Hari yang ke 26
4.30 pagi – Aku akan membersihkan seluruh badan suamiku, sebelum attendant datang menukar cadar katil suamiku
8.00 pagi – sarapan untuk suamiku..para doctor datang melawat seluruh katil, masa ini aku akan meluahkan segala masalah yang di hidapi oleh suamiku satu hari sebelumnya. Dengan cara nie peningkatan terhadap prestasi kesihatan suamiku akan dititikberatkan.
10.00 pagi – Doktor akan mengambil darah, aku tahu suamiku enggan..namun inilah yang terbaik untuk menentukan oksigen dalam darah berada dalam kuantiti yang secukupnya. Masa untuk makan ubat 9 biji waktu ini. Aku akan mencuri peluang untuk mencari makanan tengahari (hanya bungkus dibawa ke ward semula), sepanjang disini aku bersarapan oat..bimbang tiada nurse yang boleh melayan suamiku
12.00 tengahari – Aku akan menyuapkan makanan tenghari untuk suamiku, menunya bubur nasi, ayam sop yang tiada rasa masin dan 2 jenis sayuran yang tiada perasa. Air kosong untuknya no kolestrol, no sugar, no salt
12.30 tengahari – 3 jenis ubat perlu disuapkan ke mulut suamiku.
2.00 petang – Apabila pelawat pulang, suamiku akan solat dan tidur, aku turut tidur dikerusi disisi suamiku untuk memastikan tidurku cukup.
3.00 petang – Aku akan membersihkan seluruh tubuh suamiku, selain aku akan mengajar suamiku fizio ajaran dari puan Nazrin dari pakar fizio. Gerakan pada kaki dan tangannya yang sudah lama tidak bergerak, syukur setiap hari pasti suamiku akan mempraktikan apa yang dia belajar. Jua, masa untuk minum petang sayang, dua buah buku roti jagung dan air teh susu krimmer.(tanpa gula), kadang-kala aku pasti tergelak kecil memperhatikan suamiku minum air yang tiada rasa itu.
4.30 petang – sekali lagi pelawat akan melawat, aku akan pastikan suamiku sudah menunaikan solat asarnya. Sebelum itu masa untuk makan ubat sayang..
6.00 petang – masa makan malam, menu yang sama dengan menu lunchnya, no kolestrol, no sugar, no salt. Only diet
7.00 malam – pelawat pulang, aku akan membersihkan sekali lagi tubuh suamiku, kadangkala air mata dari hujung mata suamiku pasti kelihatan..bila ku tanya. Jawapannya dia kasihankan isterinya yang tak pernah penat melayan karenahnya, makan minumnya, air kecil mahupun air besarnya..…Ya allah…ini ujian dari illahi sayang…kita kena redha kerana kita adalah yang terpilih.
Isterimu tidak pernah jemu atau geli dengan kamu sayang….
8.00 malam – selepas solat maghrib pasti ubat sebanyak 9 biji akan digengaman tanganku,,aku akan buat inctrotion di TnT suamiku, tidak boleh lebih makan atau minum ini boleh menyebabkan suamiku tercekik. Walaupun perbuatan inctration ini sukar atau negeri melihat suamiku yang tercunggap-cunggap menahan sakit, aku kena kuat menghadapi untuk memastikan suamiku selesa selepas sedutan lendir dan kahak dilakukan.
9.00 malam – selepas solat isyak, aku akan menidurkan suamiku sebelum jam 11.00 malam masa untuk makan ubat.
11.00 malam – aku pasti terjaga untuk memberi suamiku makan ubat, selepas itu kupastikan suamiku selesa, tidurku dikerusi keras ini lebih selesa dari aku jauh dari suami tercinta
12.00 tengahmalam- 3.00 pagi – suamiku pasti mengejutkan lenaku untuk membuang air kecil, aku sudah serasi dengan jadual harianku yang tidak kosisten demi kesihatan suami tersayang. Ku harap kesihatan suamiku sentiasa berada dalam keadaan terkawal, kerana hidupku hanya di hospital pakar ismail buat masa ini.
PS: rasanya aku semakin mahir menjadi seorang nurse kepada suamiku, ku tahu nurse yang lain lebih banyak kerja untuk memastikan semua pesakit dalam keadaan terkawal. Tidak sukar kerana pesakit aku adalah suamku sendiri