Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Tuesday, December 14, 2010

Surat cinta Hsyman kepada Citarasa Rinduan


Assalamualaikum…

Kepada kak Ayu citarasa rinduan

http://ruhayurazali.blogspot.com

Terima kasih kerana sentiasa mengikuti blog saya. Segala jasa baik amat saya hargai. Teruskan berblog, semoga ukhwah yang terjalin kekal selamanya. Insyallah……

Ikhlas dari

Hsyman

http://smilemyfta.blogspot.com

Balasan atas surat tersebut

Waalaikumusalam..

Kepada adik Hsyman

http://smilemyfta.blogspot.com

Sama-sama kerana mengirimkan takwim hirah 1432 kepada Kak Ayu. Sukacitanya dikatakan..kak Ayu terlalu gembira menerima cenderhati itu sebagai kenangan untuk citarasa rinduan.

Blog kamu yang tersusun indah, susunan kata-kata, gambar yang menarik dengan dipenuhi warna-warna yang pelbagai hingga memudahkan Kak Ayu tertarik mengikutinya selalu..

Tahniah kerana kamu berjaya menjadi seorang blogger yang senang didekati

Insyallah, semoga ukhwah dan salam persahabatan berpanjangan…amin

Ikhlas dari

Siti Ruhayu Ab Rahman

http://ruhayurazali.blogspot.com

PS: sebagai tanda ingatan…jom layan gambar yang sempat dirakan melalui handphone cikaiku….

Untuk blogger yang lain….surat hsyman adalah tulisan jawi…syukur…kerana ini kali pertama aku menerima tulisan jawi, masih ada yang masih mengekalkan tulisan jawi hingga saat ini.

Psst—lama tak baca suratkhabar jawi, masih ada lagikah dijual dipasaran???




13 ulasan:

azieazah said...

Menulis surat?

Pertama, sudah jarang orang berurusan dengan surat, jika ada pun, yang ditaip dan diprint.

Tulisan Jawi?
Terlalu amat jarang, kadang-kadang bak kata P.Ramlee.
Tentulah bertulisan tangan tu.

Hebat, susah nak cari peristiwa sebegini. Bertuah AYU.
Ada yang sudi menghargai sampai menulis surat khas...

azieazah said...

Kak Azie belajar Jawi di sekolah rendah, kemudian dimahirkan dengan membaca Utusan Melayu, akhbar jawi yang arwah Ayah beli tiap hari.

Seketika Utusan Melayu dihentikan pengeluaran, kemudian keluar semula.

Harini, tidak pasti ada lagi ke tidak. Dah lama tak nampak.
Jangan lupa, tulisan Jawi pun sudah ada banyak perubahan...

Azian Elias said...

Salam,

i belajar sekolah agama since umur 9 tahun sampai umur 15 thn yang menggunakan tulisan Jawi. Selalu baca surat khabar Jawi. Now dah lama tinggal, merangkak - rangkak menulis. Tapi baca boleh lancar.

Suka ada yg masih menghargai tulisan jawi

Azian Elias said...

Salam,

i belajar sekolah agama since umur 9 tahun sampai umur 15 thn yang menggunakan tulisan Jawi. Selalu baca surat khabar Jawi. Now dah lama tinggal, merangkak - rangkak menulis. Tapi baca boleh lancar.

Suka ada yg masih menghargai tulisan jawi

hentian said...

sekali..jawi da!

Lelord said...

surat kabar dalam tulisan jawi cam dah xde tp akak rasa utusan melayu kot ade la sket 2-3 muka. eekekkek btul kan kalau silap maap yek

akak masih boleh membaca dlm jawi

hysman said...

salam kak...
terima kasih atas entry khas ni..
saye hargai..
hope lps ni dpt mkn pree..
kehkehkeh... guraw jep...

naseb baek kak paham jawi saye tu...
risau gak saye...
huhu..

papepun skodeng blog saye,ade n3 pesal akak plak..hahaa..
tqvm kak.. ;)

AzizMostafa said...

Orang Melayu harus malu menggunakan Rumi di tempat Jawi.
-
Membandingkan dengan Rumi:
1. Jawi lebih indah, lebih mudah, lebih menarik.
Rumi = 26 +A+B+D+E+G+H+Q+R = 17x2= 34 bentuk berdiri sendiri.
Huruf Arab + 6 Jawi - titik-2 = Sahaja 17 bentuk yang manis + tari-menari.
Tidak seperti Rumi, Jawi suka bercantum.
Hanya ekor perubahan seperti yang ditunjukkan di sini:
http://www.arabictypography.com/ani1.html
2. BM adalah bahasa fonetik, seperti Arab.
Cara terbaik adalah ditulis (dan dibaca) dalam Jawi
-
Tetapi kebanyakan orang Melayu + Indons tidak mengetahui.
-
http://typophile.com/node/74436

norhidana said...

wah... bagusnyer tak ramai org muda zmn skrg yg blh tulis jawi... dana sndiri pun merangkak2 dh kalu nk tulis jawi heheheh
tp atuk dana kt kg mmg teror tulis jawi, lawo je siap ngn gaya2 lg...

sekadar satu coretan said...

saya boleh la jugak bace walaupun tak berapa lancar mcm dulu2kan...sebab dah jarang mambace menguna tulisan jawi...

tapikan anak2 lagi lancar bile membacenye...

Ati Masrif said...

terangkang2 nak baca..hehe
apa nak jadi dgn kita ni

Unknown said...

ada yang x reti baca jawi skg ni

alhamdulillah..yong bole la baca :)

azzey said...

Citarasa Rinduan: alhamdulillah saya blh juga membaca tulisan jawi nih.....:)