Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, December 15, 2010

TAHNIAH MALAYSIA, 2-0 MALAYSIA VS VIETNAM

Safee Sali Sumbang Dua Gol Untuk Malaysia

Oleh SURYATI MOHD NOR

KUALA LUMPUR: Pasukan Malaysia bakal melangkah kaki ke separuh akhir kedua dengan senyum lebar apabila menundukkan pasukan pelawat, Vietnam 2-0 pada saingan pusingan pertama Kejohanan Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam Rabu.

Pada separuh masa pertama, kedua pasukan terikat tanpa jaringan biarpun Vietnam dilihat beberapa kali melakukan serangan, namun benteng pertahanan anak buah K.Rajagobal sukar ditembusi.

Aksi pada babak kedua dilihat semakin sengit, lebih-lebih lagi kepantasan anak buah Henrique Calisto melakukan serangan, namun mereka gagal menembusi gawang Malaysia yang dijaga rapi penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Gol pertama negara hadir pada minit ke-61 apabila tandukan kencang Safee Sali gagal ditampan kemas penjaga gol Vietnam sekali gus bola menembusi gol pihak lawan.

Suasana sekali lagi meriah dengan sorakan penyokong-penyokong setia Malaysia yang memenuhi setiap ruang di dalam stadium ini apabila Safee sekali lagi menjaringkan gol kedua negara pada minit ke-79.

Jaringan 2-0 kekal hingga ke wisel perlawanan. Skuad Malaysia bakal berkunjung ke Hanoi bagi mengharungi separuh akhir pusingan kedua 18 Disember ini.


KREDIT TO MSTAR ONLINE

1 ulasan:

nur said...

ayu
akhirnya menang juga ye Malaysia
ALL IN ONE