Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, December 15, 2010

Siput sedut batang keladi masak lemak cili padi


Tempoh hari aku ke blog blogger masakkan…terliur dengan batang keladinya yang dimasak lemak cili padi..

Kebetulan semalam, FIL dapat beli siput sedut, siap beli batang keladi lagi…apa lagi, aku mulakan projek dengan mencantumkan kedua-dua bahan mentah yang sememangnya menjadi makanan kegemaran tengahari pelanggan citarasa rinduan.

Jom layan bahan-bahannya

  1. Siput sedut – 1 kg (dibasuh, dipotong hujungnya, dicuci sehingga bersih)
  2. Batang keladi – 3 pokok beserta isi (disiang, dipotong, dibasuh dan di rebus dengan garam dan air hingga empuk)
  3. Kelapa parut – 2 biji ( diperah, asingkan santan pekat dan santan cair)
  4. Air – 1.5 liter
  5. Garam - 4 sudu the
  6. Ajinamoto – 4 sudu the
  7. Gula – 1 sudu the
  8. asam keping – 4 keping

Bahan-bahan diblander halus

  1. Cili padi – 500 gram
  2. Buah keras – 5 biji
  3. Bawang Besar – 3 biji
  4. Bawang Putih – 7 biji
  5. Halia – 3 ulas besar ibu jari
  6. Biji ketumbar – sepeket RM 0.50
  7. Serai – 3 batang (dipotong halus dan diblander)

Cara-cara menyediakan

  1. masukkan bahan blander ke periuk, pastikan bahan-bahan masak, perlahankan api, masukkan air dan santan cair
  2. apabila santan dah masak, masukkan garam, asam keping, gula, ajinamoto
  3. masukkan siput sedut mentah, gaul dengan perlahankan api dapur
  4. sering kacau bahan yang sedang dimasak sehingga bahan betul-betul masak, jika santan kurang cantik, tambah santan pekat
  5. masukkan batang keladi yang telah empuk dimasak. Gaul rata.. matikan api sekiranya bahan-bahan sudah masak
  6. sedia untuk dihidang, selamat mencuba



PS: aku suka layan siput sedut tanpa nasi putih..kata orang siput sedut banyak asid urid, jadi..kepada pesakit gaut dan darah tinggi..anda dinasihatkan tidak mengambil makanan ini, jika teringin..sediakan ubat ya…

11 ulasan:

Gadis Kampung said...

teringat masakan mak kat kampung..huhuhuhu sedapnyer siput sedut....sluuuuuuuuppppppp...

azian said...

salam
kak ayu....
baru beli siput lauk cam nih semalam...tapi bukan saya yg makan laaa...mamat dgn muaz je
saya tak makan...
miss u kak... (eh, boleh ke ckp cam gini?kang org ingat lain plak kak.hahahah)

Mat Gebu said...

Wawawaaaaa..bising satu kampung kalau makan siput sedut...hehe..

azzey said...

Citarasa Rinduan: *tetiba *....jadi lapor gilerrrrrrr.....

aeinio said...

fuiyoooo

norhidana said...

uwaaaaaaaaaaa sambil menangis sedih
akak, nper lah akak tayang lauk feberet nih... adeh
sedapnyer siput sedut msk lemak... nk bt sndiri mls.. nk beli kt mana yek... oh terliur dh nih

Kasih Suci - Mama Damia said...

mmm beshnye kak...sy paling suka makan siput sedut masak lemak camni...

hysman said...

perghhhh siput lemak...
sodap tu.. wlupun saye kurang gemar seafood,tp tgk gaya tu disajikan kompom trus mkn tak kesah seafood ke idak..hehee

Mas said...

perhh...ayu...sedappp ni keladi ngan siput sedutt...kalau mas dapat sedut siput tu, memang tak leh berhenti...

IMANSHAH said...

wah sedap kot..saya jarang makan ni sebab kat Ipoh jarang jual..huhu

Mama JnJnJ@Sue@Anang said...

sedap..sudah lama tidak makan siput ni