Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, July 28, 2010

HARI PERTAMA DI HOSPITAL 12 HB JULAI 2010

WAD 7A KATIL NO 15 (HIS JB)

Alhamdullilah, aku update ketika suamiku solat isya…aku cuti solat…namun aku tetap amalkan zikir buat pelindung keselamatan diriku

Awal semasa mendapat panggilan dari pihak HDW tengahari tadi, aku terus mengemas pakaian dan alatan penjagaan aku untuk dipaking ke hospital. Itulah berita yang paling gembira ku dengar, selain kedua mertua dan ibubapaku, aku kongsi kegembiraan dengan abangku azlie.

Sehelai tuala, sehelai selimut dan sebiji bantal untuk tidurku yang tak pasti adakah aku akan lena seperti dirumah?..kerana alas badanku iaitu katil adalah sebuah kerusi yang biasa berada di hospital, kalau di hospital swasta aku mendapat kerusi malas yang boleh di ejas menjadi katil sementara….tak mengapa…demi En zalie aku berkorban sementara.

Keadaan en zalie, agak baik..aku ajar dia mengangkat tangan dan kakinya, kesan fizio yang aku pelajari di hospital Pakar Putri. Hanya di benakku terselit kerisauan andai berulang lagi peristiwa di hospital Pakar Putri dimana dengan tiba-tiba nafas suamiku terhenti…semoga malam ini hingga malam seterusnya traumaku tentang peristiwa itu tidak berulang lagi..Amin

Ingin ku ucapkan ribuan terima kasih kepada sahabatku Ida yang berkerja di sini… tanpa beliau, mungkin aku dan suamiku tidak diendahkan..sebenarnya 2 jam suamiku membuang hajat besar…sudah ku pesan kepada staff nurse di ward ini..namun tidak diendahkan..bukannya seorang malah 3 orang, andai suamiku bertubuh kecil pasti aku melakukan seorang diri,

Sebenarnya kes tidak di endahkan berlaku kerana en zalie di ward bukan di ICU atau HDW yang dilayan 24 jam sehari..di ward keadaan berbeza…dalam bilik ini sahaja ada 12 pesakit malah di ikutkan ward ini mempunyai 28 katil pesakit… itulah puncanya staff nurse terpaksa melayan pelbagai kerenah pesakit yang lain.

Tidak menjadi masalah kerana aku isterinya,,,aku boleh melakukan..hanya aku perlukan 2, 3 orang pelatih nurse untuk memudahkan kerja instroctune terhadap pembedahan TnT dan penukaran pampers suamiku kerana kerja ini aku belum mahir sepenuhnya…

PS sesekali jadi nurse kepada suamiku apa salahnya?....

15 ulasan:

Nur Hawa Mohd Zin said...

semoga sume nye berjalan baik kak...akak tabah ye

Lelord said...

xpe ni sumer ujian...hadapi dgn tabah

Unknown said...

awe....

kak pun bersyukur kerana ada sahabat dan adik seperti kamu

Unknown said...

sis..

ayu semakin tabah..berkat doa n nasihat kak dan sahabat yang lain

TQ yer..

Unknown said...

saya doakan smoga husband akak cpt smbuh~

Ayie said...

Biasalah bila berada di hospital kerajaan.. Macam tu la layanan mereka terhadap pesakit-pesakit yang ada...

Unknown said...

alinac

tq honey...
sekarang, keadaanya bertambah baik dari dahulu..

(terro gak sis jadi nurse kan.....heheeh)

Unknown said...

ayie

wow...
heheheheh. faham2 ajer

Mat Gebu said...

Salam puan...
Moga en zalie bertambah sihat yeaa..saya doakan yg terbaik...

Unknown said...

SALAM CMG

TQ yer, ayu harap yang baik2 sahaja...

mana tau, ada jodoh leh beraya ke sedenak...heheheh

Mama Miraki said...

Alhamdulillah ...semoga en zalie cepat sembuh seperti sediakala....harap ayu tabah yeaaa

Unknown said...

SALAM mama miraki..

tq diatas kata-kata mama..
semakin tabah dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan..

eija_sweetmama said...

mmg x slh jdk nurse kpd suami..semestinya isteri nurse terbaik wat suami...dan ayu dh pun buktikannya..

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

betul tu kak....beza sangat2 layanan di wad ICU/HDW...kat sana satu pesakit 1 staff nurse...24 jam staff nurse pantau....mmg takkan risau punya...bila masuk ward biasa...nurse perlu layan sumer pesakit yang ada dlm ward..if tak ramai...alhamdulillah lah...if ramai....mmg satu cabaran jugak ler...
same goes masa Batrice hari tu......mmg terasa sangat2 perbezaannya.....tp apa nak buat...masuk hospital kerajaan...bayar pun murah jer...so, tak boleh ler kita expect layanan mcm hospital swasta kan kak...
apa2 pun....moga akak tabah yerk...

Nur Hawa Mohd Zin said...

semua menyokong dan mendoakan akak...lebih ramai yang mendoakan lebih dimakbulkan Allah...insyaAllah