Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, June 30, 2013

Satu penghargaan bila Dato Siti Nurhaliza mencuba resepi di blog Citarasa Rinduan

Instagram Dato Siti Nurhaliza pada jam 7.34 (30 Jun 2013)

(Daku copy semula Ayat Dato " Disinilah Ct dapat resepi puding oreo...siapa-siapa nak cuba silalah, thanks You Very Much ruhayurazali. luv it!)

Alhamdullilah, sebenarnya sudah hampir sebulan blog CR tidak bernyawa, kengkangan masa buat daku terpaksa membiarkan blog CR tanpa entry dan resepi baru, Syukur, kuasa Allah malam ini ku terima berita gembira. Buat Dato terima kasih kerana sudi mencuba resepi puding Oreo Bercoklat, klik SINI untuk sahabat- sahabat yang lain ingin  cuba membuat puding oreo ini.

Terima Kasih Allah, terima kasih kepada sahabatku blogger Jaja dan blogger-blogger yang memberi tahu akan berita terbaru ini, Hanya Allah yang membalas jasa baik kalian.. Syukran!!

(thanks Jaja kerana sudi copy semula ke whatapss Ayu)


Monday, June 17, 2013

Resepi Bingka Durian sedap ooooo!!

Selamat malam, dah berbuka puasa ker kengawan? Ginilah daku.. sekejap ada, sekejap tiada... Nak meronda ke blog kengkawan yang lain pun agak sukar.. Semakin hari bila didalam dunia perniagaan daku semakin sibuk menguruskan keperluan di kedai, kengkadang tu update FB pun sambil2 layan pelanggan atau  memasak. Tangan kanan pegang handphone, tangan kiri menggoreng makanan. Hahhahahha.

Sekarang nie dah musim durian kan?? Daku dapat durian percuma dari pokok durian peninggalan arwah atok En Zalie. Rumahku nie kalau dapat durian kami tak makan gitu2 jer, maklumlah kesejahteraan kami tak mengizinkan. Jadi daku hanya buat bubur kacang durian dan bingka durian sahaja.

Korang pernah cuba buat kuih bingka Durian? peeh!!!!!!!!! lembut dan sedap ooooo. Ku kongsikan resepi mudah ini untuk sahabat yang mengemari kuih yang berasaskan durian.

Bahan-bahannya
Resepi asal: Dari ibuku, Puan Jumiah Ramli. Resepi bingka pandan sila KLIK


Telur ayam - 3 biji
Tepung gandum – 4 cawan
Gula pasir – 2 cawan
Susu cair – suku tin
Air paip – 2 cawan
Santan –  1 kotak (aku guna yang segera, kalau kelapa parut, sila perahkan santan, ambil yang pekat sahaja)
Garam – 1 sudu teh
Isi Durian 6ulas
Minyak masak- sedikit untuk oles seluruh permukaan dalam loyang
Bijan – 50 gram (sanggan tanpa minyak)



Cara menyediakan

  1. Kisar semua bahan kecuali, bijan dan minyak masak..(blander)
  2. Oles minyak masak dalam loyang, bakar bahan-bahan kisar tadi ke dalam loyang di dalam oven pada suhu 180 c, 1jam 20 minit
  3. untuk 20 minit terakhir taburkan bijan ke atas kuih bingkai bakar tersebut
  4. sila sejukkan, untuk memotong..siap untuk dihidang dan dimakan.

(bubur kacang dimakan dikala petang atau selepas berbuka puasa. Peeh!! nikmat)

Thursday, June 13, 2013

Resepi Roti manis secara manual

Sebelum nak syer resepi ini, daku nak menyapu dahulu rumahku yang berdebu, Fuhhhh!!!!!!!! Sawang yang banyak buat daku berat nak update blog. Bahahhahah.. dah dasar banyak kerja, nak buat macamana kan.. Mujurlah pagi ini ada kesempatan update blog sebelum nak bersilat di dapur CR

Hari selasa lepas kebetulan CR tidak beroperasi, sempatlah daku meroti. Itu pun sebab hati rasa tak best bila memandang tepung-tepung roti ada 2-3kilo dalam peti ais. Hahhahah... (masa beli tak agak2, macam nak niaga roti)

Okey mukadimah agak panjang.. Assalamualaikum pembaca blog CITARASA RINDUAN, salam 4 Syaaban.. Kurang lagi sebulan kita dah jumpa Ramadhan. Pastinya pelbagai idea suri rumah untuk memasak buat berbuka puasa, tak kurang juga ada yang rasa nak meroti , maiiiii daku syer resepi roti manis secara mengguna tanggan tanpa guna Bread Maker.

Jom semak resepinya
(roti manis yang lembut dan gebu)
Bahan-bahannya
Resepi asal: guru AMWAYku yang mengajar, tapi telah ku derhakakan pada kesenanganku mengunakan jari2ku.(manual)


  1. Tepung roti 400g**
  2. Yis mauripan 1/2 bungkus**
  3. Bread Softner 1 sudu teh**
  4. Bread improver 1 sudu teh**
  5. Gula pasir 2 sudu makan**
  6. Telur 1 biji (kocak dengan sudu)
  7. Susu Manis 2 sudu makan
  8. Air sejuk dari peti ais 200ml
  9. Garam sedikit sahaja (larutkan dalam air suam)
  10. Butter 50gram
*** sapuan atas roti ambil telur kuning yang dicampurkan air dan susu manis, sapu atas permukaan roti***

Cara menyediakan
  1. Panaskan oven selama 20minit, suhu 170c
  2. Bahan bertanda ** satukan dalam satu mangkuk, gaul rata semua bahan.
  3. Kemudian, masukkan telur, susu dan uli mengunakan air sejuk hingga adunan sebati. Jika adunan keras, tambah sedikit air.
  4. Masukkan air garam dan butter. Uli lagi hingga adunan tidak melekat pada jari
  5. Rehatkan adunan doh dalam 40 minit
  6. Bentukkan doh mengikut kesukaan anda, gunakanlah apa-apa sahaja loyang yang ada didapur.
  7. Biarkan adunan naik 2 kali ganda dalam masa 40minit, sapu permukaan atas roti dengan bahan sapuan***baru bakar. Masa bakar 25minit
  8. Jika roti dalam oven tidak berwarna kekuningan, tambah masa membakar. Jika mahukan warna roti yang tidak gelap, tutup permukaan loyang guna aliminium foil.
  9. Selamat mencuba

(jika ada lebihan doh, boleh pelbagaikan untuk buat mini pizza atau apa-apa sahaja kesukaan anda)

Sunday, June 9, 2013

Selamat kembali ke Sekolah

( Desaru 30 April 2013)

Bermulalah rutin seperti biasa pada esok hari. Para ibubapa pastinya akan mengatur jadual seperti 2 minggu nan lepas, menguruskan persekolahan anak2, manakala cikgu2 akan kembali bekerja seperti biasa mendidik anak2/pelajar. Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak.

Esok juga merupakan bulan syaaban yang pertama. Mudahan amalan solat sunat dan puasa sunat dipertingkatkan, pada sesiapa yang masih berhutang puasa, Habiskanlah segera. Jangan lengahkan amalan wajib dariNya buat kita.

"Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci-membenci)"
(riwayat Ibn Hibban, al Bazzar dan lain-lain)

Friday, June 7, 2013

Resepi: Puding Laici Dangdut


Sedap, kurang manis, lembut dan segar. Itulah ayat yang ingin ku kongsi kepada kalian betapa enaknya Puding ini, resepi asal oleh Blogger Sinar Kehidupanku Kak Hayati Ramlan. Masukkan kedalam peti ais, ianya sesuai dimakan diwaktu panas. Pehh!! Bagi 10 bintanglah.

Jom semak resepi mudah ini
Resepi asal dari blogger Kak Hanieliza
Resepi yang saya ambil dari blog Sinar kehidupanku
(Nor Hayati Ramlan)
Kredit buat beliau, Ayu minta izin taip semula resepi kak Yati yer.

BAHAN-BAHANNYA

  1. 10 Gram agar-agar serbuk/1 paket agar2 tali 28g
  2. 2 liter air
  3. 1 1/2 cawan gula
  4. 2 tin laici (asingkan airnya)
  5. 1 tin susu cair
CARA-CARA MENYEDIAKAN
  1. Masak agar-agar bersama air hingga mendidih (sebab aku guna agar2 tali, jadi kena basuh agar2 tu)
  2. Masukkan gula. Biar mendidih lagi, Tutup api (jika guna agar-agar biasa, tapis dahulu)
  3. Masukkan air laici dan susu cair kacau rata.
  4. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk kecil. Sejukkan sebentar
  5. Kemudian sejukkan dalam fridge
  6. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi, Boleh juga dimakan bersama susu cair atau air lebihan laici, selamat menjamu selera.


(12 mangkuk kesemuanya, 5 lagi sudah selama diedarkan pada jiran)

Thursday, June 6, 2013

Resepi Kek Pisang gebu dan lembut

Selamat petang sahabat alam mayaku, Petang-petang gini layan roti panas, pisang goreng panas, kek panas atau apa-apa makanan panas syokk oooo...
Tengahari tadi sebelum nantikan solat zuhur daku sempat meng'baking sekejap.
Kek pisang kegemaran En Zalie, manakala muffin pisang untuk Umai.

Jomm.. semak resepi
sumber: resepi sendiri
BAHAN-BAHANNYA

  1. Tepung gandum 2cawan (daku sukat guna cawan minum pagi/petang) **diayak
  2. Bikarbonat 1 sudu teh**diayak
  3. Serbuk penaik 1 sudu teh**diayak
  4. Esen Vanilla atau Esen pisang 1 sudu teh
  5. Pisang berangan 2 biji, (daku guna pisang 44hari. 5-6 biji memadai) lenyekkan hancur. 2 lagi buat hiasan atas kek nanti.
  6. Magerin/planta 1 cawan
  7. Gula pasir 1 cawan (kurangkan pun boleh, boleh isi gula tak penuh dalam cawan)
  8. Telur ayam 3 biji Gred A, daku suka guna gred C, so pakai 4 biji

(ku buat 6biji muffin kek dan seloyang Kek. Hiaslah muffin tu guna rice coklat atau apa2 yang korang suka, asal anak korang suka sebab dihargai)

CARA MENYEDIAKAN

  1. Panaskan oven 160'c selama 30minit
  2. Terus putar mixes. Mixes gula dan majerin sampai halus, guna jari kalau rasa gula korang masih kasar, tolong putar lagi. Dalam masa 2 minit tak halus gak, tak apa korang masukkan jer telur satu persatu. In Shaa Allah akan haluslah gula tu. Hehhehe
  3. Masukkan esen vanilla/pisang. wangikan baunya...
  4. Baru masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan bikarbonat. Masukkan sedikit demi sikit, pembantu aku si Umai memang suka bab2 masukkan tepung.
  5. Diakhiri dengan pisang, perlahankan mixes. Guna senduk kayu untuk satukan pisang dengan adunan lain.
  6. Dah boleh masukkan dalam loyang yang bawahnya dah dibubuh kertas alas kek. Korang boleh sapukan lebihan majerin keseluruh loyang ya. Hiaslah kek korang dengan lebihan 2biji pisang. Biar berseni gitu.
  7. Boleh bakar dah, guna suhu sama tapi masa bakar adalah 50minit.
  8. Bila masa membakar selesai. Buka pintu oven. Sejuk baru ambil dan boleh dipotong. Selamat menjamu selera.

Wednesday, June 5, 2013

Wordless Wednesday: Umai tak ada Geng!

Makan bersama-sama

Jalan-jalan bersama-sama

Shopping sama-sama

Belajar mewarna dan baca buku bersama-sama

Solat bersama-sama

ps: kini Umai tak ada geng, sepupunya sudah pulang. Alahai! kasihannya...

Tuesday, June 4, 2013

Dato singgah CR lagi

Dato Adham Baba gemar makan ikan asam pedas di CR. Selepas pilihanraya ke 13, hari ini dato ke CR, terima kasih dato... beliau pemimpin yang paling peramah, mesra dengan pelanggan dan orang kampung di sini.

ps: hari selasaku yang sedikit sibuk, baru pulang dari majlis yasinan sahabat. Sayur nangka, ikan masin.. peberatku. Memang aku skip ambil lunch hari ini. Risau semasa yasinan ku tertido berkali2. Hahaahhaaa....

Monday, June 3, 2013

Jangan bohong!

Konon derhaka resepi kek kepada muffin, alasannya sebab bila minta umai ke dapur untuk bantuku buat kerja2 dapur. Aku perlu pandai berkata2 kononnya daku buatkan muffin untuknya, walahemah daku nak buat kek pisang atas permintaan En Zalie

Dan akibatnya? sila tabah ya kaum ibu..  dah bohong pada anak. Terimalah padahnya. Kalau kek pasti hasilnya kek...


ps; mujur hanya 6 biji muffin derhaka. seloyang kek pisang sudah dimakan oleh En Zalie

pss; peringatan pada diri sendiri, JANGAN BOHONG!

Sunday, June 2, 2013

Bila rambut anak-anak dihinggapi KUTU, jalan penyelesaiannya?

Ini bukan iklan ubat kutu, tapi ini cara yang paling berkesan dengan izinNya. Aku cari ubat ini di farmasi. Harganya hanya RM 15.90, Terdapat sikat kutu yang comel, giginya dari besi. Cara nak guna, buat shampoo jer. Lumuh gel Delice kat rambut anak, biarkan selama 10 minit. Yang pasti baunya tak teruk  sangat.

Dengan adanya sikat free tu, mudahlah korang nak sikatkan rambut anak-anak, jadi baik anak kutu atau mak2 kutu tak dapat terselamat di dalam rambut. Haahahaaa..

Mulanya aku kurang percaya Umai afa kutu, bila aku sikat rambutnya 2 hari lepas aku terlihat telur kutu. Sebiji macam zaman aku kecil-kecil dulu. Dulu rambut aku banyak kutu tau! Jadi aku kenallah rupa kutu macamana

ps:
sebab kena kutu, normallah bagi budak sekolah. Ada kawan adalah pembawanya, mujurlah aku jumpa kat rambut Umai hanya telur. Kalau kutu, pasti aku snap gambar syer kat korang


pss:
Hari ini dikampungku ada 4 majlis perkahwinan. Wow.. makan banyaklah ari ni.