Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, July 11, 2010

CITARASA RINDUAN- KISAHKU DI HOSPITAL

Assalamualaikum

Selamat malam...jam dah nunjukkan angka 12 malam...2 hari aku tak dapat online...sehingga perasaan nak kongsi cerita ngan korang terbang begitu sahaja.. Mungkin 2 hari membuatkan hariku semakin panjang..

Aku mulakan tentang citer pada hari sabtu , dimana CITARASA RINDUAN telah disambar sinar harian Johor dalam keluaran JOM MAKAN, tajuk akhbar pun MI BANDUNG KULAIJAYA... terima kasih sis Lin yang sudi interview CITARASA RINDUAN. Sebenarnya aku tak ada kongsi tentang keistimewaan kedai makan kami semasa interview dijalankan, kerana aku hanya memberikan URL blogger CITARASA RINDUAN sahaja...Ini kerana kesihatan en zalie sudah menunjukkan tanda-tanda awal.

Sehinggakan bila sis Lin nak mengambil gambar aku dan en zalie..aku lebih utamakan Abah dan mak mertua yang menjadi tunggak kejayaan CITARASA RINDUAN, ini kerana jasa mereka memperkenalkan CRR, dari kedai 1 pintu ke 2 pintu.. begitu banyak pengorbanan kedua mertuaku...

Olahan tentang CITARASA RINDUAN didalam akhbar 100 peratus dari tulisan aku di blog...terima kasih sis lin kerana tidak menambah atau menolak bahan utama tentang CITARASA RINDUAN..saya sungguh teruja dan berterima kasih kerana sis lin seorang yang amat dedikasi, Insyallah..sekiranya en zalie sihat saya akan membantu untuk mendapatkan maklumat untuk bahan utama sis Lin..

Ayu doakan sis Lin sentiasa maju dan terus terkenal di Sinar harian....


Semasa dalam perjalanan ke hospital menuju ke HDW, ward en Zalie... pada hari yang sama iaitu hari sabtu berlakulah kisah yang perlu ku ambil iktibar..

Bila jam menunjukkan angka 4.30 petang aku dan abah mertua akan menuju ke lobby hospital untuk menuju ke ward suamiku.. ramai pelawat hari tu...aku tak gemar dengan kesesakan orang kerana semua pelawat akan melalui lif ke ward keluaraga masing-masing. Nasib lah time tu sepupuku iaitu Abang Zizi yang turut sama melawat suamiku kerana officenya berdekatan dengan hospital, beliau yang memapah abah mertuaku yang menghadapi masalah kesihatan di kakinya. Aku pula dikedua-dua tangan memegang erat bungkusan makanan yang aku dermakan kepada staff nurse HDW.


Time lif menujukkan aku boleh menuju ke tingkat yang diperlukan, tiba-tiba seorang warga -----,berada si belakangku..aku dah mula sangsi, beg duitku aku kepit erat, acapkali aku perhatikan keadaan beg ku walaupun kakiku melangkah laju ke pintu lif....

Ya, Allah..bila aku masuk ke dalam perut lif, mulut zip telah terbuka...beg dompetku hilang...tapi, tuhan maha kaya...lelaki yang mengekori aku tetap berada dibelakangku...bererti beg aku masih ada ditangannya...itu firasatku

tanpa membuang masa...aku terus menarik sweater yang dia pegang...kerana aku yakin beg aku berada disebalik sweter yang dia genggam...alhamdullilah...sangkaan aku betul..hanya time tu, lelaki tersebut telah membuang ke lantai....dan terus keluar ke lif...

Allah maha kaya,...mungkin keadaan aku yang dalam kesulitan dengan dugaan terhadap suamiku..maka, Allah mempermudahkan apa yang terjadi petang semalam...

PS pemanduan aku pulang ke hospital bertambah lemah pada hari semalam..mungkin semangat aku hilang dengan kes ragut di hospital





9 ulasan:

Ayie said...

akak... baik2 la ya lain kali.. jangan la lalai. Manusia sekarang ini bukan semuanya baik

Unknown said...

ayie

kak memang tak lalai..mungkin perlu dijadiakan teladan...

hati-hati walau dimana sahaja..

Zaidah said...

btul tu ayu..orang nak mencurik nie memang pandai..sedar2 aje dah tak adekan...

Kasih Suci - Mama Damia said...

alhamdulillah..Allah sentiasa berada di sisi org2 yg berada dalam kesusahan... akak, lain kali hati2 tau...

dieya said...

tak sangka kat dalam hospital pun ada peragut! mujurlah cepat bertindak ya.. memang Allah nak bantu berkat niat ikhlas nak derma makanan kat hospital :-)

org lain maybe dah panik tak boleh nak fikir apa2 dah!

eija_sweetmama said...

1st...tahniah sbb kedai CRR dh disambar sinar harian Johor..

2nd..ish x sangkanye dlm hospital pun ade org berani nak mencuri..nasib baik ayu x diape2kan n wallet dpt diselamatkan..yup btol semoga kita lebih berhati2 w/pun dimana berada.

Kniedaz said...

Dalam hospital pun org meragut..moga kita lebih berwaspada di lain hari..

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

subhana allah
kat hospital pun nak buat kerja tak elok camtu......
sabar je lah...nasib ler kak ayu tak panic and bertindak pantas...kalau tak....ntah apa ler jadi kan
yelah..bila purse hilang nie...perkara utama yang selalu menjadi masalah ialah kad pengenalan and kad2 penting....tunai tu nak hilang tak boleh nak buat apa lah kan...tp bila dokumen2 penting yg hilang.....adoi ler...pening kepala....

Sya Isya said...

Allahu Akbar! Siannya..penyeluk saku ni memang pantas tangan diorang.. sebab tu orang selalu ingatkan, peluk handbag. Memang orang jahat ni ada di merata-rata tempat. Nasib baik selamat, kan. Alhamdulillah.