KANGAR: Omar Shahidan, 48, pemandu bas persiaran yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Isnin, sempat melancong ke Haadyai, Thailand bersama isteri dan tiga anaknya baru-baru ini.
Selepas pulang dari Thailand, Allahyarham meneruskan tugasnya membawa sekumpulan pelancong negara gajah putih itu ke Cameron Highlands, namun keluarganya dikejutkan pula dengan nahas ngeri membabitkan bas persiaran yang dipandu beliau.
Sepupu Allahyarham, Julie Mahmud, 33, berkata selepas gagal menghubungi dua telefon bimbit Omar, beliau menelefon syarikat bas itu di Jitra, Kedah pada kira-kira 3.30 petang yang mengesahkan berlaku kemalangan membabitkan bas miliknya.
Omar, 48, kemudian disahkan terbunuh bersama 26 yang lain termasuk seorang pemandu pelancong berketurunan
Julie berkata, Omar yang baru tiga bulan memandu bas persiaran dua tingkat itu dijadualkan pulang ke rumahnya di Behor Empiang dekat sini, esok.
Beliau berkata anggota keluarga terdekat Allahyarham bergegas ke Ipoh sebaik mendapat pengesahan bahawa Omar terbunuh dalam tragedi tersebut kerana sebelum itu, mereka masih samar-samar berhubung nahas berkenaan, sehinggalah menonton berita mengenainya di televisyen pada 1 tengah hari tadi.
Tinjauan Bernama di rumah Allahyarham mendapati persiapan telah dibuat untukmenyambut jenazahnya yang dijangka tiba awal pagi esok. – BERNAMA
Kredit to mStar online
6 ulasan:
salam..
sangat sedih kak dengan berita tu..
tak tahu apa masalahnya kes kemalangan ini berlaku..mungkin jalan licin bas hilang kawalan..
salam ayu
innalillah..mudah2an arwah ditempatkan dikalangan insan yg beriman
xleh baca lar..sedey bile baca ..huhu
tumpang sedih...
salam...
rasa semakin takut nak naik bus :(
kadang-kadang Allah mabil sesuatu dari kita kerana Allah tahu itu yang terbaik :)
CITARASA RINDUAN; Sedih baca berita nih.....takziah utk keluarga mangsa...
Post a Comment