Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label segmen. Show all posts
Showing posts with label segmen. Show all posts

Friday, March 4, 2011

Melur Jelita datang...JENG..JENG........

Nampak gayanya…
Hari nie aku tak buat segmen GEGAR blog anda..
Bukan tamo teruskan misiku nan satu tu…….

Tapi ada hal lain yang perlu diutamakan……..

Kalau korang nak tau..mai sini
KITA JOIN RAMAI-RAMAI
 
Siapa rasa jelitawan dan jelitawati…………yok!!!

PS: aku bukan blogger tegar..aku insan biasa, blogger dipinggiran yang banyak  amanah perlu dilakukan…seperti kalian, ada kerjaya, anak, suami dan menjaga kedua mertua………..tapi…berblog buatkan hidupku indah dan permai..
Jom.layan filem kung fu panda di tv3…….SEBAB aku suka komedi

Saturday, February 26, 2011

Giveaway All About Life


Ku puja-puja ku pujuk pujuk
Dah dapat ku bawa lari
Wahai geng blogger inginku rujuk
Jom kita berseloka ala-ala menari

Ke pasar nak cari ikan haruan
Singgah ke rumah En Maikel 
Aku nak beritahu dan war-warkan
Ada giveway terbaru dari en jamiel

Naik basikal bersama Puan raja
Alih-alih Eksiden jatuh terlungkup
Syarat penyertaan senang sahaja
Jom pakat join sebelum tarikh tutup


Korang kena follower syarat wajibnya
Kalau nak tag kawan boleh agaknya
Blog All Abaout Life tuan kedaungnya
B2B collection yang taja hadiahnya
 Klik Sini Untuk Penyertaan

PS: Wah!!!  malam minggu nie, aku pakat seloka pula…nak buat lagu mana, aku agak gila-gila, harap korang tak benci dan menyampah yer….heheheh
Jom………pakat join GA blogger All About Life, dan diulangi…hadiah disponser oleh B2B Collection..

Nie, aku coppy paste dari blog en jamiel yer…

Sempena anniversary kami (perkahwinan),
All About Life dan B2B Collection ingin memberi give away present kepada pembaca,
follower atau sesiapa sahaja yang mengetahui tentang kewujudan kami..
Syarat penyertaannya mudah sahaja.. Ikut je langkah yang diberikan..
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Mac 2011..
Hadiah akan di sponser oleh B2B Collection..


Langkah 1:
Kena lah menjadi follower All About Life dan B2B Collection dulu..

Langkah 2:
Buat satu post berkenaan dengan GA ini dan sertakan banner di bawah.
Letakkan banner di side bar link anda. 
Link kan banner tersebut ke blog All About Life.

Langkah 3:
Tinggalkan link penyertaan anda di ruangan komen

Sunday, February 13, 2011

Alhamdullilah, menang lagi..............

Syukur…..
Syukur…….

Di hari ahad nan mulia, aku terpilih sebagai pemenang "The Most Memorable Moment Contest" yang telah dianjurkan oleh blogger hebat kita iaitu Ustaz azreef..

Aku telah memenangi tempat yang ke3, tahniah kepada semua pemenang…keputusan contest tersebut telah diumumkan pada jam 9 malam pada 13 Febuary 2011, sila klik sini…untuk ke keputusan contest tersebut


Perasaan ku kala ini, amatlah terharu sekali….terima kasih kepada En Zalie yang menjadi pengokong setiaku berblog, kepada cikgu azreef yang telah menjayakan contest ini…dan kepada semua blogger-blogger dan sahabat handal yang banyak memberi dorongan untukku untuk berblog..


Terima kasih semua……………….untuk entry contest yang telah aku pertaruhkan sila klik sini

Monday, February 7, 2011

Yahoo....akulah antara pemenang Karangan untuk KakChik a.k.a Kak Seroja

ALHAMDULLILAH..

Rasa syukur padamu illahi….
Untuk segmen karangan untuk blogger kak seroja a.k.a kakchik…..aku mendapat saguhati….tak sangkanya..macam mimpi lah……………………untuk entry karangan untuk kakchik sila klik sini

Peeh……rasa gembira tak terhingga…….
Terima kasih kakchik……dan terima kasih kepada pembantu tak bergajinya kak azieazah..

Untuk kalian semua..sila klik sini untuk mengetahui siapa pemenang yang berjaya….


(PS: hasil pemerhatianku.,untuk segmen ini..aku berjaya merapatkan ukhwah sesama blogger…..dahulu aku hanya duduk dibawah satu-satu blogger..kini pandangan dan pengetahuanku semakin melebar………..terima kasih semua, semoga ada segmen yang boleh aku join, harap-harap yang menepati citarasa dan pengetahuanku ye!!……)

Sunday, February 6, 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

Wah….ben buat segmen gegar lah….peeh..kena join nie…….jom pakat ramai-ramai kita join yer
  1. LETAK HEADER BEN ASHAARI BLOG
BEN ASHAARIdone
  1. TAJUK GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI dan linkkan ke entri ini !
done
  1. SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

  1. Tinggalkan url anda diruangan entri ini ..
done

TUTUP : 9 / 2 / 2011 , tepat jam 6 petang ... Bagaimana ? Berani ??


PS: jom ramai-ramai pakat gegar 1,000 blog

Saturday, January 22, 2011

Mari mengarang untuk blogger kak seroja a.k.a kakchik




Hari nie ada gathering blogger yang berlansung di citarasa rinduan, kulaijaya, waktu gathering jam 10 malam…
Open table, blogger cik mat gebu  dibawanya tepung talam untuk blogger sis lin merasa, kami pun mencuba juga..sedap ko….

Entah macamana blogger hamzah menangis, berkongsi cerita tentang gangguan seks yang telah di alaminya, tersentak geng-geng blogger mendengarnya..

Hampir sahaja blogger AzieAzah nak buka cincin permata , gara-gara nak belasah pencabul, nasib tak kenal kalau tak?..sure blogger eelobor nak bantu sama..

Bila dah berbual mesra, blogger kalamhati tanya apa makna kembiri, katanya bahasa melayu dah diganti bahasa malaysia, cikgu imanshah jawap proses prosses pemandulan haiwan…

Kami semua angguk-angguk tanda faham, tiba-tiba blogger Ati teringin nak ambil halwa maskat oleh-oleh dari blogger mas duniaku…rasa sedap sehingga kak seroja yang jadi ketua gathering nie pun simpan 1 tupperware

Diam-diam, blogger Idarala bisikkan pada kami, katanya dia ada bawa pakaian untuk mendaki, kami terlopong tak pecaya, hingga blogger Insan Marhaen tersasul baca sajak ulangtahun kelahiran untuk blogger lelord yang jauh di doha sana…walhal awalnya nak baca teks pendek di imankan oleh blogger cikgu Azreef.

Kami, terpegun sebab suaranya serak-serak basah, mengalahkan pelakon filem zombie kampong pisang, hingga blogger wahida tersenyum tanda suka.

Diam tak diam, gathering dah penghujung masa, bual tak hinggat dunia, perasan pun jika terdengar suara azan bergema sayur menjelang pagi…ler….dah pagi rupanya….

Itulah pengalaman yang paling menyeronokkan gathering blogger 2011…
Moga menjadi reality..amin..



PS: ini karangan merapuku khas untuk blogger kak seroja/kakchik…blogger yang baru kukenali dari blog sahabat lamaku…semoga kak seroja terima penyertaanku ini

Untuk korang,..jom….join sama-sama….kita kasi gegar sikit blog kak seroja…jom…klik sini…..




Syarat-syarat :

-  terbuka kepada semua yang 'terjumpa' dengan peraduan ini - tak kisah sama ada anda pengikut blog ini atau tidak.  Kalau anda baru pertama kali singgah pun, anda layak untuk menyertainya.

- letak kepala (header) blog ini bersama alamat : http://kakciknurseroja.blogspot.com di penyertaan anda
- penyertaan hanya dari mereka yang mengunakan alamat rumah/alamat pos di Malaysia sahaja.

- anda boleh mengarang sama ada dalam bentuk puisi, pantun, seloka atau karangan biasa.

- mesti ada kesinambungan dari satu perkataan kepada perkataan yang lain.  Contohnya ....  Cik Peah pergi ke warung Cik Mat untuk membeli TEPUNG TALAM tetapi tidak menduga beliau akan menjadi mangsa GANGGUAN SEKSUAL semasa dalam perjalanan...... dan seterusnya sehingga ke perkataan JIKA TERDENGAR SUARA AZAN BERGEMA SAYUP MENJELANG PAGI.  Apapun bentuk karangan, ianya adalah merupakan sebuah cerita yang boleh difahami...

-  karangan dibuat di blog anda sendiri tetapi TINGGALKAN LINK mengenai catatan tersebut di ruangan komen blog ini.

-  keputusan akan dibuat oleh kakcik sendiri

-  hadiahnya merupakan bekas makanan (senang nak bawa bekal) jenama TUPPERWARE 

- tarikh tutup ialah pada 31/01/2011 dan keputusan akan diumumkan kemudian.

-  sekurang-kurangnya 2 (dua) hadiah disediakan (mungkin lebih)

BERMINAT???  Mulalah mengarang.. :)

Wednesday, January 12, 2011

SEGMEN MADAH PUJANGGA

Ben kembali dengan segmen-segmennya…aku??? Suka layan jika segmen beliau lancarkan pada waktu malam….

So, untuk menguji kekreatifanku…………layan……

  1. Letak header blog BEN ASHAARI - done
  2. Tajuk , SEGMEN MADAH PUJANGGA dan linkkan ke entri ini ..done
  3. Berikan madah / kata kata motivasi anda .. Jangan plagiat atau ciplak mana mana punya yer .. Kreatif ! Anda kan blogger ..

image

CINTA KITA TAK SEKUAT POKOK DI RIMBA

Cinta, ……..Sekuat mana teguhnya cinta kepada sesama manusia dan harta benda takkan kekal abadi, hanya DIA yang maha esa…….Allahuakhbar………

  1. Tinggalkan url entri korang di ruang entri ini ..- done
  2. Tutup ? Bila tiba masanya ... okeh ? - done

Saturday, January 1, 2011

Pemenangnya adalah….. (GA: jumlah RM coklat bernilai?)


Terima kasih tak terhingga ku ucapkan kepada peserta Giveaway teka jumlah RM coklat yang telah ku belanjerkan di kilang Appolo pada 10 Disember 2010..

Harganya adalah bernilai RM44.00. Pemenang telah menjawab dengan betul/tepat/nyata...Tahniah kepada beliau..

Bayaran tiada diskaun, kerana ayu telah belanjer terus dari kilang tersebut…

Dah pemenanganya adalah

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

Azatie

My Photo


Tahniah, …sila berikan alamat ke email saya umairahayu@yahoo.com

Friday, December 31, 2010

GA citarasa Rinduan, ditutup

Dengan ini, aku menutup Giveaway citarasa rinduan,

Terima kasih kepada sahabat blogger yang sudi join GA ini..syukur… seramai 50 blogger yang telah mengikuti syatat-syarat yang telah ditetapkan…

Untuk makluman, sekiranya terdapat sebarang kesilapan..ianya datang dari diri ini sendiri..

Jua, mohon makluman sekiranya tiada entry tentang GA ini, aku tidak akan mengambil kira, lebih-lebih lagi syarat-syarat tidak dipenuhi..

Amat ralat, ada member blogger yang join, tapi tidak mengikuti syarat yang telah ditetap…

Nantikan keputusan GA teka RM coklat yang ku beli dikilang Apollo pada 1.1.11 jam 11.11 malam

Terima kasih..

Selamat tahun baru kawan-kawan..

Sorotan 2010, Kenangan ManisKu

Selamat pagi….

Pagi ini ingin ku kongsi dengan kalian. Sorotan kenangan manis yang ku alami sepanjang 2010, ianya banyak kepada diriku dan en zalie

5 hb julai 2010,

Apabila saat itu en zalie membuka matanya selepas 16 hari di ICU pakar putri, Johor ..hanya tuhan yang tahu…saat itu aku dapat melihat senyumannya..walau pelbagai wayar yang terdapat didada, kaki, tangan, hidung, mulut mahupun perutnya..en zalie menangis kegembiraan..(beliau tidak dapat mengeluarkan suara akibat operation trakia (ENT) yang telah dijalankan…aku faham…dia merinduiku..

13 Ogos, 2010

En zalie dapat memanggil namaku…(walau sebulan 7 hari ku menjaga makan, minum, mandinya, keperluannya di Hospital, tiada rasa penat atau letih saat en zalie memanggil Sayang)………Syukur…abang semakin sihat….

Alhamdullilah..hingga saat ini en zalie semakin sembuh….walau 2 kali beliau tidak bernafas dan doctor menyatakan peluang beliau agak tipis …ku tahu semangatnya untuk berjuang dalam hidupnya sangat tinggi

Selamat hari lahir abang, pada esok hari….sayang tetap menyayangiku sampai bila-bila…sejak detik itu….aku semakin kuat untuk menjadi seorang wanita yang kau panggil sayang..

PS: sebenarnya ada seorang blogger yang tag segmen kenangan manis 2010….tapi aku tidak mengingati siapa blogger itu..sila inform padaku..sekiranya blogger itu tersedar aku belum menyiapkan tag ini..

Terima kasih,.,,selamat tahun baru 2011 sahabatku semua..

Thursday, December 30, 2010

Contest Aku dan Kaca Mata

Malam nie, dapat peluang nak join contest blogger shafiqrosly…masa beliau umumkan contest nie…aku hadapi masalah..sebab memang tak posing dengan kaca mata hitam maklumlah..aku nie rabun….heheheh

Yang ada hanya gambar umai..itu yang aku mohon kepastian samada boleh ambil gambar umai atau tidak

Alhamdullilah..shafiq izinkan…so….dengan ini..aku join contest beliau untuk support contest beliau…

Jom kita join sama-sama

Syarat-syaratnya

Menjadi follower seikhlas hati yang mungkin- syukur dah lama rasanya join blog shafiq…..

Memerlukan gambar anda yang memakai kaca hitam..terpulang edit ataupun original – done, but guna gambar umai

Tinggalkan link anda di entri ini apabila sudah join dan letakkan gambar banner di sidebar - done

Tag 2 orang rakan anda – cikgu iman dan kak azie

PS; all the best….good luck cikgu iman dan kak azie

Wednesday, December 22, 2010

SEGMEN JOM BERKENALAN



Assalamualaikum..segmen ini telah di tag oleh blogger yang cute lagi hensem…siapa lagi kalau bukan blogger shafiqrosly.. sandiwara seorang lelaki

Terima kasih yer dik shafiq....di kesempatan ini..aku pun join..jom kita berkenalan bersama LOQMAN HAKIM..



join sini


Apakah status anda

Anak dara yang tiada sunti…heheheh..mak orang a.k.a makcik-makcik

Ceritakan tentang diri anda

Mengenai diri aku..aku hanya tahu pegang periuk dan kuali. Sering pula bercinta dengan sudip dan pisau….sangat sayangkan citarasa rinduan

Ceritakan tentang Blog anda

Citarasa rinduan terhasil apabila aku mengenali dunia blog, citarasa rinduan merupakan sebuah kedai makan yang terletak di laluan kulaijaya-bandar tenggara…hanya warung yang sedikit terkenal di kawasan persekitaran..tapi glamour dengan mee bandung kulaijaya..

Apa pandangan anda tentang dunia blog?

Pandangan aku pada dunia blog..diumpamakan sebagai sebuah kertas lukisan..apabila pandai melakarnya ianya menghasilkan gambar yang dipenuhi dengan pelbagai warna… I like blog

Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog

U all kena join..sebab nak dapat kawan di dunia blog adalah cara terbaik…takkan di tipu oleh para blogger kerana tiada apa yang perlu diselindungkan

Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda

UNIK??? Agak-agak kerana namanya yang buatkan orang terindu….luv citarasa rinduan

Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?

Akan terus menulis selagi nafas ini ada didunia yang nyata

Tag

  1. kak lelord
  2. jaja
  3. mamamya
  4. cikgu isza

Alhamdullilah, semoga tuan segmen (lokman Hadi) berpuas hati yer….salam ziarah