Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Friday, May 10, 2013

Perbezaan tepung gandum dan tepung kek

Tengahari tadikan daku buat 2 keping kek pisang. Terlanjur tepung kek yang dibeli kat pasaraya Cowboy bulan ramadhan tahun lepas masih banyak (eikkk... cuba teka berapa kotak ku borong) Hahhaah

Lepas siap memasak lauk pauk tengahari daku meng'baking'.

2 jenis tepung ku cuba. Sebiji kek daku guna tepung gandum. Manakala sebiji lagi daku gunakan tepung kek.
Hasilnya? 
Ya.. berbeza

Yang ini hasil gunakan tepung kek, daku guna tepung soft flout atau tepung superfine. 
Perhatikan hasilnya.. Gebu namun stuktur kek tersebut bersepai (rapuh), walaubagaimanapun rasanya lebih sedap berbanding sebiji lagi kek.

Manakala gambar kek bahagian kanan (dalam piring) mengunakan tepung gandum yang diayak dan dicampurkan serbuk penaik.
Perhatikan hasilnya.. Padat, bagiku permukaan atas kek ranggup. Namun sedap..

Apapun ianya bergantung pada anda. Yang penting anda mencuba sendiri dari jari jemari anda.

9 ulasan:

Acik Erna said...

assalam ayu..acik pulak kalau buat kek biasa tu..suka campurkan kedua2 tepung..tepung kek separuh..gandun separuh..jadi tak rapuh sangat kek tu dan tak padat sangat

cahayahidupku.blogspot.my said...

Macam tu ye Ayu... baru akak tahu kenapa kek akak rapuh....
Boleh ikut petua acik erna tu ;-)

Unknown said...

acik
waalaikumusalam
setuju tu acik.
ibu ayu pun jenis klu bt kek akn campur keduanya

thanks bkongsi
sayang acik

Unknown said...

kak Yati

sharing is charing
welcome sis

Tengkubutang said...

hemm.. rasa mcm nak makan ekk plak bila tgk gambo kek ni.. huu.. mana sedap yea.. guna tepung gandung atau tepung kek?

ellynadyra said...

cer try tepung jagung lak kakakakakakakkaka

kurus said...

sedapnyeee ...
biasanya kalau nak makan , memang beli je akak nie huhuh

Lydia Miza said...

Wah byknya buat kek.saya x pernah guna gandum. Biasanya org tua2 diaorang suka guna gandum lg kalau kampung mertua. Tp kesatnya di tekak saya dah biasa pki tepung kek kot. Ikut kesukaan masing2 biasanya.tp kat kenduri kawen tu kalau rewang buat pki tpg gandum pun laris je biasanya

Nur-nba said...

Lama dah guna mixer kat rumah ni.. Jadi tukun tiruan hehehe.. Nak sehiris kek tu.. Mesti sedapkan..