umai sekolah....pakaiannya dah siap digosok
layan novel Norzalina Nordin Cinta 365 Hari...best ooooo
sebab
aku tak minat bola......

salam yuyu,,,,,
semoga yang baik-baik sahajakan akan berlaku
amin...

Saturday, January 30, 2010

sabtu (30hb januari 2010)


salam
hai yuyu...mood aku kurang baik...penat atau kekenyangan makan banyak semalam kot....ikutkan aku ada 2 kenduri yang wajib aku pergi 1 di pasir raja dan satu lagi potong jambul cucu kepada cikgu nur umairah,aku mohon minta maaf kepada mereka,ikutkan nak juga aku meraikan majlis-majlis seperti itu.,...memandangkan mak mertuaku kurang sihat maka aku memasak seperti biasa....

menu hari ini ikan sembilang,selar papan masak asam pedas...ayam kari dan lain-lain..nak tulis banyak2x sah2 korang boring nak membaca,,,


siap sahaja semua menu dihidangkan, tiba-tiba aku menerima tetamu iaitu Dato Adham Baba...disini banyak juga aku rakamkan gambar2x yang aku curi dari tempat aku lepak (chasier)...heheheeh,banyak gambar belakang....nasib aku baik kerana pemandu dato membantu aku menyenangkan proses menangkap gambar dato dan ahli kampungku...

ini lah hasilnya...







terima kasih.....
semoga dato sentiasa mengunjungi kampung kami....
maklumlah jika dato turun ke kampung kami memang dia tak segan silu untuk menjamah semua menu,,,,
hari ini dia makan kepala ikan sembilang,telur puyuh,sayur bayam dan air fresh orange suam...

telatah dato yang menganggap kami seperti kawannya amatlah kami hormati.....

Friday, January 29, 2010

jumaat



yuyu
salam jumaat, memandangkan hari ini hari cuti....maka selepas hantar umai ke sekolah aku telah mencipta idea untuk mengemas rumah...lagipun kenduri adik hampir tiba....kalau nak kemas satu rumah memang tak larat....aku panggil pekerjaku untuk membantu menyiapkan proses menyemas.....

nak dikemas sorang-sorang gerenti lambat siap,nak ambil umai dalam jam 11.30pagi lagi...nak memasak untuk suami lagi...sudahnya 2 orang pekerja aku membantu dengan rela hati

Zali dan anak saudaraku ke kedai untuk pemasangan mesin tapisan..sebelum ini aku mengunakan produk bio aura,memandangkan tekanan air amatlah lembab,,,,maka ayahku menukarkan dengan yang lain....

okeylah yuyu,,,,aku sambung dengan aktiviti aku hari ini....semasa sibuk aku mengemas stor...
hubby layan karoker dengan anak saudaraku.....
aku apa lagi tumpang sekaki....
ilang sedikit tekanan kat kepala.....
yang penting aku happy.....


hahahah, muka anak saudaraku yang baru bangun tido....dah mandi pun.rupa mcm orang belum basuh muka...wawawawawa...marah dia kalau baca statment aku...




semua harta benda umai dan barang2x yang aku dah keluarkan....nasib ada ika dan asnik...terima kasih kerana membantu aku......muah2x untuk kamu berdua



gambar selepas stor siap dikemas pada jam 11.15pagi..ada masa lagi aku nak ambil umai.....
nasi belum masak........macamana nie

bila hubby balik dari pemasangan mesin air di kedai, dia ajak aku makan luar...............
aku tanya boleh ker
dia kata....boleh....sayang tak payah masak yer.....
hah................
suka2x.....
senang hati....tukang masak dapat cuti kerja dan cuti masak dirumah........horrey.....


tepat jam 5petang aku keluarga pergi ke Restoran Remaja, di Kota Tinggi.....
menu kami nasi putih,kailan, siakap stim, telur bungkus,sop cendawan dan sirip ikan yu...
aku dah lah diet.....
memandangkan abang dah belanjer....aku on jer....memang aku pun amggap jumaat hari diet aku hancus....maklumlah...kalau dah berkeluarga...mesti nak layan keluarga....so,friday no diet2x..hahahahah..poyo diet ku....



umai yang suka makan nasi, semua makanan dia panggil nasi lemak....bolehlah nak......ibu tak kisah janji umai makan...


hubby dah mula lemah semangat..........banyak sangat menu...last2x kami tak larat makan...nasib ada anak saudara yang perabiskan makanan...

ini lah rupa sop cendawan....memang macam kuah bening,halia pun banyak.......bagus untuk orang yang badannya banyak angin....
alhamdullillah,semua makanan rm59.00....
kekenyangan kami sekeluarga......
aduh....dah mengantuk nie...

yuyu......
ko pun kenyang dengan cerita aku ker....
layan jerlah tuan ko nie...
hahahahaha
selamat malam yuyu

Thursday, January 28, 2010

khamis (28 hb januari 2010)


seperti biasa kedai aku menerima tempahan, kali ini daripada makmal pejabat felda bukit besar,kulaijaya, seawal pagi kami sibuk dengan menyediakan bahan-bahan untuk memudahkan tempahan disiapkan mengikut waktu yang ditetapkan

alhamdullilah, selepas siap sarapan pagi, aku mengantar umai kesekolah...
masa memang amat berharga pada aku.....
dengan skill pemanduan yang ada....senang aje aku atasi...hehehehe.....biasalah area kampung aku tak lah jem seperti dibandaraya.....
hidup kampung felda sungai sayong...

ini aku rakamkan untuk pembaca blogku....semua sajian makanan setiap hari pelbagai jenis.... dan bertukar menu...sekiranya berminat untuk merasai air tangan aku...jemputlah ke kedaiku
masa operasi ; 7pagi-11malam
setiap hari dibuka kecuali hari jumaat.
lokasi seperti tetera di halaman blog..





inilah aku...alahai.kenapa aku tak pandang kamera eik...tak sempat posing ini...alahai...poyo



manja sungguh si sina nie.....inilah hubungan aku dengan pekerjaku....sama2x memerlukan....terima kasih kepada semua pekerjaku


kuah asam pedas, bersama ikan-ikan yang sedang dimasak....inilah kerja2x ku harian...orang pegang pen,aku pegang sudip...








okeylah yuyu....
esok aku bercuti....kemanakah destinasi aku dengan hubby...tunggu sahaja entry akan datang
salam yuyu

Wednesday, January 27, 2010

rabu (27hb januari 2010)


salam yuyu
hari ini,aktiviti ku seperti biasa,
siap sahaja masak sarapan pagi,terus aku siapkan umai ke sekolah
balik ke kedai semula untuk masak tenghari,memandangkan pekerjaku ada 6 orang,mereka menyiapkan memotong,membasuh segala bahan-bahan. Aku akan menyiapkan rempah dan memasak kesemua menu....alhamdullilah, pekerjaku kebanyakkanya menyiapkan kerja tanpa rungutan. lagipun aku jaga baik hati mereka...siap ada pelbagai aktiviti untuk mereka...

yuyu....
petang ini aku dah janji nak jogging dengan kawan baikku (kak ida), dah 4 hari aku cuti jogging
ini berkaitan dengan kemangkatan Sultan yang aku sayangi...aku masih berkabung lagi... berikutan dengan kesedihan ini, aku amatlah dukacita dengan pelbagai blog orang-orang yang tidak bertanggungjawab...bermacam2x spekulasi yang timbul....
siapalah aku ini yuyu...rakyat jelata johor yang hanya berdoa satu hari nanti mereka akan menerima balasan yang setimpalnya.





Ini lah suasana kedaiku, kami masih berkabung....
namun menjalankan aktiviti seperti biasa....rezeki perlu dicari.....



Monday, January 25, 2010

Pendatfaran Adik ke Sek.Men.Teknik pada 25 january 2010

hai yuyu
hari ini, aku datang memberi sokongan kepada adik tunggalku mohamad shahrul Nizam Ab rahman untuk mendaftar ke sek.men teknik Kota Tinggi dalam aliran kimpalan. Alhamdullilah,dapatlah peluang adik untuk berdikari dan mengasuh diri untuk melakukan aktiviti dan persekolahan tanpa bantuan keluarga
orang kata anak lelaki kena kuat semangat...tak boleh mengaku kalah....semoga adik berjaya...kak doakan adik boleh membawa diri ke tempat orang, berjaya dan belajar bersungguh-sungguh untuk masa hadapan..amin

ibunda tercinta (Puan Jumiah Ramli),nampak diraut wajahnya yang sedang kepenatan

ayahanda tercinta (En Ab,Rahman Dollah) sedang sibuk menguruskan pendaftaran adik, abis akaunnya pun surut....rm800.00 baru yuran2x belum duit barang keperluan....


Aku dan umai yang sentiasa happy walaupun sebenarnya amatlah kepanasan,dewan penuh,kami duduk di luar bersama pelajar-pelajar baru yang daftar lewat....memag ramai gile
yuyu.....kalau ko nak tahu,nie baju kebaya tahun 2005...nampaknya aku dh berjaya memakainya
yahoooooooo





inilah rupa adik kesayangan ku.... nie rambut sebelum dia potong...sekarang dah tak ada lagi..aku dah suruh mamak kasi zup................


umai....kalau ambil gambar nombor satu....


Inilah suasana diluar...memang panas,hangat.....





Sunday, January 24, 2010

Riadah





Salam yuyu
Pada hari jumaat yang lalu aka hari cuti untuk kedai makanku
Kami sekeluarga dan kesemua pekerja telah menjalankan aktiviti riadah ke wet world kota tinggi,Johor Bahru


Aktiviti ini diadakan idea dari suamiku tercinta
Mohamad Razali Bin Hamis
memandangkan ibu bapa ku baru sahaja beriadah kesini pada penghujung bulan 12 2009 iaitu puan Jumiah Bte Ramli dan Ab. Rahman Bin Dollah serta sahabatnya puan Sal. Mereka pergi untuk mengubati penyakit...memang ramai yang berkata, air terjun adalah penawar untuk penyakit, terutamanya air yang turun dari gunung, sebelum ini aku pernah pergi ke wet world batu bahat pada 1 January 2010
tapi memang kurang elok,kerana air yang terhasil dari mesin
tak ori...


maka kami pun begerak selepas aku jogging. Jam 8.00 pagi kami begerak seramai 11 orang yang mengikuti, maka 2 biji kereta kami gunakan,mulanya suamiku dah berangan nak bawa motor kesayangan nya,nasib tak elok kerana cuaca dah mula gelap
felda sungai sayong ke Wet World kota tinggi mengambil masa 1 jam setengah,semasa dalam perjalanan hujan dah turun dengan lebatnya
aku harap-harap cuaca di sana baik- baik sahaja

Alhamdullilah tiba ke sana, cuaca cerah seperti yang aku harapkan
selepas membayar tambang dewasa rm7,50 aka rm 40.50 termasuk caj kereta
kami lepak sarapan dahalu
pengujung pun tak ada..
alhamdullilah,niat kami termakbur,dapatlah kami buat kawasan ini seperti tempat kami...
huhuhuhuuhhu

sejuk gile air gunung nie,
aku memang tak sabar,.....peeh.sejuk-sejuk pun aku tahankan jer...

cantikkan permandangan air terjun ini
aku memang berhajat nak buat ubat untuk sakit seperti masalah batuk, lendir dan lain-lain
jua,untuk menghilangkan lenguh-lenguh badan


posing gile.


syok gak naik menatang nie....aku memang bab ini tak pernah lepaskan
leh jerit2x..........pusing2x atas nie
kalau lah kat umah ada alat nie..sah3x
aku duk atas tu hari-hari....poyo sungguh
hahahahah

heheheh.aku rasa pic nie dah menunjukkan aku dah kurus sikit
heeheheheh, perasan sungguh

adik aku punya lah penat layan tube ini,
aku pulak layan dok berangan
hahahah
siannya dia
time ini aku memang rilek..malas nak pikir masalah kat kepala
yang penting aku happy



main bola sampai aku dah lupa dunia seketika
kitaorang main sampai lupa yang perut nak diisi
kejar mengejar bola..
macam budak2x


wajah-wajah kesejukkan kami,gigil gak berendam hampir 4 jam dalam air nie



inilah wajah keluarga dan pekerja ku yang menjayakan pogram riadah





semoga ada rezeki dan masa yang terluang, kami akan beriadah ke tempat yang lain....semua perbelanjaan di tanggung oleh suamiku dan ayah mertuaku En Hamis Bin Abu....terima kasih sayang.........terima kasih abah.........sayang keluargaku..........