CITARASA RINDUAN

Friday, December 31, 2010

Sarapan hujung tahun 2010, JEMPUT-JEMPUT OAT CINTA AYU

Pagi nie, cuti….masak sarapan agak simple…

Hanya jemput-jemput/cengkodok oat cinta ayu yang aku sediakan untuk en zalie dan family MIL tersayang…

Nak resepi????? Sebenarnya aku dah pernah kongsi dengan korang resepi sihat ini..

Tapi nak memudahkan kalian, aku kongsi sekali resepi sihat dan mudah ini..


BAHAN-BAHAN

Oat - 6 sudu besar makan

Tepung gandum - 200 gram

Daun sop -2 batang (dipotong halus)

Kentang - dicincang panjang/dadu

Minyak masak - pilih yang brand natural/matahari-sesuai untuk diet

Garam -cukup rasa ( aku ambil hujung sudu teh)

Air - 50 ml (bagusnya guna air suling seperti bioaura, bio pure ELKEN)

CARA MEMBUATNYA

1. Campur kesemua bahan-bahan diatas, kecuali minyak masak

2. Panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas (info ini bertujuan supaya jemput-jemput tak meresap dengan minyak)

3. Kekuningan, angkat dan toskan

4. Selamat menjamu selera


PS: layan dengan minuman green teh ..tanpa gula…sangat sesuai untuk sahabat yang ingin sihat dan cergas..

2 ulasan:

eelobor said...

kalau bagi kat dato nie, mesti dato puji lagi. nampak pun dah cukup berselera....

Citarasa Rinduan said...

eelobor...

wawawawawa..
nak ker dato dgn jemput2 aku nie..
semalam sia puji hilang kepenatan aku semalam layan pelanggan..

diluar jangkaan..semalam earning mendadak ko..rezeki2