CITARASA RINDUAN

Thursday, July 29, 2010

24 HARI (ZALIE), 3 HARI (AYU)

24 hari di HOSPITAL(EN ZALIE) , 3 MALAM BERSAMA SUAMIKU (AYU)

Assalamualaikum…salam muhibbah….sudah hari yang ke 24 en zalie di hospital…suatu jangka masa yang bagiku agak panjang…di bibir en zalie…Umai, Umai, Umai,rindu dengan Umai…hingga aku sanggup merakam aksi en zalie untuk tatapan umai…

Semalam, Umai datang, bersama Cik Ijah dan Cik Rosdinya (adik iparku), aku ambil kesempatan membawa Umai ke tesco Desa Tebrau, bersebelahan dengan Hospital…aku seret sama sahabatku Idah dan anaknya damia, si idah yang berkerja di Hospital di bilik operation

Dalam perjalanan, ku tunjukkan kepada Umai aksi suamiku…ku lihat Umai mencium skrin handphone bertalu-talu….oh..sebaknya dadaku…airmata berjujuran…..nasib umai di seat belakang..aku yang sedang memandu ditenteramkan sabahatku idah…dia beri kata-kata semangat kepadaku.

Setibanya di tesco, aku pula merakam aksi Umai untuk tatapan en zalie…Umai happy di tesco bersama playgroundnya dan belanjer keperluannya dan ayahnya… bila ku kata..Jom kita beli pampers, dia terus menjawab…Ibu, kita beli pampers abah sekali….oh…bijak sungguh anakku….

Aku yang hanya meninggalkan anakku dalam tempoh 3 hari, 3 malam…sudah ku rasai betapa rindunya dengan aksi sekecil…puas ku dokong..ku peluk…ku kucup pipi anakku itu..

Semestinya tempoh 25 hari yang dirasai oleh En zalie, lagilah berbuku-buku kerinduan…hanya dia yang tahu azabnya di hospital…sehari 5 kali darah diambil, belum dicampur dengan SUB di TnT nya untuk membuang kahak dan lendirnya setiap 3 jam. Peritnya badan yang menanggung apatah lagi aku yang paling rapat yang boleh memandang .. ingin sekali aku rasai namun siapalah aku untuk mengubah kuasa tuhan yang telah menetapkan…

PS : SEMOGA SEMBOH SAYANG

8 ulasan:

Siti Indrawati said...

Salam AYU...semoga kau terus tabah mengharungi detik2 derita itu..ku doakan dirimu sentiasa setia disamping sang suami yg mengharapkan dirimu disampingnya n jgk derota itu cepat berlalu pergi tanpa kembali lagi,AMIN...

dieya said...

dear ayu,
i don't really hv much to say that you haven't already heard.. semoga ayu terus tabah, kami semua mendoakan supaya ur hubby cepat sembuh. take care dear!

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

semoga kak ayu terus tabah dan kuat....

demi utk abg zalie & umai....

kella said...

kak ayu!

baru sempat singgah umah k ayu ni! baru sempat tahu cerita akak!

harap akak sentiasa sihat dan kuat untuk mereka!

:)

EiJa ZaQuaN said...

adui..sebak juga bila baca n3 ayu ni..lebih lg part umai dok cium2 skrin h/p tu. semoga en. zalie cepat sembuh..24 hari tu mmg satu jangka masa yg agak lama.

ChiLaBaey's Spot said...

Kena banyak bersabar... Lebih perit bagi yang menanggungnye... Saya dah hampir 52 hari di hospital menjaga bapa saya.... Banyak tugasan sebenarnye di wad... Kahak perlu disedut, pampers perlu ditukar kalau BO dan macam2 lagi... Semua tu perlukan keikhlasan yang amat tinggi... Apa2 pun kita sama2 menjaga insan tersayang semampu dan terbaik kita boleh... :(

cikgu isza said...

salam ayu,
doa kami tetap bersama..

azieazah said...

amin... aminn... aminnn ya Rabbal alaminnnn....