CITARASA RINDUAN

Wednesday, July 7, 2010

MAAF BUKAN TAMO KHABARKAN- IANYA SEAKAN MENYEKSA DIDALAM HATIKU

Assalamualaikum..

selamat sejahtera...selamat petang, ku mendoakan kalian sentiasa dalam mood happy disamping yang tersayang.

Buat masa nie, aku dah 2 hari berkerja...(mengenangkan en zalie di HDW, aku tidak berpeluang menemankannya - itu peraturan yang membuatkan tangisan di dalam bertambah lebat), aku gagahi diri untuk melayan pelanggan

kadangkala, aku bukan tamo berkongsi cerita tentang keadaan en zalie. hanya tuhan yang tahu, bertapa menderitannya perasaan aku bila serata pelanggan menanyakan tentang suamiku.
Antara soalannya

  1. kenapa tak temankan en zalie di hospital? - walhal baik hospital kerajaan mahupun swasta, di ICU atau HDU/HDW peraturan untuk temankan pesakit tidak boleh sama sekali, - hati siapa lah tak sedih bila berulang- ulang orang menanyakan soalan in
  2. En zalie macamana?, dah baik ker?, itulah aku dah sarankan ko pi ubat sana, pi ubat sini - soalan nie, membuatkan aku terkedu...aku tahu mereka perhatin, namun....hatiku terguris...lebih elok kalau mereka memberi aku kata-kata semangat, baru disusuli dengan soalan yang ada kaitan dengan suamiku.
  3. En zalie sakit apa, patutlah dia----, patutlah dia ----? - dah 2 minggu suamiku sakit, korang selalu makan di kedaiku,. aku rasa korang dah soal semua pekerjaku atau ahli keluargaku, kenapalah diulang lagi....Bagusnya kalau korang beri aku surah atau bacaan ayat quran yang sesuai untuk aku amalkan untuk aku dan suamiku. supaya aku bertambah semangat untuk meneruskan kehidupan

ps : ALANGKAH BAGUSNYA KALAU AKU HALIMUNAN....

20 ulasan:

aJa said...

sian ayu...akak faham apa yang ayu lalui...

Sabar ye yu...apa pun semoga ayu tabah...manusia memang camtu....bak kata ayu pd akak..."abaikan je"

Yatie said...

Salam Ayu,
Akak dpt rasakan apa yg Ayu rasa di saat ini. Tabahkan hatimu...sesungguhnya Allah lebih mengetahui segalanya...mungkin ada hikmah di sebalik semuanya ini.

Ain said...

tabahkan hati ayu....

akak doakan yang terbaik untuk ayu sekeluarga.....

moga en. zalie cepat sembuh....

aminnnnn....

MAS ( DUNIAKU ) said...

salam ayu
tabahkan hati ayu..tiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi, hanya Allah yang mengetahui segala2nya...moga suami ayu sihat seperti sediakala..

ZACK ENTRY said...

tabahkan hati..jika orang bertanya maknanya mereka prihatin..jangan bebankan fikiran, pikir positif ok..



Pasukan pilihan anda?

kella said...

kak ayu.. sabar , kak kena tabah..
memang , kita tak dapat nak tangkis semua yg keluar dari mulut orang! mereka tidak merasa mereka tidak menanggung maka mereka tidak tahu! ya.. hati mana tak terguris.. sebenarnya kak, setiap orang yg punya masalah, dugaan, pun akan bertemu juga dengan orang jenis ini! kita sendiri pun tak terkecuali! macam2 keluar dari mulut.. tertanya-tanya pula kenapa mereka begini? tidak faham kah mereka!

tenangkan diri... tabahkan diri, biarkan mereka.. Tuhan bersama dengan orang2 yang sabar.. InsyaAllah..

semoga kak ayu baik2 sahaja! :)

Miss Mirror a.k.a Sam said...

moga Ayu tabah menghadapi dugaan ini...

azian said...

kak ayu...
bagus jugak kl kita ni boleh jadik halimunan...sbb saya pun nak jadik jugak...huhuhu!!!
ingat nak balik johor la minggu ni...tapi kan....

Lelord said...

tabah yek..tu jek akak mampu ckp
jgn fikir sgt ape dorang nak cakap.
akak tau ayu kuat.

"berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul"

azieazah said...

Sabar AYU, sabar banyak-banyak.

Orang bertanya kerana mereka prihatin, because they care...

Jika tak tak tanya lak, apa perasaan AYU? rasa tidak dpedulikan?

Usah diberatkan fikiran dengan kerenah manusia keliling, banyakkan bersabar. Diri kita diuji dengan pelbagai cara. Bersabar mengendalikan emosi pun suatu kejayaan kita dalam ujian..

InsyaAllah, segalanya akan ok.

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam k.aja

ayu kena tabah...terima kasih kak, ayat `abaikan tu`...memang dah lama digunakan....

mungkin emosi wanita ini., kurang teguh..

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam k.yatie..

sungguh mulia hatimu...walaupun kita berjauhan...selalu sis beri kata-kata sokongan..

terima kasih kak..

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam sis ain

terima kasih atas doa kak...

sayang kak..

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam sis mas (duniaku)

terima kasih kak, ayu bersyukur punya sahabat dan rakan yang selalu memberi kata-kata semangat untuk ayu..

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam zack

ya, ayu setuju...namun kadangkala ketika kita sedang dalam kesedihan setiap butir bicara sahabat yang paling rapat membuatkan hati menangis didalam..

bukan minta wang ringgit..hanya kata-kata buat bekalan...menambah kecerian untuk meneruskan kehidupan..

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam kella

sejuk hati sis....kella hebat bermain kata-kata hinggakan...hati ini berbisik ajaibnya sahabat yang bernama kella...

semoga ada umur dan jodoh kita bertemu..ingin sekali mengenali diri kella...

terima kasih sayang..semoga kamu jua ceria selalu...

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam MM

terima kasih kak..

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam azian

heheheheh...halimunan...(siapa nak buat fomular tu?...)

muiz lah.........hahhahah

jom balik jb....

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

sis...

terima kasih..

habat kak lelord...walau di qatar rajin singgah ke blog sahabat

di qatar sure banyak kurma...bila nak niaga?...orang sini nak merasa....(heheehh)

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam sis azie

alhamdullilah...ayu memahami setiap kata-kata sokongan dari sis

tapikan...buat masa nie...perasaan ayu agak terasa..mungkin hormon didalam membuatkan ayu seperti budak kecil

sering terguris dan terasa....

(harap-harap sahabat alam nyata...biarkan ayu sendirian buat masa ini...)

berikan ayu ruang....

terima kasih sis......sayang sis