Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, July 8, 2010

AKU NAK LAWAT JAM 12.30 TENGAHARI TAPI EN ZALIE MENGHALANG

Assalamualaikum..

Alhamdullilah, pulang ke rumah aku terus menunaikan kewajipan....dalam perjalanan hospital Pakar Ismail, Johor ke sungai sayong, kenderaan agak banyak ..mungkin kerana kebanyakkan pemandu pulang dari tempat kerja..

Walaupun aku penat dan mengantuk selepas berkerja di kedai..ku gagahi jua perjalanan yang agak mencabar demi mengziarahi suami tersayang

Hari ni agak special, kedua ibubapaku, makcik saudara dan suaminya, cik sal dan cik md nor (jiran sebelah umah di kampung) datang serentak melawat en. zalie

Ibuku seperti biasa...kalau ziarah menantunya sure airmata macam air terjun...aku dah awal-awal tegah...eik...tetap menangis, bukan apa...aku faham perasaan seorang ibu, tak leh terima wayar yang penuh di badan menantunya,,,kalau boleh nak lihat en zalie normal sediakala..

Kesan kalau ibu menangis sure en zalie turut sedih...akibatnya...keadaan jantungnya akan berubah (tidak stabil)... ibu....ibu..., aku tak leh tunjukkan perasaan sedih..kerana aku sudah menjadi wanita yang kuat dari segi mental dan fizikal..

Acapkali, kalau aku lawat suamiku..hanya kata-kata semangat dan sokongan untuk meneruskan kehidupan, selain ku bisikan kalimah suci...jua aku bekalkan ingatan tentang ayat-ayat suci al-quran yang perlu suamiku amalkan.. Alhamdullilah, nampaknya suamiku memahami setiap kata-kataku.

Buat pengetahuan korang, en zalie sudah boleh makan bubur, sayuran dan sop ayam...jua air minuman manis namun kuantiti gula sedikit...perubahan yang amat mengembirakan...Semalam en zalie hanya boleh minum air soya melalui tiub yang dipasang ke hidungnya...alhamdullilah...banyak perubahan kepada baik telah berlaku..Ku tahu semangat suamiku kuat...TERIMA KASIH ABANG

Sebelum pulang aku memberitahu esok aku akan lawat awal ( 12.30 tengahari sehingga 2 petang) ini kerana esok hari jumaat, CITARASA RINDUAN tutup...

Namun, en zalie menghalang....bila ku katakan kenapa?...dia mahu aku disisinya setiap petang...kalau aku ziarah tenghari sure petang aku tak datang,

Alahai.....nampaknya kena bawa anakku Umai...namun siapa yang kena temankan anakku seorang?, (kanak-kanak bawah 12 tahun dilarang memasuki kawasan hospital)... tiada pilihan...maidku perlu ku angkut sekali ke hospital...alahai

PS: EN ZALIE SAYANGKU SEORANG...

6 ulasan:

Ayie said...

ala... akak x sayang saya ek.. huh.. xmo kawan.. hahahhaha

btw... i hope esok lusa dia dah leh makan epal or buah durian... ooops...

Unknown said...

ayie..

kamu memang nakal..

tang durian tu..tolong...tolong kirim salam....
kalau epal...masih okey kot...

PS nak sayang?....pinjamkan wang...buat sis isi minyak storm...hahahah

Ayie said...

ishh tahu-tahu jer kita tengah kaya skg n.. ahaks...

insyaallah kalau saya panjang umur lg.. kita dating lagi.. hahahhaha

btw... i ada satu rahsia.. auchh

Masih kenal najib? My friend.. hurmmm

nnt kalau i jumpa u lagi.. i cerita...

lalalala

Unknown said...

ayie,,,

najib?...yang temankan kamu ke hospital dia ker?

aduh..rahsia pula...pi terjah blog kamu la....

wawawawawawa

Lelord said...

alhamdulillah perkembangan yg semakin baik...
ayu nak kurma ek...nanti akak belikan kurma nabi tapi lambat sket la baru dpt huhuhu raya baru balik mesia tanahairku

Unknown said...

sis...sis balik lepas raya eik...?
semoga kita bersua tau

teringin sesangat nak jenguk n jumpa sis

untuk perkembangan en. zalie ayu akan update hari demi hari