Assalamualaikum dan salam rejab untuk sahabat alam maya
sekalian, cuaca yang cantik pastinya kebanyakkan sahabat berpuasa sunat dan
mengantikan puasa tahun lepas. Beberapa hari yang lepas daku telah menyediakan percuci
mulut dikala cuaca yang agak panas. Lelebih-lebih lagi keluargaku mengemari
makanan sejuk selepas menjamu selera.
Nak kongsi dengan korang betapa daku peminat barangan Ayam
Brand tak kisahlah kalau kemana-mana pastinya stok santan, sardine, nanas dalam
tin dan macam-macam keluaran Ayam Brand menjadi pilihanku, selain barangan
keluaran Ayam Brand amat sesuai dengan selera kami sekeluarga, daku mendapati
setiap produk Ayam Brand amatlah bermutu tinggi dari segi kualitinya.
Terbaru daku perasan satu produk baru keluaran Ayam Brand
iaitu Fruit Cocktail, wowww... mudahnya daku nak menikmati triffle pudding,
cocktail bermacam aneka untuk pencuci mulut. Bila melihat keluaran terbaru itu
daku terus rembat untuk mencuba. Hasilnya.................
Tara...............
(Karstad Fruit
Cocktail berkrim, hebat tauuuu... tak sampai 10 minit ianya berjaya
mengenyangkan daku sekeluarga, siap boleh kongsikan dengan jiran sebelah rumah.
Heheheh)
Sebelum daku nak berkongsi resepi hebat ini, molek jika daku
kongsikan baru-baru ini pihak Ayam Brand ada membuat satu pertandingan dalam
facebook AYAM BRAND hadiahnya lumayan tau antaranya Barangan Sengheng dan
pelbagai produk Ayam Brand.
Korang masih ‘konfius’ ya dengan pertandingan itu?, jommm
daku kongsikan sedikit maklumat tentang contest tersebut. Korang nak join sila klik sini: http://bit.ly/ABStudent
Setiap episode ada menyediakan pelbagai resepi yang kelakar
seterusnya pasti buat kita terliur
Tonton episode minggu ini dan berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan, korang berpeluang untuk memenangi barangan Sengheng dan produk yang lazat dari Ayam Brand. Hadiah berbeza setiap minggu dan semua berpeluang untuk MENANG!!
- Will (lakonan Will Quah) adalah pelajar, seorang yang kekok didapur malahan hancur didapur. Bahahahah.. nie dah buat daku gelak tak ingat, so lelaki!
- Kakaknya Sarah (lakonan Aishah Sinclair) adalah sebaliknya, pandai memasak dan suka didapur
- Will akan ke Australia untuk menyambung smesternya, dia bimbang jika dia tidak pandai memasak pastinya makanan Malaysia dirindui..
- Sarah mengambil keputusan untuk membantu Will, tidak mustahil untuk Will menyediakan makanan kegemarannya sendiri.
- Jommmmmmm.. tonton pengembaran Will dan Sarah, wow.. pasti melucukan
- Terdapat 12 episode dan 12 resepi lazat
Tonton episode minggu ini dan berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan, korang berpeluang untuk memenangi barangan Sengheng dan produk yang lazat dari Ayam Brand. Hadiah berbeza setiap minggu dan semua berpeluang untuk MENANG!!
Resepi Karstad Fruit
Cocktail berkrim
Masa hidangan 10minit
Penyedian 2 orang
Bahan-bahannya
-Bahan Kastard
- Tepung karstad – 1 cawan
- Gula 3 sudu teh
- Air – 2 cawan
- Santan AYAM BRAND -200ml
- Secubit garam
- 1 Tin Fruit Cokctail AYAM BRAND
- 1 Tin susu cair
- gula pasir 1 cawan (larutkan dalam air panas)
- pelbagai buah atau nata dicoco dan lain2
- pelbagai buah atau nata dicoco dan lain2
Cara menyediakan
Selamat mencuba.
- Masak bahan karstad, satukan dalam mangkuk kesemua bahan, kemudian buka api perlahan biarkan karstad masak. Sejukkan
- Ambil mangkuk hiaskan karstad, satukan sirap fruit cocktail, gula dan susu cair. Hias dengan AYAM BRAND fruit cocktail
- Sejukkan dalam peti ais,sedia untuk dimakan.
Selamat mencuba.
13 ulasan:
sedapnya.. nak kena buat gak nih
mama yana:
try tau. kalau nak tau. produk ayam brand lain dr produk y lain. ada anggur hijau dll.
sedap sgt
kalau bt minuman sejuk pun okey
oke! telan ailio. esok fiza nak buat!
fiza:
oraittt. boleh bt party kecil-kecilan..
good luck
mmg sedap & mudah sangat untuk disediakan !
Ini cara kakak juga ni Ayu. Bapak kakak suka sebab tu kakak selalu buat.
menjilat mangkuk..
hurmmm yummy !
makan sejuk2 sedapp nyeeeeeeee lah hai !
Sedapnya lalu ditekak tu Ayu.... hulur Kat akak semangkuk :D
Ayu, first kuih yg akak belajar sendiri masa umur 18 tahun.. ini lah kuih.. percubaan pertama, custard terlampau banyak.. buang.. kali keempat baru berjaya.. now jadi kesukaan semua.. esok buat best gak kann.. eemmmm
cwn tu cwn besar mana?
PB:
200ml isipadunya. kalau cawan minum pagi atau ptg mmg banyaknya 200ml
lain kali bila nak datang "lagi sekali" ke rumah aku jangan lupa bawak benda ni tau... peberet nih... hahaha
Post a Comment