Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Saturday, December 18, 2010

Entry pengakuan ikhlasku (Pengalaman 10 muharam 1431)

Sebenarnya aku nak kongsi cerita dengan korang tentang pengalaman hari asyura yang ku lalui pada 10 muharam yang lepas..berkali-kali aku ingin menyusun ayat…namun aku gagal…

Mungkin, aku khuatir bila entry ini dikongsi, akan terbit rasa kurang senang dari kalian..namun inilah pengakuan seikhlasnya aku ingin paparkan..

Malam sebelum 10 muharam, aku sudah menerima sms dari sahabatku kella,,,tentang mukzijat / kelebihan muharam..terima kasih kella…setiap tahun pasti aku di beri peluang kesempatan untuk memperingati kelebihan assyura.

Dengan keadaan aku yang sentiasa sibuk, kadangkala alpha dalam menghintung bulan-bulan islam yang sentiasa mempunyai kelebihan…syukur…

**********************************************

Aku dapat melakukan ibadat sunat iaitu mandi sunat assyura pada awal pagi 10 muharam…

Ku kejutkan semua pekerja citarasa rinduan, dan kutitipkan pesanan untuk mereka melakukan mandi sunat assyura, hanya terlambat ku sampaikan pesanan untuk melakukan ibadat puasa sunat..

Tiada apa yang berlaku sepanjang pagi dan tenghari…tiada beza dengan hari-hari yang lain. Senang kata, kesibukanku di citarasa rinduan membuatkan aku terlupa bahawa sepanjang ibadat yang kita lakukan pada 10 muharam besar fadilatnya

Seperti amalan bersedekah, memperbanyakkan ibadat membaca al-quran…semuanya tidak dapat ku lakukan, tapi……………………………

Dalam jam 2 petang, aku dikirimkan semangkuk besar bubur asyura dari pelanggan citarasa rinduan…sewaktu itu, aku bersyukur kerana DIA mengingatkan aku tentang hari yang istimewa ini..


Lalu, aku lebihkan bacaan ayat-ayat pendek al quran dan zikrullah terhadap DIA dan pesuruhnya iaitu Nabi Muhamad junjungan besar kita…

****************************************************

Dalam jam 2.30 petang, aku didatangi pak saudara en zalie dari negeri sembilan, pak saudara en zalie bersama isterinya menaiki keretapi…tanpa pesan dan war-warkan kedatangannya…kedatangannya hanya tiba-tiba secara mendadak…terus pak ngah (nama panggilan kami kepadanya) menuju kearahku..

(pak ngah sebenarnya seorang yang pemalu, hidupnya yang serba kekurangan di sebuah gugusan felda di negeri sembilan menyukarkan beliau mengziarahi saudara di johor)

Terus, di sampaikan masalahnya kepadaku….(walhal pak ngah, jenis yang sukar nak kongsi masalah atau menyusahkan sesiapa)

Waktu itu..aku terkejut,,,bersimpati dengan kedatangannya yang sedang kesakitan meluahkan penyakit yang dihidapi… penyakit kencing berdarah, akibat batu karang..mungkin aku sentiasa dikelilingi orang yang menghidapi penyakit, aura simpati sentiasa menebal disanubariku

Begitu teruk sekali penyakit yang dihidapi oleh pak ngah…waktu itu..yang tertanam dihatiku hanya ingin membantu mencari jalan penyelesaian…entah mengapa aku boleh teringat akan abah dikampung yang pernah menghidapi penyakit yang seakan-akan penyakit pak ngah

Syukur…aku dapat melalui proses yang menyenangkan, hingga menghantar pak ngah ke felda tenggaroh dengan bantuan Cik Ida, Mak usu dan Pak usu..

********************************************

Sekarang, pak ngah sudah semakin sembuh…dan memerlukan rawatan sekali lagi pada esok hari…terima kasih mak mini dan pak harun yang membantu menyediakan pakaian, makan dan minuman untuk mereka disana..

Sehingga pagi semalam…aku baru tersedar yang DIA telah mengirimkan pak ngah kepada ku…untuk mengurangkan kesakitan yang dialami oleh pak ngah…walhal anak-anak pak ngah sendiri tidak tahu penderitaan yang dihidapi oleh pak ngah..



PS: Syukur, itulah pengalaman 10 muharam yang ku alami….mana tahu:-

  • Tahun hadapan?
  • Adakah aku akan mendapat hidayah olehNYA??
  • Atau aku alpha dari membuat kebajikan sesame insane???…
  • Atau adakah peluang aku bernafas di muka bumi ini?????

7 ulasan:

IMANSHAH said...

salam Ayu

Bubur asyura Johor tak sama dengan bubur kami..lain benar..

Alhamdulillah, membantu insan yang memerlukan..teruskan Ayu

CT said...

Bubur asyura pantai timur banyak daun2...akk dah rasa dulu kat tganu...

ab@h_Izz said...

salam...sedap bubur asyura tu..

moralnya..Hendaklah saling ingat mengingati...Sentisa bersyukur kepadaNya...Mungkin rezeki yg kita perolehi bukan untuk kita sahaja...tetapi kadangkala untuk dikongsi pada yg amat memerlukan..

Idalara said...

Salam ayu..
baca tak kisah 3 org pemuda kat blog saya..

"hanya dengan pertolongan kamu melalui Allah saya akan dapat sampai ke tempat tujuan"

begitulah yg berlaku pada ayu..alhamdulillah..

p/s rindunya bubur asyura kat melaka...

Idalara said...

Salam ayu..
baca tak kisah 3 org pemuda kat blog saya..

"hanya dengan pertolongan kamu melalui Allah saya akan dapat sampai ke tempat tujuan"

begitulah yg berlaku pada ayu..alhamdulillah..

p/s rindunya bubur asyura kat melaka...

Kalamhati said...

Hmm betul tu Ayu..justeru, kita perlu sentiasa bersyukur dan sediakan bekal secukupnya sebelum tiada lg 10 Muharam utk kita..

azimask said...

alhamdulillah.....