Petang tadi, adik aku telefon…rindu katanya…malah berbahasa basi, ajak ke kuala Lumpur, jalan-jalan kesana, sambil kumpul adik beradik…kalau boleh, ikutkan nafsu, jawapannya BOLEH…tapi, mengenangkan ada masalah yang lebih penting terpaksa batalkan niat, insyallah akan kesana juga, tapi bukan dalam masa terdekat ini..
Kebetulan adik aku ada berkongsi cerita tentang si polan…(perempuan) cantik, macam model, molek budaknya, lemah lembut (kebetulan kami berjiran) berpendidikan tinggi, masih bujang lagi…agaknya terlalu geram dengan rakannya..
Mengeluarkan bahasa kesat di FBnya…kawan-kawan baiknya mengiakan sahaja apa yang tertera di wall nya… (ayat yang tak molek tu…ada B**i….maki hamun sampai lupa ramai yang kawan-kawan dalam listFBnya, baik tua, muda, lelaki dan perempuan)
*****************************************************
Adik aku pula, oleh kerana dah teramat malu..sebab bahasa kesatnya bakal menjejaskan reputasi si pemiliknya (ala-ala kes si lisa dalam tari menari, ayat gila b**i yang tak ada maksud, sebab teruja dengan persembahan para peserta…terpaksa menerima kritikal sebab terlalu glamour)
Terus adik aku komen… “mohon maaf, kalau beliau terasa hati dengan kenyataannya..dalam komenya adik aku kurang senang dengan ayat kesat yang menghina seseorang.. ayatnya bakal memalukan diri sendiri……..”
************************************************
Tak tahulah aku….apa nak jadi dengan budak-budak sekarang nie, menyalah gunakan system yang ada, bertapis-tapislah mulut tu….kalau tak malu diri tu perempuan, sedarlah diri yang awak tu anak dara lagi, belum dirisik orang…………………….
Tak laku siapa yang susah???
PS: terkenang, kartun di sisipan berita harian metro semalam...ibunya bertanya kepada anak lelakinya
Ibu: Ibu nak jodohkan ko dengan anak Haji Deraman, si Ina namanya…baik, molek budaknya
Si Anak: hari-hari saya jumpa dengan si ina tu mak
Ibu: dimana? Ina tu tak pernah keluar rumah, tak sosial
Si Anak: di Facebook, tak nak lah saya beristerikan Ina, kasar bahasa, lucah bla…bla…
(nasiblah dah add awal-awal dalam FB, kalau tak…tak tahu bakal isteri jenis macamana perangainya kasar ker?, ganas ker? atau secantik dan seindah rupanya ker?…)
15 ulasan:
Kes emosi di laman sosial sudah menjadi lumrah zaman sekarang, tidak kira apa bangsa.
Yang menjadi isu bukan BAHASA, tapi gunakan ayat kesat, kasar carut maki.
Apa bangsa pun di dunia, tetap menolak sesuatu yang dipanggil kasar, tidak sopan apatah lagi carut maki lucah.
kan?
Kesal dgn kejadian itu....
kak azie, saya kenal empunya diri..
memang cantik..macam model gitu..
kalau ayat2 yang terlalu kasar dan bahasa yang tak sesuai saya amat kesal...
bukan indah lagi rupanya saat saya terkenang kalau lancang mulutnya melepaskan amarahnya..
saya sangat menyesali atas kelancangan mulut belia...moga beliau buang wall tersebut..malu lah kalau dibiarkan terus
Kak Azie pernah tulis entri tentang orang cantik tapi tiada manners. Ramai orang cantik molek yg tak ada budi bahasa.
Sedih, kan?
kak azie, masih ada urlnya tak? nak bacalah..
kalau tabiat tu dari kecil dah menjadi amalan.. macam dah jadi darah daging..
macam anak murid sayalah.. sesukahati mencarut.. makbapak ajar ke?
rupa tak menjanjikan tingkah laku yang baik....sebab tu kena kenal dulu.....
zaman sekarang macam2 ragam manusia yang kita jumpa dan lihat....
macam yg adik ipar mas cerita pasal sorang lelaki yg bakal dijodohkan dgn dia....semuanya dah ok tentang lelaki tu, bila buka fb lelaki tu, mengucap pnjng adik ipar mas, bahasanya kesat dan agak kasar, mujur skrg tak jadi dijodohkan...alhamdudillah..
hwehehe, tang kartun tuh yang menarik tuh
kalau dah biasa cakap mencarut ni dr kecil memang akan jd biasalah..
saya cukup risau bila dengar anak2 sedara bila masuk je darjah satu balik rumah dah reti menyumpah macam2..hmm dengar kawan2 kt skolah so terikut2..memang kena ganyang mulut ngan kakak sy la kalu dia dengar..
CIKGU--
saya rasa tak..adik beradik beliau elok bahasa..dia punya ramai adik beradik..semuanya pangkat adik pada saya..hormat orang, susah nak keluarkan perkataan...
sedih sangat terjadi pada orang yang saya kenal
mas--
syukur juga ada Fb kan....
kalau dah kawin, takkan senang2 nak ceraikan angkara kita kurang kenal mengenali..
syukur adik ipar mas tak kawin dengan orang yang mencarut tu..
eelobor--
mulanya saya nak kongsi ttg kartun tu..
kebetulan. pulak...ada kes yang betul2 kena tetang hal Fb ..boleh digarap untuk meyakinkan pembaca..
kalamhati--
cikgu..saya pun sama...bukan gayang tipu2..saya pernak guna cili tau...
sekarang anak buah amat takit nak lepas cakap..sebab dia tahu..makngahnya garang bertempat
Salam..setuju sgt2.zla tetap percaya bahasa mencerminkan keperibadian seseorg..:)
salam
azila..kalau tiada fb..saya tetap akan anggap dia wanita yang paling ayu...bertudung dan manis...
malah lemah lembut..rupanya...eik...tamo...
Citarasa Rinduan: yelah.....kan ke budi bahasa tu budaya kita...mcm2 budak2 skrg nih....
Post a Comment