Assalamualikum…selamat malam,
Sementara mood tekak nie, mengidam nak makan yang masam-masam, kali nie aku kongsikan resepi sambal belimbing buluh bercili padi dengan korang
Bahan-bahannya
Belimbing buluh – 7 biji (dibelah 2, dibersihkan dan dibasuh sebersihnya)
Ikan bilis – 50gram (dibelah tengah, buang taiknya, diracik-racik dan dibasuh)
Garam – secukup rasa
Gula – secukup rasa
Ajinamoto – secukup rasa
Minyak masak – 3 sudu the
Air – 0.50 liter
Blander halus
Cili padi - 50 gram
Bawang merah – 3 biji
Bawang putih - 2biji
Cara menyediakan
- panaskan kuali, tumis ikan bilis sehingga garing, keluarkan.
- tumiskan bahan-bahan blander halus sehingga minyak terasing dari bahan, masukkan garam, ajinamoto, gula.
- masukkan belimbing buluh mentah, sekiranya kuah terlalu kering masukkan air.
- perlahankan api abila belimbing sudah masak, masukkan ikan bilis.
- matikan api, sedia untuk di hidang
- cadangan makanan untuk 6 orang
PS: ramai juga customer yang berpuasa, semoga kita diberkati dan dirahmati olehNya
5 ulasan:
sekarang dah tak boleh tengok gambar2 masakan sedap2 time2 malam nie, hehehe nanti terbabas lak perancangan. baru jer turun beberapa kilo
eelobor--
belimbing bagus untuk slim..kalau awak blander minum selepas makan...lagi bagus.
nanti saya kongsi tips untuk kenyang tanpa makan nasi...so malam boleh ambil jugak..
bukan supliment yer...
mengidam?
berisi?
;)
cikgu...
amin...hehehhehe
wow..xpernah try lg ni..:)
Post a Comment