Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, July 28, 2010

NURSE SUHAINI (HSI,JB) AKU TERTAWAN

HARI KE 2, WARD 7 A BED 15

Alhamdullilah…sekali lagi aku bersyukur, dapat tidur semalam dengan suamiku…dia di katilnya, aku dikerusi..ku genggam erat jarinya walaupun wajar yang berselirat tidak aku hiraukan…

Malam aku terganggu dek permintaan suami tersayang, minta di urut, di suapkan air minuman dan minta ditemankan malamnya yang mungkin tidak selesa dengan keadaan persekitaraan…ku bisikan ayat-ayat al quran supaya dia lalai..alhamdullilah lelap jua jam 1.32 pagi.

Jam 4.30 pagi, aku dikejutkan staff nurse..masa untuk memandikan dan membersihkan suamiku..agak kekok aku menguruskan kerja ini kerana tiada pengalaman…terkial-kial hingga rasa cemas mula mengular didalam hatiku..bimbang juga kerana masih terdapat pelbagai wayar di seluruh badannya..

Hingga muncul seorang staff nurse yang bernama suhaini ( ku risik dari card namanya) dari negeri pahang, seorang staff yang agak peramah…beliau tidak lokek mengajar aku bagaimana menguruskan kerja-kerja mengelap seluruh badan suamiku dan menukar pampers, oleh kerana suamiku agak besar maka kerja-kerja menukar pampers mengambil masa…syukur suamiku sudah boleh bergerak ke kiri dan ke kanan.. menyenangkan kerja penukaran berlaku.

Mengenali staff yang bernama suhaini, layanannya terhadap aku dan suamiku amatlah ku hargai…tak putus-putus kata-kata semangat yang muncul dari mulutnya…jua pelbagai teknik dan ajaran untuk membersihkan kulit kaki suamiku yang agak kering dek 23 hari tak mandi secara normal.

Alhamdullilah, pada hari semalam…aku sudah terkilan dek layanan staff nurse, namun seawall pagi ini muncul seorang wanita yang kurasakan seperti seorang sahabat…

PS: Suhaini…aku dan suamiku tertawan dek layanan kamu, bukan semua staff kerajaan sombong…(tak semua manusia sama ragam dan perangainya)

7 ulasan:

Ayie said...

Ohh makcik ayu... pukul berapakah waktu melawat ek...

btw.. nurse tu cantik tak???

dia dah kahwin??

kalau belum.. kim salam ek...

eija_sweetmama said...

yup btol..x sume staff kerajaan sombong..sy x sombong ..hik3..

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

alhamdulillah kak
allah pertemukan akak ngan insan2 yg baik hati di saat akak memerlukan sokongan dan kekuatan....

ye betul...tak semua nurse hospital kerajaan nie tak beretika....biasa lah tu...seperti perumpaan "kerana nila setitik rosak susu sebelangga" kerana seorg yg berperangan tak baik..yg lain pun dpt tempias sama...
moga akak tabah mengharungi hari2 mendatang...

sesungguhnya SYURGA seorang ISTERI di bawah telapak kaki SUAMI....maka berbakti lah kita pada merekka

Nur Hawa Mohd Zin said...

Alhamdulillah ada nurse baik mcm tu kak...semoga cepat sembuh suami akak..maaf kak awe bertanya, suami akak sakit ape ye...maaf kalu pertanyaan awe ni buat akak sedih...maaf ye kak...

Unknown said...

alhamdulillah...ada juga nurse yg prihatin pd masalah kita kan...
masa mak akak di rawat kat HSA pun penah timbul masalah spt ini...tp bukan dgn staff nurse tp dgn doktor pelatih...
x mengapa lah..x perlu di pjg2kan cerita...semua tu jd pengajaran...
sbb tu kami pindahkan mak ke hospital pakar puteri....

utk ayu n zalie..akak doakan semoga kalian berdua tabah melalui cabaran n dugaan dr yg Esa...semoga zalie akan bertambah sihat bila ayu sentiasa ada di sisinya....

akak mohon maaf sbb blm b'kesempatan menziarahi zalie di HSI...walaupun jarak umah akak dgn hospital x sampai 1jam...tp kebelakangan ni suami akak byk keje luar...
insya'allah ada masa n kelapangan akak akan dg ziarah ayu yer....

jaga diri n kesihatan ayu juga....

SugarSpices said...

alhamdulillah..kesihatan abang zali da sedia pulih dari hari ke hari..sabar yer kak ayu..lina doakan semoga semua akan baik seperti sedia kala...

kella said...

alhamdulillah..

sebenarnya itu salah satu keringanan bantuan dari Allah untuk kak Ayu dan keluarga.. syukur..

Allah beri bantuan tatkala kita perlukan!

agak ketinggalan kita mendengar berita dari kak ayu..
maklumlah.. kita pun lama cuti!

apapun, semoga suami kak ayu semakin sihat! kak ayu dan umai juga sihat!