CITARASA RINDUAN

Friday, December 31, 2010

Kepentingan/keistimewaan Bank BSN??

(kredit to mr google)

Terpanggil aku pada tengahari ini untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang keistimewaan BSN..

Aku banyak akaun dengan bank lain…terutama menjelaskan bil semasa pinjaman semasa persekolah di pulau pinang, insurans dan lain-lain….

Setiap bulan, terpaksa menuju ke bank yang jauhnya 20minit atau 30minit untuk menjelaskan bayaran semasa….

********************************************************

Sebenarnya…citarasa rinduan berhadapan dengan BSN, namun kerana kekurangan maklumat….aku sentiasa kerugian dalam informasi BSN..maka…aku terpaksa membazir masa dan tenaga untuk menjelaskan 2,3 jenis bil….

Maklumat yang kuperolehi adalah dari kakitangan BSN sendiri iaitu adik angkatku….(masih solo yer…heheheheh)

*************************************************

BSN atau Bank Simpanan Nasional bukan sahaja tempat simpan dan keluarkan duit,tapi macam - macam lagi perkhidmatan yang disediakan untuk pelanggan.Di BSN , anda boleh :

  1. membuat bayaran bil seperti TNB,SAJ,Indah Water,Celcom,TM,
  2. Bayar pinjaman pun boleh..Courts,Aeon Credit..yang penting ada nombor akaun pinjaman la..
  3. Nak beli nombor pin PTPTN,UPU kalau bank tutup,beli di mesin ATM atau CDM pun boleh..tapi mesti ada kad akaun BSN..
  4. Bayar kad kredit atau pinjaman bank-bank lain (bank ke 3) tapi jauh atau tak sempat?bayar di BSN pun boleh..gunalah perkhidmatan IBG..caj RM2,kalau tolak akaun RM 0.50 je..
  5. Sekarang ni BSN dah ada SMS banking dan Internet Banking..lagi mudah urusan..nk top up pn boleh..yang penting macam biasela..mesti ada akaun dengan BSN..
  6. BSN terkenal dgn SIJIL SIMPANAN PREMIUM nya..ha..ni pun simpan duit jugak,tp bukn dlm bentuk buku,dalam bentuk sijil..simpan duit sambil bertanding tau.hadiah macam-macam..tak rugi simpan duit kat sijil ni.kalau tak menang,duit tak hilang,boleh bawa untuk cabutan seterusnya.
  7. kalau dah namanya bank..mesti ada perkhidmatan pinjaman..untuk yang berniaga,Mikro Kredit
  8. lupa nk letak alamat web:www.mybsn.com.my
  9. Insurans kenderaan pun boleh buat di BSN
  10. BSN sekrang dh link dengan Amanah Raya Berhad..sesiapa yang nk buat wasiat,bolehla dtg BSN..daftar wasiat..
  11. Pekerja-pekerja Indonesia ke,Filipina ke,Bangladesh ke,kalaulah mereka berhajat nak hantar duit kepada keluarga mereka yang jauh di mata..xpayah risau,xpayah pening-pening kepala,BSN ada jalannya.Anda boleh menggunakan perkhidmatan Western Union untuk hantar duit ke luar negara.Caj tak mahal,ikut negara yang dikirim selain itu wang dijamin sampai beberapa menit sahaja.Untuk negara Indonesia,BSN juga ada sediakan perkhidmatan mendepositkan wang terus ke dalam akaun BRI iaitu Bank Rakyat Indonesia.Untuk perkhidmatan Western Union,hanya perlukan nama penerima yang betul,ikut 'ketepe' dan bagi perkhidmatan BRI hanya perlukan nombor akaun dan nama sahaja..
  12. Pindahan dari akaun melalui mesin ATM pun boleh buat dah..
  13. Kad kredit ?BSN pun ada kad kredit..nak mohon senang je,janji dh 21 tahun (dan ke atas),warganegara malaysia,pendapatan tahunan dalam lingkungan rm21,600 utk kad klasik dan rm 30,000 utk kad emas.dokumen yg diperlukan hanya salinan kad pengenalan dan slip gaji..

PS: kredit to adik Yusmazanariah…..(beliau merupakan kakitangan BSN cawangan Sg Sayong)

2 ulasan:

eelobor said...

jauh la pulak ngan tempat kerja Yusmazanariah sebab nak pegi bertanya dengan lebih lanjut pasal BSN nih. hehehehe, melalui percakapan telefon pun boleh faham kut. nak sms nanti tak sampai maksud lak. hihiihih

LARIIIIIIIIIIIIIIIIIIII......

azieazah said...

My pendapat peribadi:

Rata-rata bank di negara kita berlumba-lumba upgrade perkhidmatan dan bersaing untuk “jual produk” mereka. Mencari pelanggan sebanyak mungkin tapi adakala terlepas pandang tentang layanan di kaunter.

Memang BSN ada banyak perkhidmatan, tidak jauh beza dengan mana-mana bank yang sedia ada.

Tapi pengalaman Kak Azie di kawasan perumahan, BSN yang ada SANGAT SANGAT lembap urusan di kaunter.. Memang sejak 2,3 tahun lagi dah macam tu punya lambat.
ATM ada 2 sahaja, satu utk masuk “Cash Deposit” dan satu “Cash Withdrawal”. Dan tiada CEK Deposit pun.. Sama juga dgn BSN yg dekat tempat kerja. Sama jer slow nya.

Jika hedak disebutkan perbandingan, SORI to Say, Kak Azie tidak akan berurusan dgn BSN kecuali terpaksa.
Ada banyak pilihan bank komersial lain yang lebih effective, pantas dan ada kemudahan lebih cekap.

Dan benar, I tak pernah ada akaun di BSN sehingga hari ini.

*Psssttt.. nak tanya, BSN tu bank kerajaan, kan? Bab ini kena tanya, sebab tak sure sangat.