CITARASA RINDUAN

Friday, December 24, 2010

KEK ASAM MANIS RINDUAN



Syukur

Akhirnya..ada mood mengoven juga..

Kali nie aku masak kek asam manis…resepi asal dari ibunda tercinta Jumiah Ramli…agak leceh sebenarnya, tapi agak senang bagi pakar masakkan yang suka mengovenkan diri…

(kalau aku…lalallalala…setahun sekali kot boleh merajinkan diri, lagilah setiap hari asyik masak lauk pauk…boleh lah campak-campak..kalau oven??….adeh….kena ada seni ko…)

Walaupun banyak halangan dan dugaan nak menghasilkan kek asam manis nie…tapi…semangat mesti ada…hehehehe

Jom, kita lihat resepinya

Bahan-bahannya

8 biji telur ayam

Gula passir 1 ½ cawan

Pure creamery butter 1 tin (aku panggil minyak tong)

Susu pekat F&N ½ cawan

Biskut tawar 2 cawan, (korang kena ketuk guna apa-apa benda untuk menghancurkan biskut kemudian blander)

Isin vanilla – ½ sudu teh

Bikabonat – ½ sudu teh

Asam manis – 2 pak

Pewarna – ayu pilih hijau dan kuning…

** cawan yang ayu guna tu cawan yang kita minum petang yer…ala…yang pendek dan rendah….***sebenarnya dah terbiasa ikut sukatan guna cawan, sebab ibunda ajar suka sukat pakai cawan..sampai sekarang guna cawan jerlah..



Cara- cara menyediakan

  1. pukul telur ayam sebiji demi sebiji, bila dah kembang ala-ala putih gebu gitu…baru masukkan gula..putar pada kelajuan sederhana
  2. pukul pure creamer butter dan susu F&N pada mangkuk yang lain. Ayu pukul guna senduk nasi jer…sampai sebati
  3. Kemudian masukkan dalam adunan telur dan gula, (masa nie adunan agak berketul dan bergentil)
  4. masukkan tepung biskut tawar, putar semula bersama isin vanilla dan bikabonat.
  5. asingkan adunan menjadi 2, masukkan perwarna..satu bekas warna kuning, dan satu bekas warna hijau (kalau boleh lebihkan adunan dalam warna kuning)
  6. Ambil loyang, di sapu dengan lebihan yang melekat pada minyak tong (pure creamer butter), lapis kan adunan kuning, kemudian kukus dalam 5 minit
  7. keluarkan semula loyang, susun asam manis rapat-rapat (untuk makan sendiri rasanya tak ada hal, kalau niaga rasanya korang pasti tau budgetnya),
  8. masukkan/ sapu pula adunan warna hijau, kukus 5 minit
  9. kemudian, buat sessi ulang mengulang sehingga adunan habis..
  10. bakar dalam oven dalam suhu 200c, selama 10 minit
  11. masak, sedia untuk disejukkan dan boleh dihidang

PS: hujan pula kawasan kulaijaya nie, So,,enak dimakan time panas…..MIL lalu aku tak perasan…hehehe

13 ulasan:

♥♥LiSsA♥♥ said...

wahh.sdpnyeee

Siti Safiyyah said...

nyum nyum nak curik sikit. larikkkkk

Jom Sertai Bloglist Siti Safiyyah :)

My Little Diary said...

salam

amboi.... sedapnya kek.... hari ni ramai blogger post citer buat kek.. bilakah giliranku nk buat kek... huhuhu

Citarasa Rinduan said...

lissa--
mai sini..amik setengah potong..tak ada yang nak makan lah,,,hehe

Citarasa Rinduan said...

siti--
oooo..mai lari2 eik, sini2......sebagai balasan..kak bagi setemgah potong utk kamu..

Citarasa Rinduan said...

MLD--
mood mengovenkan diri..
maklumlah...hari nie cuti..mood memasak jer

Lelord said...

hahahhahah kat sini xde asam manis tu

rieyana ynn said...

nampak sedap...;d

Mas said...

rajinnya ayu, mas entah bila nak buat kuih lapis2 ni....makan memang suka...he..he..insyaAllah nnti nak try gak resepi ayu ni...terliur dah tengok kek tu..

IMANSHAH said...

Salam

Kek ni rasa macam mana ek..kek keladi pandai tak?suka benor saya makan kek keladi

Yatie said...

Salam Ayu,
Wow ada kek lapis asam manis kegemaran akak ni....sedapnya, klau dpt sepotong..syok gitewwww...

azieazah said...

Ohoo buat kek tak kongsi yaaaa...

Kalu Kak Azie, asam tu buat ratah jer. Tak sempat nak pukul telur, dah abis.. hahaha

azila said...

adehhh..cantik elok lak kek tu.zla penah buat kek ni dulu ngan mak...hehhe, tp agak leceh skit kan...nanti p Kulai, leh soh ayu buat ni..hehhe