Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, December 16, 2010

Happy birthday abah..dan anak saudaraku Ika


Selamat pagi khamis para sahabat…wah…sejuk betullah…hujan agaknya malam tadi…sambil tarik selimut…sempat juga lirik mataku kearah en zalie dan umai tersayang…syukur dapat menatap wajah mereka hari demi hari…

Alhamdullilah…hari ini 16 hb disember, bermakna hari ulang tahun kelahiran abahku Abd Rahman B. Haji Dollah yang ke 56 tahun dan ulangtahun kelahiran anak saudaraku Haziqah Abdul Halim yang ke 13 tahun…rasanya tiada hadiah untuk mereka…hanya ucapan tanda ingatku untuk abah dan Ika tersayang….


*********************************************************

Saat ini, hatiku bangga dilahirkan dengan secukup sempurna dengan kasih sayang dan didikan dari abahku dan ibunda…walaupun kini aku diamanahkan kepada en zalie..namun kasih sayang abah tetap utuh disanubariku..

Abahku, peneroka felda….walaupun dahulu dibesarkan di senai…namun…bila berkahwin dengan ibu tak kisah memohon felda sebagai tempat membesarkan anak-anak dan mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna..

Syukur..saat ini..anak-anak abah berjaya….adat sekiranya ada yang terlepas landasan..namun akhirnya kembali kepangkal jalan…

Semoga abah sejahtera selalu, diberikan kesihatan tubuh badan dan berbahagia disamping isterinya yang satu…insyallah..

Kuharapkan….hasil susah payah abah mencari rezeki dengan menambah pendapatan membawa bas …. Ianya adalah rezeki yang halal….sila klik sini untuk membaca entry…saya suka pemandu bas….dedikasi untuk abahku..

Selamat hari lahir abah………….saya sayang abah…….abah sambut hari lahirnya di rumah kak long dan adik beradik yang lain di KL...saya??? hanya jamu mata...blogger masakkan tersohor mamafami dah siapkan kek untuk abah....



PS: pada orang dia kasar, tetapi…sejak dilahirkan hingga saat entry ini ku tulis dia tak pernah merotan, memukul, mencubit atau menengking diriku….itulah sikap abah yang menjadikan aku, manusia

7 ulasan:

Mas said...

salam ayu...
happy birthday buat abah ayu dan anak buah ayu, moga mereka dirahmati dan dilindungi Allah sentiasa.....

Mat Gebu said...

Salam ayu..
Selamat hari lahir untuk abah dan juga anak buah ayu, moga panjang usia, murah rezeki dan dipermudahkan kehidupan di dunia dan kahirat kelak..aminnn....

Siti Indrawati said...

Salam Ayu..Selamat panjang usia untuk abah n anak sedaramu..semoga nikamt ini dapat menjalarkan kasih sayang sesama mereka dan umat manusia,AMIN..

CT said...

Selamat hari lahir utk abah Ayu dan anak buah...moga di panjangkan usia dan dmurahkan rezeki. Amin

norhidana said...

sampaikan slm selamat hari lahir utk abah akak n anak buah akak ye...
doanyer moga dipanjangkn umur , dmurahkn rezeki dan diberikan kesihatan yg baik...

Yatie said...

Salam Ayu,
Sampaikan salam Slmt Hari Lahir utk abah tersayang dan anak buah Ayu ya...moga dipnjnkan usia, di murahkan rezeki, di berikan kesihatan yg baik dan semoga sentiasa dlm limpah rahmatNYA..Aminn.

eelobor said...

setiap kali baca entri kat mana2 blog ker, facebook ker pasal seorang ayah ker, abah ker, bapa ker....hati ini mudah tersentuh kerana tak sempat nak merasai suasana macam entri ayu sekarang. hargailah mereka....