CITARASA RINDUAN

Tuesday, December 28, 2010

Maaf, Semalam tak online....


Sessi fisioteraphy

Salam, selamat pagi selasa para sahabat…………

Pasti korang tertanya-tanya mana perginya aku malam semalam, selalu time malamlah aku dapat update blog..adalah entry sehingga 2,3 kan?...kan?

Maaf yer, factor keletihan membantutkan aku update blog…

Petang semalam, citarasa rinduan pula dipenuhi pelanggan, balik rumah terus merehatkan diri,,sedar-sedar dah 4.30 pagi...

Terima kasih kerana singgah ke blog citarasa rinduan….syukur dapat mengenali kalian, yang join GA ayu pun…semakin ramai..terima kasih….

*************************************************

Alhamdullilah…syukur sangat…

Hari ini pembelajaran fisioteraphy, banyak kepada sessi mengerakkan kelima-lima jari kaki kanan en zalie..

Sebelum ini, sessi hanya di beri dari segi mesin…seperti entry ini..tapi,hari ini…ada gerakkan dari segi senaman ringkas…

Pakar fisio mengajar aku meletakkan beberapa perca kain seperti kain lance, satin, kapas…dll untuk mengajar kaki en zalie mengenal rasa…latihan ini perlu diamalkan selalu…agar ada tindak balas yang positif, turun naik tangga…dengan pegangan yang betul dan sebagainya.

Senaman pada kaki yang melibatkan gerakan menggunakan basikal…jua dilakukan,mulanya kami ingat basikal (rider) yang seperti di gym…rupanya macam gambar dibawah…


Rupa-rupanya macam nie…hehehehehehe…

Itulah, kata pakar fisio…latihan kena perlahan-perlahan..kena ajar jari en zalie kena rasa dahulu…



Tapikan,terus terang aku nak kongsi pengalamanku semasa menguruskan en.zalie..tanpa pengetahuan dan pembelajaran…tidak mungkin aku dapat menguruskan en zalie dalam sessi fisionya…

Kalau dirumah…kami hanya tahu jaga makanannya, tetapi bila dihospital kami diajar cara yang betul..

Syukur, pernafasan en zalie dah semakin stabil…mengikut kata pakar fisio…en zalie semakin sembuh…

Terima kasih kepada pakar, doctor, staff nurse dan warga hospital HSI………….

PS: hanya kesyukuran yang mampu ku doakan padaMu…syukur…syukur..

******terima kasih kepada sahabat blogger yang singgah komen blog citarasa rinduan, oleh kerana semalam terlalu kepenatan, dengan pelanggan pun ramai….tak dapat nak blogworking apalagi nak update blog….aku jawab komen korang disini yer…********

wahida said...

take ur time my dear...

terima kasih wahida, alhamdullilah..semalam balik dari citarasa rinduan jam 8 malam, uruskan keperluan..terus rehat secukupnya..

azian said...

kak ayu...
miss u...heheheheh
kak, nanti kl sy balik johor nak ajak mamat g CR lagi laa...
harap dapat borak lebih lama...

miss u too azian, okey..kak ayu sentiasa alu-alukan kedatangan kamu sekeluarga, kak ada rancangan dlm tahun dpn ke blogger masakkan sedenak tu…karang kak sms yer..

eelobor said...

begitulah tanggungjawab...walau penat namun tetap di gagahi jua

syukur, itu dinamakan amanah….tapikan, saya mengharapkan en zalie beroleh faedah atas apa yang berlaku..amin

ainnoraini said...

sabar ye ayu...pas ni bawak2 berehat ye...

kak ain,terima kasih..terharu atas kesudian kak singgah ke blog ayu….maaf dah lama tak ke blog kakak, doakan kesejahteraan ayu…nanti ayu singgah yer

Ati Masrif said...

ayu..kita ni tertgl keretapi

nape sampai kena buat FISO?

Ati, en zalie mengalami penyakit OSA. 17 hari di ICU, 8 hari di HDW, manakala 1 bulan ½ di ward biasa awak boleh search penyakit beliau…atau klik sini untuk tahu penyakit beliau..

Terima kasih ati….semoga anda dirahmati

IMANSHAH said...

kota tinggi tu jauh ke

cikgu iman, ke hospital dalam masa 1 jam ½ minit….bila saya ke kota kena tambah 1 jam lagi untuk pulang ke rumah….

Kiranya…agak jauhlah..saya menghabiskan masa ½ jam di kota hanya kerana kelalaian saya..

norhidana said...

sian akak, tp akak kene kuatkan diri gk... bekorban apa saja kn kak utk yg tersyg...
ada masa jgn lupe rehat ye kak...

oh my dana….TQ so much laling..terharu nie ada adik seperti kamu….

Okey, kak ikut kata-katamu….

My MiRa said...

alahai cian nyer die penat.....take a rest ok...rehat kena cukup jugak...

nak tau tak mira ade wat bloglist baru tajuk die best blogger.....saya letak blog kamu jugak dalam tu sbb saya suka!

Salam My Mira, salam ziarah….

TQ sebab sudi singgah sini….oh….ada blog yer…nanti kita masuk blog awak…pagi nie belum ada masa….insyallah…selepas memasak di citarasa rinduan kita singgah yer…

Dan terima kasih sudi linkkan blog ini….

erienz said...

rehat dulu dear...lps tu baru pikir keje yg seterusnye...

erin, terima kasih yer….insyallah..hari ini saya pasti ceria….pagi-pagi bangun awal bila semalam dah rehat secukupnya….menghadap lappy……suka dengan sahabat blog yang banyak beri panduan dan semangat…TQ

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Lama dah Akak tak gi Kota.. teringin nk gi Desaru.. bukan nk mandi kt pantainya sgt pun... tapi cuma best dpt tenang2kan fikiran.

Kak MM, itulah…kota nie, selain dapat ke pantai…dapat shopping pakaian tau….best sekali ke kawasan penindustrian..boleh borong pakaian pada hari jumaat…berbandel-bandel..

11 ulasan:

IMANSHAH said...

take ur time..blog ni sekadar hiburan tambahan, family lagi utama Ayu..Semoga terus tabah menjalani kehidupan sebagai Hamba kepada Penciptanya, isteri kepada suamimu yang dikasihi, dan anak kepada ibu bapamu yang disayangi..salam ceria..

eelobor said...

amat bersetuju ngn imanshah iaitu blog hanya sekadar hiburan tambahan. Alhamdulillah, ayu dah membuktikan keluarga yang paling penting & lebih utama. semoga semuanya akan menjadi lebih baik

Mak Su said...

take care.

oh ya, anak buah sorang jadik ahli fisioterapi, skrg gi sambung buat master kat overseas, moga2 dia balik dpt tolong orang banyak

syira aka sepatu hijau said...

salam


semoga semuanya berjalan dengan lancar :D


p/s : patutla tak nampak akak :)

Pala Maldini said...

mudah2an en zalie cepat sembuh.. amiin..

aku masih tertanya2.. apa sakitnya en zalie tu ?

Citarasa Rinduan said...

terima kaish atas nasihat cikgu iman..
amin-amin...semoga kita sama-sama diberkati...

Citarasa Rinduan said...

eelobor--
cikgu iman tu cikgu...sure banyak nasihat darinya

setuju juga, blog tempat sandaran...

amin..semoga kita diberkati olehnya..amin

Citarasa Rinduan said...

salam mak su..

bestnya ada anah buah yang jadi ahli fisio teraphy..

amin..semoga kepakaran yang beliau ada dikongsi bersama

Citarasa Rinduan said...

salam syira--
salam..
amin....terima kasih dik

PS: kak tidur lena sangat..hehehe

Citarasa Rinduan said...

pala--
salam.

terima kasih yer,
hari tu ayu dah kongsi cerita..maybe pala terlepas entry itu..

ini entrynya
http://ruhayurazali.blogspot.com/2010/11/awas-tidur-berdengkur-bukan-memalukan.html

Pala Maldini said...

ok, dah baca sebenar nya sebelum ini.. tadi baca sekali lagi.. tapi, masih tak faham bahasa doktor2

:-)

dahsyat juga penangan penyakit ni.. emmm...