Aku kenal lelaki itu sejak aku berpindah ke sini,,,setiap hari menjadi pelanggan setia citarasa rinduan…menu yang diminta senang sahaja…nasi putih, ayam berkuah dan sayur goreng hijau (tak kisah kangkung, bayam atau sawi)…
Air pula sirap…..dia tak pernah jemu minum air itu…dia tak jemu order benda yang sama….bila dia mahu pulang menu yang di tapaunya sama…mee goreng tak pedas….
****************************************************
Kami tahu seleranya, tak pernah berubah…
Apabila makan, berselerak meja dengan nasi dan air…seperti kanak-kanak kecil….kami dah acapkali bantu dia bersihkan mejanya..
Walaupun perbuatannya akan menimbulkan kegelian pada pelanggan lain…kami suka akan kehadirannya..
**************************************************
Tapi…
Hari ini nasibnya amat
Oh…………kesiannya..
lelaki itu terjatuh gara-gara hujan renyai di kampungku…mungkin lantai di meja hadapan tempias air hujan, atau mungkin selipar yang dipakainya dah terlalu haus untuk digunakan untuk melindungi tapak kakinya
Aku, meluru…ku tarik tangannya, berlapikkan baju berlengan yang dia pakai…ku pimpin..masuk ke meja yang lelaki itu sukai.
Tapi, ku lepaskan bila ku fikirkan dia dah selesa berjalan…bila aku meneruskan kerjaku…sekali lagi..
Oh………kesiannya
lelaki itu…terjatuh lagi di meja dalam….ya benar..seliparnya memang dah tak sesuai di gunakan…sekali lagi ku papah dia…
Ku nasihatkan lelaki itu, hati-hati bila berjalan….tukar selipar baru, ganti dengan yang lain….
***************************************************
Walau dia mengalami sintrom penyakit gigil…(aku tidak tahu bahasa saintis nama penyakit yang beliau hadapi.) mungkin namanya penyakit parkinson.
Tapi ingin ku kongsi dengan korang, apabila beliau makan, pasti tangan yang mengandungi makanan tidak sampai kemulut beliau
Bila dia minum. Tangan yang ingin dicapai gelas minuman..pasti terlepas…apabila ku hulurkan duit atau bungkusan..pasti tangan dan jari lari dari sasaran..
******************************************************
Kesiannya lelaki itu…tiada sahabat yang sudi bertemankan lelaki itu
Tiada kenderaan untuk beliau, untuk pergi membeli makanan ke kedai berdekatan…berjalan kaki dengan selipar yang haus, yang dah penat memberi perkhidmatan..
Beliau anak yatim, arwah ayahnya yang pernah ku kenal, jua bekas pelanggan di citarasa rinduan..jua mengalami penyakit yang sama….gigil…apabila berjalan…melayang-layang..
PS: semoga lelaki itu dirahmati olehNya..amin (bukan niat ingin menceritakan keaiban pelanggan. Tapi lelaki itu perlukan seorang teman…………)
13 ulasan:
Jika begitu keadaannya, benarnya agaknya “parkinson” lah nama penyakit itu. Saraf mereka lemah tu.
Kesian lelaki itu walaupun berkeadaan begitu, tetap berdikari cuba berbuat sesuatu dengan sendiri tanpa menyusahkan orang lain.
Pelbagai ragam pelanggan, ada yang lucu ada juga yang menyentuh hati...
pergh Ayu, saya baru satu entri, ayu dah tiga.semput cikgu nak ngejor nya
kak azie--
pernah ayu balikkan wang..sangat kesian..penyakitnya agak kronik..
dia tak dapat pegang wang itu..ayu hulurkan ikyt tangannya..
sampai 10 minit ayu tak tahu nak pulangkan wang cara apa..
akhirnya letak dimeja...
itupun ayu imbas sekali lagi..
berselerak RM..
kesian, dia tiada teman..
cikgu--
ayu suka update entry semasa malam..
ini peluang yang ada..
terima kasih masuk ke blog citarasa rinduan
ayu..entri ni buat akak tersentuh. mudah sgt tubir mata bergenang..
Alahai kasihan lelaki itu. Semoga dirinya sentiasa dilindungi dan dirahmati-Nya
salam ayu, entri yang menyentuh hati....alhamdudillah ada insan mulia seperti ayu yang menerima orang macam tu, rasa mas tak semua orang dapat menerimanya....moga kita semua sentiasa bersikap ehsan pada orang yang serba kekurangan...
kesian lelaki tu, moga dia dirahmati dan dilindungi Allah sentiasa.
dia dtg ke kedai berjln kaki seorg diri ke.kesiannya..
ingatkan hidup kita dh susah,tp masih ade lg yg lg susah rupanye. :(
alahai..sedih pula rasa :(
siannya.. sedihnya baca... moga lelaki itu sembuh atau berkurang sakitnya... semoga dirahmati Allah.
Semoga Allah menaikkan martabatnya di akhirat atas kesabaran & keredhaannya menghadapi dugaan hidup.
aduh.. CR buatkan IM teringat ibu_suri. Dia juga membimbangkan IM kerana mengalami sindrom persis parkinson akibat kesan sampingan memakan ubat psikiatrik.
namun ibu_suri masih beruntung kerana IM masih selalu bersamanya..
salam ayu..moga hamba Allah tu dipermudahkan hidupnya nanti, samada di dunia dan akhirat.kesian kan tgk org gini..nasib xtgk dpn mata.Syukur dgn hidup kita hari ini..
sedih...
Post a Comment