CITARASA RINDUAN

Friday, December 31, 2010

Sorotan 2010, Kenangan ManisKu

Selamat pagi….

Pagi ini ingin ku kongsi dengan kalian. Sorotan kenangan manis yang ku alami sepanjang 2010, ianya banyak kepada diriku dan en zalie

5 hb julai 2010,

Apabila saat itu en zalie membuka matanya selepas 16 hari di ICU pakar putri, Johor ..hanya tuhan yang tahu…saat itu aku dapat melihat senyumannya..walau pelbagai wayar yang terdapat didada, kaki, tangan, hidung, mulut mahupun perutnya..en zalie menangis kegembiraan..(beliau tidak dapat mengeluarkan suara akibat operation trakia (ENT) yang telah dijalankan…aku faham…dia merinduiku..

13 Ogos, 2010

En zalie dapat memanggil namaku…(walau sebulan 7 hari ku menjaga makan, minum, mandinya, keperluannya di Hospital, tiada rasa penat atau letih saat en zalie memanggil Sayang)………Syukur…abang semakin sihat….

Alhamdullilah..hingga saat ini en zalie semakin sembuh….walau 2 kali beliau tidak bernafas dan doctor menyatakan peluang beliau agak tipis …ku tahu semangatnya untuk berjuang dalam hidupnya sangat tinggi

Selamat hari lahir abang, pada esok hari….sayang tetap menyayangiku sampai bila-bila…sejak detik itu….aku semakin kuat untuk menjadi seorang wanita yang kau panggil sayang..

PS: sebenarnya ada seorang blogger yang tag segmen kenangan manis 2010….tapi aku tidak mengingati siapa blogger itu..sila inform padaku..sekiranya blogger itu tersedar aku belum menyiapkan tag ini..

Terima kasih,.,,selamat tahun baru 2011 sahabatku semua..

15 ulasan:

ainnoraini said...

selamat tahun baru 2011...
byk kenangan yg 2010 ye ayu...

erienz said...

selamat tahun baru...smoga kenangan itu menjadi kite smakin tabah dalam menjalani kehidupan yag mendatang...

Citarasa Rinduan said...

selamat tahun baru kak ain...
alhamdullilah..2010 membuatkan semangat ayu bergelar wanita terserlah..

ingat lagi...first time memandu ke hospital sejauh 1 jam setengah...dalam hati bacaan selawat dan zikir tanpa henti..

satu pengalaman yang betul-betul menguji ayu..

syukur..ayu semakin kuat...

Citarasa Rinduan said...

salam erin

selamat tahun 2011 juga

amin..amin...harap-harap 2011 ayu dapat bertemu kak erin..

Muhamad Zaki Zafir said...

salam kak ayu..

semoga tahun baru ni lebih banyak kegembiraan yang menanti kita semua insyallah. :)

IMANSHAH said...

semua orang sorot menyorot hari ini. Papapun, selamat menyambut tahun baru Ayu, dengan harapan suami tercinta akan sembuh seperti sedia kala

Citarasa Rinduan said...

salam zaki. good morning.

amin..amin..semoga ada sinar bahagia..kak nak tambah zuriat tau..
semoga impian terlaksana

Citarasa Rinduan said...

cikgu iman...
morning...
ambil kesempatan hujung tahun cikgu..
lagipun ada blogger yang tag saya...

but terlupa..biasalah dah tua...heheheh

syukur, alhamdullilah..terima kasih atas doa2 cikgu

slmt tahun 2011 cikgu

Mas said...

selamat tahun baru ayu...moga tahun 2011 memberi lebih banyak kenangan manis buat kita semua....

eelobor said...

macam mana perkembangan terbaru sekarang en.zalie? sudah sihat sepenuhnya?

Citarasa Rinduan said...

selamat tahun baru mas..
amin..amin..
semoga ada sinar baru utk kita semua..

Citarasa Rinduan said...

selamat pagi eelobor..
agak kurang update blog akhir-akhir ini..jadual padat ker bro??

syukur, walaupun jari kanan kelima-lima tak bergerak/rasa..namum en zalie boleh melangkah.kadangkala guna tongkat...

sentiasa berdoa, berusaha..dan ikut fisio oleh pakar...insyallah..ambil masa sedikit
doakan beliau cepat sembuh yer...eelobor

eelobor said...

ayu: memang sibuk sket 2-3 hari ni. lagi pun mama ada kat umah, ari nie baru bertolak balik ke kampung (KB) ngan adik.

Insya Allah, semoga semuanya akan selaat & en.zalie akan sembuh seperti sediakala

Nur Azila Ismail said...

kak . semoga terus menjadi isteri yg baik tau :)

Kengkawan said...

x tau nak cakapla..

tabah ye ayu ni... semoga diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat..