Yuyu
aku ambil masa untuk menghasilkan menu nasi ambeng ini ke dalam blog...
entahlah idea ada tapi nampaknya aku kurang sihat
kadang-kala buntu untuk menulis
walau bagaimana pun aku tetap menulis untuk kawan-kawanku..
janji mesti ditunaikan
Nasi ambeng tempahan yang siap aku bunkus (harga rm3.50)
nyami...........tempahan nie,untuk kenduri arwah, orang yang tempah makanan inihanya minta 70 bungkus sahaja..
inilah urap pucuk ubi yang dah siap aku masak...
urap ini daripada pucuk ubi,kacang panjang dan tauger...untuk menyedapkan bahan aku bubuh cengkur....baunya sangatlah mengharumkan aka membuatkan air liur orang yang menghidunya meleleh2x..heheheh
selalunya orang buat nasi ambeng dengan mengunnakan ayam masak merah,kalau aku pula suka ayam masak kicap, maklumlah ayamkicap ini taklah berapa pedas. malah kanak-kanak mengemarinnya
ini pula sambal goreng, sebenarnya bahan-bahanya terdiri daripada kentang,temper,soon hoon,tahu kering,udang basah dan kacang tanah
Inilah rupa tukang masak yang dipanggil Puan Siti Ruhayu Ab Rahman
time ini tempahan untuk kenduri arwah oleh En Arman perlu dihantar ke masjid jam 6.30 petang
Oleh kerana aku sentiasa sibuk dengan masakan, aku telah membuat sambal tumis untuk sarapan pagi untuk keesokkan hari..
azan maghrib dah berkumandang
aku stop dulu
karang-karang aku tulis lagi
0 ulasan:
Post a Comment