27 Terbunuh Kemalangan Bas Di Simpang Pulai
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.
Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.
Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.
Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari
Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.
Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.- BERNAMA
4 ulasan:
saye pun ade nengok kat tv tadi..geri betulkan...
Agak pelik tragedi dan musibah di negara kita ini.
Sering terjadi bermusim dan berturutan.
Contoh: jika tragedi bas, sampai 2,3 minggu asyik terjadi kemalangan yg sama.
Begitu juga kes buang, berhari-hari kejadian yang sama berulang dilaporkan.
Begitu juga, lately, kisah kekasih tikam kekasih, simbah asid, bunuh hampir berturutan hari berlaku.
ain--
ayu kan...masa lihat berita tv 9..
sangat mengerikan masa menghadap,.dah lah ayu nie jenis yang takut lihat darah
bayangkan bas 2 tingkat..peeh..macam rumah runtuh kan??
salam kak azie--
rindu dgn entry kak azie
akhirnya sudi masuk jua..ayu tau..kak sibuk kan??
kak.....fenomena nie mmg dah lama...bila kes itu..maka akan berlarutanlah kes itu sampai ada kes yang lagi hangat!!!!
Post a Comment