Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, December 12, 2010

Akhir zamankan??


Korang cuba hayati ke dua-dua situasi

SITUASI 1

Sedang aku mop lantai, terdengar akan PA system menandakan azan akan berkumandang, kebetulan sinetron drama Indonesia sedang ditayangkan, beberapa orang customer sedang melayan tv…

Aku mohon jasa pelanggan untuk aku off sementara rancangan kegemaran mereka, aku matikan suiz utama tv…(kebiasaan aku matikan segala bentuk hiburan tv setiap kali azan berkumandang)

Dialog ini berlaku semasa azan sedang berkumandang, aku teruskan pekerjaan..suasana citarasa rinduan senyap sepi…hanya azan di masjid berdekatan menyeru umat islam menyempurnakan rukun islam…

Lelaki: ‘kak long, kenapa matikan tv?...suka hati ko jer, tak nampak aku tengah tengok ker?’

Aku: subhanallah…..sangat terkejut, sabar….. aku tak keluarkan suara…hanya geleng kepala

Lelaki: ‘tak puas hati, ko nie, matikan tv macam nielah customer ko boleh lari tau.’

Aku: dah tak boleh sabar “ maaf bang…azan sedang berkumandang. Saya hormati azan…..”

Lelaki: lerr…tak kan ko tak boleh nak slowkan tv…………

Aku: dah malas nak layan………..segerakan pekerjaan dengan secepat mungkin, daripada darah tinggiku bakal naik….

Kalau korang berada didalam situasiku apa korang nak lakukan?

SITUASI 2

Dalam 20 orang pelanggan datang serentak, ada tua, muda, dan kanak-kanak….dalam firasatku, hari ahad, mesti pelanggan yang singgah baru balik dari majlis kenduri kawin atau jalan-jalan cari makan..

Siap ambil gambar, posing sana, posing sini….. tak kira tua atau muda….ada aksi macam-macam…suka dengan gelagat mereka, agaknya sama bila aku berkumpul dengan ahli keluargaku…happy tak ingat dunia, dan tak sedar ada orang sedang memerhatikan…

Bila ambil gambar guna kamera….firasatku…..(compom….nak upload gambar dalam facebook..zaman canggih manggih….)hehehhehehe

Dalam setengah jam, dah dapat minum dan makan. Seorang tua yang berpangkat haji,..datang ke chasier untuk menjelaskan bil

Ikuti dialog ini

Pak haji: “berapa semuanya nak?”

Aku: “semuanya RM--….., saya jual yer pak aji”

Pak haji: “saya beli, terima kasih nak”….sambil ambil baki RM…

Aku: dah terbiasa bertegur sapa dengan customer…. “Pak haji dan keluarga dari majlis kawin yer?....

Pak haji: “tak, dari melawat jenazah adik pak haji di--------, meninggal tadi jam 2 petang”

************************************************************

Aku: tercengang…sambil blur dalam hati aku, zaman sekarang nie…dah tak perlu bersedihan bila kehilangan seseorang,

Berbeza dengan sikapku, kalau ada kematian, selepas melawat…terus balik rumah….mandi sunat….nak makan dan minum.? Hanya selera makan ringan-ringan…sebab berkesan dihati tentang sebuah kehilangan dan kematian…

6 ulasan:

Marhaen Kacak said...

aduiyay! dunia2.... macam2 orang skrg.. dunia dah terbalik kot...

kedai kat mane ek? area felda2 sungai sayong/bukit besar ke?

Ketuanan Melayu vs Ketuanan Rakyat : Rasiskah Kita vs Bersediakah Kita?

Unknown said...

salam ziarah....

betul tu...kedai di belakang mobil f sungai sayong...

pernah singgah yer?


psst: bab lelaki tu kan, saya agak hairan lepas saya on suiz setelah azan asar...boleh pulak dia tak lepak berborak tapi matanya tak pandang tv...

mengada2...

eelobor said...

situasi 1, saya sokong ayu.

situasi ke-2, saya nak tumpang gelak boleh tak? ada unsur2 lawak kat situ

Unknown said...

eelobor

situasi 1, saya rasa nk siku jer mamat tu

situasi 2...hahhahahah, mmg mula2 rasa lawak..lama2 sedih pulak..macam trend orang dapat anak baru pulak eik...heheheh

Marhaen Kacak said...

owh..mmg pernah singgah...hehehe....

tenguk gambar header cam kedai makan yang pertama tu...tul x ? suka sarapan kat situ dulu..:)

azzey said...

Citarasa Rinduan : tanda2 akhir zaman dh ada skrg kannn....