CITARASA RINDUAN

Saturday, July 3, 2010

WANITA TABAH VS CENGGENG?

Assalamualaikum, salam sabtu..

alhamdullilah, en zalie dah sedar..namun, dia terlalu lemah, wayar2 yang berselirat dipasang semula...dimana-mana ada...kakinya, hidungnya, mulutnya, dadanya, tangannya...aku tak sanggup melihat, namun aku perlu kuat,...tamo tunjukkan yang aku dalam kesedihan, sememangnya...bila en zalie terbaring kaku, hanya matanya yang dapat melihat ke hadapan, apabila air mataku gagal disembunyikan, aku pasti buat-buat memandang ke arah lain.

aku bukan wanita lemah, semangatku kuat...wanita manalah yang ingin cengeng dengan airmata berjujuran?,,, tapi kali ini ...aku gagal sekali lagi untuk menutup kelemahan yang pasti ada pada setiap wanita

PS bilalah, aku dapat kembali menyuapkan makanan dan minuman ke mulut suamiku?

8 ulasan:

eqbalzack said...

jgn risau yg pecah tu...
abg eq akan ganti something from australia ni...ok...

posmen ni main campak2 ke?

CiKaLi said...

kak.. dekat hospital mane?? nnti cikali lawat leh?? cikali nk blk jhr dh..

MAS ( DUNIAKU ) said...

banyak2 bersabar ye ayu...sentiasa ingatkan Allah...

cikgu isza said...

kadang2 airmata bukanlah tanda kelemahan tetapi ia menjadi sumber kekuatan.. tak perlu sembunyikan jika ayu rasa ianya perlu..
biarlah ia mengalir asal ayu dapat meluahkan rasa di hati..
kuatkan semangat ya ayu..

Ain said...

salam ayu,

terharu dan sedih dengan dugaan yang terpaksa ayu tempuh....

akak doakan en zalie akan sembuh seperti sediakala....

kuatkan semangat ayu ya....

menangislah kalau perlu, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang tertanggung....

saaaayang ayu....

ain said...

salam ayu.. sedih mendengarnya... namun apa yg boleh akak katakan sabarlah... akak pun pernah melaluinya cuma mungkin keadaannya sedikit berbeza dgn ayu... sebulan suami akak terlantar di hospital akibat kemalangan patah keseluruhan kaki kirinya dan selama sebulan itulah akak berkampung di hospital berjauhan dgn anak2 rindu....!! tak boleh nak cakaplah.. dan selama itulah akak membersihkan segala2nya.. sbb suami langsung tak boleh ke tandas.. percayalah setiap dugaan itu ada hikmah di sebaliknya...

CuteOven said...

salam ayu..tabahkn hati di doakan en zalie cepat sembuh...yg penting jaga kesihatan ayu..

kella said...

kak ayu... terasa... hingga buat bulu roma ku berdiri! seakkan melalui nya sendiri!

tak apa k ayu.. menangis la..
menangislah kak sepuas -puasnya! teringin meletakkan bahu ini untuk singgahan kak ayu melepaskan apa yang terpendam..

tahu..
kak ayu memang kuat dan tabah!
tahu..
kak ayu memang sangat mencintai lelaki itu..

kak ayu, ketahuilah, setiap inci perbuatan baik akak kepada suami itu, terisi dgn pahala! besar pahalanya kak..
tidak terlepas walau sezarah habuan dari Allah.
Tuhan memberi ujian atas kemampuan seseorang.

Ya ALlah.. besar tanggungan hati akak sekarang!

harap akak sentiasa dilandasan kuat ini.. supaya suami akak akan kuat juga!