Mawi yang diminta mengulas tentang masalah displin Juara Akademi Fantasia 8, Ahmad Shahir Zawawi, memberitahu tindakan tersebut hanya akan menyusahkan semua pihak.
“Saya hanya boleh beri nasihat agar dia tidak melakukannya lagi sebab perkara tersebut akan menyusahkan banyak pihak.
“Sebagai seorang artis kita perlu hadapi apa juga masalah yang datang dengan tabah dan bukan dengan cara bersembunyi atau melarikan diri dari masalah,” katanya ketika ditemui di selepas Majlis Perlancaran Album Mawi Idolaku, Selasa.
Mawi juga memberitahu sebagai bintang yang lahir dari realiti tv. Shahir seharusnya menghargai peminat-peminat yang telah mengundinya.
“Dahulu masa selepas keluar dari Akademi Fantasia memang agak tertekan. Satu hari empat persembahan perlu dihadiri tapi bila fikir kerja dan tidak mahu mengecilkan hati semua pihak terutama peminat saya pergi juga.
“Pada saya perkara negatif seperti masalah disiplin ini akan jadi buah mulut orang dan secara tidak langsung akan mejejaskan reputasinya yang sedang naik sekarang ini,” katanya.
“Masa awal dahulu memang banyak kritikan yang saya terima tapi saya hadapi juga. Orang mungkin nampak saya senyum walhal jiwa kacau ketika itu.
“Alhamdulillah Allah bagi kekuatan sehingga hari ini,” katanya.
7 ulasan:
dia dah jadi pakar motivasi ker?
kenapa ngan shahir ni, bnyk masalah ke?
eelobor--
agak-agak?
erin--
entry sebelum nie
http://ruhayurazali.blogspot.com/2010/12/masalah-disiplin-shahir-af8-balik.html
macam2 dunia artis ni..huhuhu
Begitulah artis muda zaman sekarang. Tak cukup kental.
Tak leh lawan kekentalan jiwa dan semangat artis dulu-dulu, yg show cuma dibayar murah, naik sampan, tidur kat rumah rehat murah, makan nasi bungkus, bawa beg sendiri takda PA pun....
Artis sekarang? Huh.. macam biskut. Sekejap gah sekejap terendam macam biskut merri.
CITARASA RINDUAN : Mungkin Shahir ada cara tersendiri utk menyelesaikan mslh dia ...
Post a Comment