Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Monday, December 13, 2010

Sayur betik masakkan orang lama


Bila bercerita tentang orang lama…terbayang di mata kita, ibunda dan nenek yang suka masak sayuran yang terdapat dibelakang atau halaman rumah..tak payah keluar duit nak beli lauk dipasar, dulu ada pasar ker?hehehehe

Ingat lagi kenangan semasa aku budak-budak, agak nakal gitu…suka main pondok-pondok….main masak-masak

Batang pokok ubi, pokok daun pucuk manis, batang pokok betik, semuanya aku ambil buat khemah….akhirnya,..kenalah libas dengan batang ubi di belakang badan….berlibas-libas hehehehehe, (habis!!! itukan lauk untuk kami sekeluarga, aku pulak senang-senang nak buat permainan)

************************************************



Kebetulan minggu lepas aku pulang ke kampong sebab attend majlis kawin kawan sekolah…disebelah telaga ibunda ada sebatang pokok betik yang tak pernah putus buahnya…. Buahnya agak panjang tapi berisi…

Ingat, nak ambil buat pencuci mulut untuk en zalie..aku siap panjat guna tangga aliminium ibunda lagi…tapikan, dalam susah payah nak ambil tu..hasilnya..aku ambil tersilap ko…..masih mentah dan dara lagi

Bila dah silap tu…aku teringatlah kisah lama,….ibunda suka masak sayur betik dengan ikan bilis….so aku buat projek dengan buah betik mentah tu..hasilnya sayur betik goreng ikan bilis panas untuk dihidangkan…

Separuh aku makan bersama pekerja dan keluarga, separuh lagi aku buat niaga..jimat-jimat…..


Jom kita kongsi resepi sayur betik yang mudah ini, resepi ala-ala sayur mini terung berempah

Kisar halus

Cili padi 100 gram

Bawang merah 4 biji

Bawang putih 7 ulas

Lada merah 1 biji

Bahan-bahan utama

Ikan bilis, 100 gram belah tengah..buang taiknya…belah ikan bilis halus-halus (carik-carik)..

Betik muda 500 gram, (buang kulitnya, sagat hingga halus)

Minyak masak-3 sudu

Gula – 1 sudu

Ajinamoto- 1sudu teh

Garam-1 sudu teh

Serbuk lada sula *buat syarat untuk elak dari sakit perut***

Cara menyediakan

  • panaskan minyak masak kedalam kuali, tumis ikan bilis sehingga ikan bilis mengeluarkan bau yang menyedapkan
  • masukkan bahan-bahan yang telah dikisar, gula, ajinamoto dan garam sehingga naik bau dan minyak lari dari bumbu
  • masukkan betik mentah….pastikan sekiranya betik serap bahan-bahan, maka jangan masukkan air kerana air betik akan keluar dengan sendirinya
  • apabila betik sudah masak, masukkan serbuk lada sula sedikit…kemudian matikan api dapur
  • sedia untuk dihidang
  • selamat mencuba



**lebih sedap masukkan telur sebiji ketika sayur betik hampir masak, kacau hingga telur menyerap kesemua sayuran betik tapi, ingatan untuk penghidap jantung, anda dilarang makan telur yer…tak bagus untuk kesihatan..

12 ulasan:

Ain said...

butik muda kalau celur dan cicah dengan budu sedapnyaaaaa...

ynn said...

memang sedap...mak yana kat kg selalu buat...;d.masak tumis atau masak air...;d

Mas said...

salam ayu, teringat kat mak bila ayu tunjuk sayur betik ni...sedap betul sayur betik air tangan mak mas....mas suka...

eelobor said...

betik muda = somtam pun best....

Kalamhati said...

tak penah makan..mesti sedap ni..
biasa makan kerabu betik dan somtam je

Mama Janet said...

Salam ziarah..betik tu sedap diracik halus2 kemudian tumis dengan menggunakan lada kering, ikan bilis n bawang.cuba la .memang sedap

erienz said...

x pernah rasa sayur betik ni...nmpak sedapje...kena gi rasa ni..

kella said...

amboi! sangat la menyelerakan!
resepi baru! boleh di cuba..

kak ayu: nanti jika kesempatan, doakan untuk kawan kita.. deena, dia sedang sakit... :(

terima kasih..

Unknown said...

ala terus lapar

CikguAreefNaim said...

salam kak,

kembali setelah menyepi beberapa hari...

pucuk betik pun blh mkn tau ko. sy penah makan, jiran rmh sblh yg htr... die wat sayur goreng cam urap tak silap...

tp, pahitny kak, hehehe...

Lydia Miza said...

tak pernah mkn...selama ni cuma mkn som tam je..huhu

azzey said...

Citarasa Rinduan: Mak saya pun sker masak sayur betik dgn ikan bilis. Betik rebus je....tp sedap...