Cepatnya masa berlalu, tak sedar dengan perubahan hari ke hari, bila ku belek kalender dah 19 hari suamiku berada di hospital... kalau di campur dengan kesakitan yang ditanggung en zalie 2 minggu awal, bermakna sebulan beliau menanggung derita.... namun, semangatnya kuat. Aku yakin dengan suamiku.
Aku risau dengan kesan dari pembaringan yang agak lama pada suamiku. Sebenarnya seminggu beliau di hospital ada kesan melecet pada tubuh belakangnya, hingga aku bersetuju mengiakan cadangan doktor pakar untuk membuat pembedahan TnT di lehernya..
Ku harap, dalam minggu hadapan suamiku dapat menggerakan beberapa anggota tubuh badan yang lain,,sekurang-kurangnya perjalanan darah boleh bergerak dengan baik.
Plan aku pada hari ini, aku ingin berbelanjer barangan keperluan Umai dan suamiku... selain susu untuk umai, suamiku tidak berkecuali... pampers untuk Umai, jua untuk suamiku...
PS: kuatkan hati, semoga mendatang sinar suria kian mencerah.......
7 ulasan:
Salam Ayu,
Semoga terus bersemangat menempuh hari2 mendatang....semoga En Zalie pulih seperti biasa.
Akak kagum dngn kecekalan dan ketabahan Ayu...
salam selamat hari jumaat sis
terima kasih atas doa dan kata-kata semangat dari sis..
kak, jangan puji ayu lelebih..karang di dalam menyanyi dan hujan tak berhenti....
Alhamdullilah, ayu cekal dan tabah atas doa-doa sahabat seperti kak yatie...
salam ayu
moga ayu kuat melalui hari2 mendatang, banyak kesabaran diperlukan, mas percaya ayu boleh lakukan..moga suami ayu cepat pulih..
salam sis mas
terima kasih.....setiap kata-kata sis ayu gunakan buat bekalan mendatang...
alhamdullilah, en zalie pun dah boleh makan bubur....semoga mendatang dia boleh bangun dari katilnya...
rindu sesanggat nie
salam..
what a sad story..be strong dik..
we pray for his speedy recovery..
u do take care of urself as well ya..
anggaplah ini suatu bakti kepada sang suami..^_^
insyaallah..sinar pasti kembali..ade hikmah disebaliknya..
Post a Comment