Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Saturday, December 18, 2010

Perkahwinan Retak, Jimmy & Isteri Tidak Tinggal Sebumbung


Mudah-mudahan kemelut rumah tangga Jimmy dan Nursuhaila Eliani dapat diselamatkan.

PETALING JAYA: Rumah tangga pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh,30, yang dibina dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy,24, semakin rapuh apabila kedua-dua mereka dikatakan sudah tidak tinggal serumah sejak beberapa minggu lalu.

Menurut maklumat yang diterima mStar Online, pasangan tersebut mengambil pendekatan berkenaan apabila berlaku masalah dalam rumah tangga mereka.

“Buat masa ini Jimmy tinggal di rumahnya di Subang Jaya manakala Nurshuhaila Eliani tinggal dengan keluarganya di Sungai Buloh, Selangor. Mereka dalam usaha untuk menyelamatkan rumah tangga itu,” kata sumber berkenaan, Rabu.

Malah ujar sumber tersebut lagi, pasangan berkenaan sudah mendapatkan khidmat kaunseling bagi memulihkan keadaan tetapi setakat ini usaha tersebut tidak mencapai apa-apa perkembangan positif.

Difahamkan, kemelut rumah tangga mereka terjadi apabila ada pihak yang cuba mempengaruhi Nursuhaila Eliani kononnya Jimmy hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kekayaan keluarga wanita berkenaan yang merupakan sorang jutawan dan pengeluar produk kecantikan Natasya.

Katanya, disebabkan terpengaruh dengan tuduhan berkenaan, wanita itu mengambil pendekatan menjauhkan diri daripada Jimmy termasuklah meminta untuk tidak tinggal bersama sehingga menyebabkan perkahwinan mereka itu menjadi bertambah parah.

Kata sumber itu lagi, setakat ini hubungan Jimmy dengan keluarga mentuanya berada dalam keadaan baik malah mereka sama sekali tidak mahu melihat perkahwinan yang dibina dengan kos mencecah ratusan ribu ringgit itu hancur begitu sahaja.

“Jimmy dan keluarga isterinya sangat baik. Malah mereka tiada masalah dengan Jimmy tetapi mereka sendiri kecewa apabila anak perempuan sendiri termakan kata-kata dan hasutan orang lain.

“Adalah lebih baik Nursuhaila Eliani membuat pertimbangan yang wajar serta berfikiran lebih positif agar rumah tangga mereka itu kembali pulih dan dapat diselamatkan,” katanya.

Tambah sumber itu lagi, Jimmy menyerahkan kepada takdir bagi menentukan kedudukan rumah tangganya kerana dia telah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan keadaan.

Jimmy yang dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut tidak menjawab panggilan telefon selain gagal mebalas mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).

Pasangan tersebut berkahwin pada 1 Oktober lalu di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, dengan hantaran sebanyak RM31,186, bersempena dengan tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.

Majlis resepsi pula diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Kredit to mStar online

9 ulasan:

Idalara said...

Salam ayu...
sayangkan kalau rumahtangga yg baru dibina hancur begitu saja..mudah2an rmhtngga mereka dapat diselamatkan.

Unknown said...

salam ida--
ayu dapat rasakan perasaan kedua-dua pihak

sebenarnya masa melangkah kealam bahagia kalau campur tgn pihak ke3...memang agak terumbang ambing..semoga ada jalan penyelesaiannya

azieazah said...

Dugaan bagi yang baru melangkah ke alam perkongsian. Sukar menarik kembali kaki yang sudah melangkah.

Sebagai suami, JIMMY seharusnya lebih tegas dan berusaha membuktikan cakap cakap “orang luar” adalah fitnah.

uishhh... kenduri kawin beratus ribu, kenyang makan belum sendawa, inai belum samar...

Unknown said...

kak azie--
ayu setuju kata-kata kak..lelaki kena main peranan...agak sukar beristerikan orang kenamaan...lagilah banyak harta benda..

tapi, sebagai lelaki,..kena pandai ambil peranan...jika kita tegas..insyallah..si isteri akan patut kata-kata kita janji dengan cara yang betul...

ayu mendoakan, ada jalan terbaik utk jimmy dan isterinya..
risau juga sebab mereka dah dapat nasihat yang arif tapi belum dapat peluang berbaik-baik..

eelobor said...

harga seorang selebriti.....

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Mungkin keadaan isteri yg pregnant menjadikan beliau sensitif (pembawakan budak). Suami perlukan kesabaran dlm melalui kemelut ini. Semoga kemelut ini segera dpt dipulihkan.

2,2 sama cantik sama padan...patutnya tak timbul isu ambik kesempatan..lain la klu si isteri huduh ke tua ke tapi kaya...baru la boleh timbul kecurigaan kenapa mengkahwini... betul tak?

Unknown said...

eelobor--
yang perlu dibayar bila dah bergelar artis..
kita???? hanya ambil tahu buruk dan baiknya,,

yang baik, dijadikan tauladan
yang buruk???

Unknown said...

MM..ayu kan berpendapat...
kes ini disebabkan isteri punya RM berguni dari si suami..

tapi, sebelum nikah??? takkan tak ada rasa sekumit penyelesalan, kenapa aku harus kawinkan dikau yang kaya...?

dan takkan si kaya tiada menaruh curiga???

kenapa akhirnya terjadi kisah yang membuatkan peminat tergempar dan kecewa...
walhal..kita sama-sama suka dan merestui pasangan sejoli ini??

ini takdir mereka..moga ada penyelesaiannya..

insyallah...semoga jodoh mereka panjang

sal said...

assalamualaikum tuan umah
berziarah utk membina ukhuwah..
noce blog