CITARASA RINDUAN

Thursday, December 9, 2010

Sambal mini terung berempah


Korang pernah jumpa mini terung tak?,..nama sebenar terung kecik-kecik nie aku tak tahu..Oleh kerana saiznya agak kecil..kami gelarkan mini terung…ala-ala terung bulat, tapi kekecilannya 3 kali ganda dari terung bulat..



Ini gambar terung yang aku nak tunjukkan pada korang,,…agak payah nak jumpa dipasar.,pernah aku cuba semai bijinya…(masa aku tengah rajin menanam pokok-pokok lah…sekarang?...agak malas gitu..huhuhuhu) hasilnya…tak pernah keluar pun semaian tu…agak terbantat..heehheheh

Warna mini terung nie agak puple gelap dari warna terung yang biasa kita jumpa di pasar-pasar..

Rasanya??? Sangat sedap ditambah biji-biji didalam terung ini yang padat…membuatkan aku suka ratah tanpa makan dengan nasi..

Kalau sesetengah orang suka masak terung dengan kari, ada yang suka sambal merah, ada pula suka masak lemak terung..

Kalau aku pula,suka masak sambal mini terung berempah, sebab apa berempah?...aku blander kesemua bahan-bahannya…makan dengan nasi panas tak payah nak makan lauk lain….boleh tambah 3,4 piring ooooo….hehehheeh


Jom, kita sekodeng apa bahan-bahannya


Kisar halus

Cili padi 100 gram

Bawang merah 4 biji

Bawang putih 7 ulas

Lada merah 1 biji

Bahan-bahan utama

Ikan bilis – 100gram, belah tengah..buang taiknya…belah ikan bilis halus-halus (carik-carik)..

Mini terung 500 gram

Minyak masak

Gula – 1 sudu

Ajinamoto- 1sudu teh

Garam-1 sudu teh

Sedikit air


Cara menyediakan

  1. panaskan minyak masak ke dalam kuali, tumis ikan bilis sehingga ikan bilis mengeluarkan bau yang menyedapkan
  2. masukkan bahan-bahan yang telah dikisar, gula, ajinamoto dan garam sehingga naik bau dan minyak lari dari bumbu
  3. masukkan mini terung….pastikan sekiranya terung serap bahan-bahan, maka masukkan air sedikit demi sedikit..
  4. apabila terung sudah masak, matikan api dapur
  5. sedia untuk dihidang
  6. selamat mencuba


**lebih sedap sambal ni buat pencecah lempeng panas dan ubi kayu….****khasiat terung boleh dikongsi di blog http://www.oldtraffords.com/2010/11/khasiat-terung.html (terima kasih)

10 ulasan:

cikgu isza said...

salam ayu,
tak tahu ler ngape tekak saya tak boleh terima terung.. dah cuba makan pun tak boleh.. huhuhu

Puteripisces said...

kak,kalo ganti ngan terung biase ke terung bulat boleh x...rasenye still sedap ke x...

oppss kak, sy ngan blogger kalamhati is adik beradik...hehehehe

Citarasa Rinduan said...

salam cikgu

agaknya memang cikgu tak gemar makan dari kecik2 kot..

saya kan..hantu terung..suka lauk itu

CT NoArIzAh ArIs said...

mcm biji kundang pun ada gak rupa dia!

Citarasa Rinduan said...

puteri-

hahahhaha...rupanya kamu adik beradik..sabor jerlah kak ayu nie....


okey...bagi kak...kalau nak ganti apa2 pun okey..janji terung biasa kena goreng, tapi kena sapu minyak zaiton yer...agar lawa jer terung tu

Citarasa Rinduan said...

salam ct--

terung masam ada gak, warna oren...
tapi ayu tak pernah rasa

azieazah said...

Sejujurnya Kak Azie tak minat terung, dan setahun sekali nak beli terung pun susah...

Walaupun warnanya PURPLE yang sungguh memikat hati ku...!

Citarasa Rinduan said...

kak azie...

sama lah dgn cikgu isza...
adakah ayu seorang yang hantu terung?

oh tidak

azzey said...

Citarasa Rinduan: mcm pnh mkn. mmg sedap!

EiJa ZaQuaN said...

sedapnye..dulu eija mmg x pandai mkan terung masak smbal ni..tp bila dh kawin..mak mertua eija mmg suka masak..n asben eija pun mmg suka..skrg ni eija pun dh suka makan terung masak smbal ni..tp selalunye eija goreng dulu terung dia..pastu br masak dgn smbal..