Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Saturday, December 18, 2010

Gadis Tidak Balas Cinta Ditikam 19 Kali, Disimbah Asid

JOHOR BAHRU: Nur Ain Ashikin Jemedi kini berada dalam keadaan kritikal dan bergantung hidup kepada alat bantuan pernafasan setelah ditikam bertubi-tubi dan disimbah asid oleh seorang lelaki, Khamis.

Puncanya ialah kerana Nur Ain Ashikin, 17, tidak membalas cinta lelaki yang berusia 42 tahun yang juga anak angkat kepada keluarganya.

Lebih menyedihkan, kejadian yang berlaku kira-kira 9.15 pagi di rumah keluarga mangsa di Kampung Baru Sungai Redan, Kota Tinggi turut membunuh kandungannya yang berusia 24 minggu.

Selepas serangan itu, suspek menyerah diri di Balai Polis Ulu Tiram.

"Suspek mendapat tahu bahawa mangsa keluar dengan lelaki lain," kata Timbalan Ketua Polis Kota Tinggi, Deputi Supritendan Muhammad Shamsuddin sambil menyifatkan serangan tersebut bermotifkan cemburu.

Mangsa ketika kejadian sedang bersama adik perempuannya Nurrehan, 13, dan seorang anak saudara perempuan yang berusia dua tahun di dalam biliknya.

Suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berasal dari Kampung Air Putih, Nam Heng, Kota Tinggi dikatakan tiba-tiba menendang pintu bilik itu.

"Dia kemudiannya masuk lalu menikam mangsa sebanyak 19 kali di bahagian kiri dan kanan punggung, belakang, pada kedua-dua belah tangan dan peha mangsa.

"Tidak puas dengan itu, suspek kemudiannya keluar dari bilik tersebut dan kembali semula dengan gayung berisi asid serta menyimbahnya ke badan mangsa menyebabkan mangsa melarikan diri ke bilik air," kata Muhammad.

Nurrehan pula menghubungi kakaknya Suraidah, 27, yang ketika itu berada diDesa Cemerlang untuk memberitahu mengenai kejadian itu, yang kemudiannya datang ke rumah itu bersama ambulans untuk membawa mangsa ke Hospital Sultan Ismail di sini.

Polis menjumpai pisau sepanjang 17 sentimeter dan botol berisi lebihan asiddi rumah mangsa yang dipercayai digunakan dalam serangan tersebut.

Muhammad berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 326 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana mengakibatkan kecederaan parah dengan senjata dan cuba membunuh.

Suspek direman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan.

Suraidah memberitahu pemberita bahawa keluarganya mengetahui suspek menaruhhati kepada Nur Ain Ashikin tetapi mangsa tidak mencintai suspek. – BERNAMA


PS:kredit to mStar online..

4 ulasan:

eelobor said...

hidung tak mancung kut laki tuh... hihihi

Pn Kartini said...

salam..

begitulah jadinya bila keimanan tipis di jiwa..kewarasan berfikir terencat jua....:(

Anonymous said...

kenapa ler tak der sikap belas kasihan.dah ler peknen....zalim tul ler jantan tue!!!!

azieazah said...

Gadis 17 tahun...
Lelaki 42 tahun...

Fikirlah jika gadis itu adik kita, kakak kita, atau anak gadis kita.

Tentulah masa depannya tidak hanya kepada perkahwinan semata-mata, kan?