CITARASA RINDUAN

Sunday, December 12, 2010

Kalau ibu dan abah sebelah rumah kan best..

Selamat malam…dah jam 10 malam…tentu korang sedang bersiap-siap menguruskan pakaian untuk bekerja esok hari, atau ada yang dah ada hasrat nak tidur awal? Atau ada ker yang masih sambung cuti ????

Bestnya bercuti layan ahli keluarga….karang kalau aku dapat bercuti, siaplah korang, akan ku tayang gambar percutianku nanti, destinasi??? Mungkin kuala Lumpur atau terengganu??? Tunggu…….

Siang tadi, ibunda dan abah datang ke citarasa rinduan, aku amat terkejut dengan kunjungan mereka, maklumlah ibunda tak gemar berjalan…ala mabuk bila naik kereta…mulalah sakit kepala,,,pening-pening..

Kalau abah, kerap dan selalu singgah ke citarasa rinduan bila rindukan aku….

Itu yang aku rasa gembira sangat dengan kehadiran mereka…lain benor perasaan bila balik kampong menemui mereka, dengan kehadiran mereka sendiri ke tempatku….

Aku siap gosok-gosok mata melihat mereka tersenyum dihadapan mata..masa mereka datang tadi…aku sibuk di dapur belakang,.menyiapkan order customer…

Bila pusing ke meja chasier,,,,alahai…gembira dan terkejutnya…

***********************************************

Riuh sekejaplah citarasa rinduan dengan kehadiran mereka, lagipun abah sepertiku…peramah tak bertempat…..hahahhahah

Aku berikan sabun pakaian dan pinggan yang aku borong tempohari…siap aku tapaukan coklat-coklat Apollo untuk mereka, (ingat orang tua tak suka makan coklat ker? Hehehehhe)…….

Ibunda kalau singgah aku sediakan mee bandung, makanan kegemarannya selain jus apple….abah pulak, suka pau kacang, layan dengan barli biji….

Beginilah suasana hidupku…selalu sangat ingin kehadiran ibu dan abah ke tempatku..namun, siapalah aku, berapa kudrat mereka ada untuk berada di dakapanku?…

Masing-masing ada hal yang perlu dibuat, dan ada tanggungjawab yang perlu diuruskan….

Aku kan dah jadi ibu, ada anak dan suami disisi…tapi…tetap mengharapkan mereka berdua disisiku….


PS: kan best kalau, ibu dan abah beli rumah disebelah rumah ku…hahahahhahah

6 ulasan:

eelobor said...

saya lak memang berbeza, tak leh duduk sebelah rumah ker, berhampiran ker atau satu rumah ngn mak ayah sendiri atau mertua. biar jauh sket, tapi kerap pulang untuk menjenguk orang tua

Halia Kentang @ Annpaan said...

mmg best klu ayah+ mama salu ada dekat kita:)

azieazah said...

Siapa lagi untuk memuliakan ibubapa jika tidak anak-anak sendiri?

Siapa lagi untuk menghiburkan mereka bukan kita dan anak-anak yg menjadi cucu mereka?

Rindu dan kasih sayang yang sangat subjektif utk dihurai, sehinggakan entri tentang apa yang mereka suka makan pun belum cukup utk menggambarkan kasih sayang antara anak dan orang tua.

Apapun, tetap suka dgn komen EELOBOR. Kerap balik pun begitu indah perasaannya..

kak ina kl (1) said...

nasib baik mak dan abah duk dekat sangat..tiap-tiap hari dengar suara dan jumpa mereka

EiJa ZaQuaN said...

nasib baik family eija ni mmg dekat2..,family mertua pun duk sebelah taman jerk..hik3..

azzey said...

Citarasa Rinduan : Saya plak dah tak de abah.....:)