Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Friday, October 26, 2012

Kisah Aidiladha Part 1: Balik kampung tanpa suami?


Salam hari raya Korban sahabat alam mayaku, masih menghadap lemang ketupakah kalian? masih berkumpul dengan family dikampungkah? Semoga kalian sentiasa gembira walau dimana berada.

Jom baca kisah raya Korbanku...

Tahun ini dalam sejarah ku dapat bersama family dikampungku F Tenggaroh Satu, Mersing. Kemerosotan kesihatan Ibu membuatkan aku cekalkan hati memandu kereta sendiri.

Dengan keizinan suamiku, ku dan Umai bergerak dengan pacuan 4x4 ke kampung dalam jam 11.20pagi.

Iringan doa dan bacaan surah Quran ku terapkan dijiwaku. Ku akui ku takut.. perjalanan yang sejauh 94km, buatkan ku tawakal. 

Kebetulan ku berpuasa sunat,cuaca pula agak panas. Ibu berpesan teringin nak makan lemang. Hati manalah tak teruntun bila fikirkan keinginan ibu,namun sepanjang jalan raya tiada orang menjual lemang.

Walahemah En Zalie sudah berpesan jangan singgah kemana-mana. Membuatkan keinginan untuk singgah ke bandar Kota Tinggi terbantut.

Mungkin ada rezeki ibuku. Selekoh jalan menuju ke sungai Ara, ada gerai menjual lemang...

Hanya Tuhan yang tahu kegembiraan hatiku bila melihat gerai lemang satu-satunya ku temui..


Mungkin kerana berkat doaku sepanjang jalan untuk menunaikan permintaan Ibu. Isi lemang memang enak, lemak dan sedap rasanya. 4 batang lemang buat santapan raya Korban kami...

PS:
Menu apa yang ku hidang?
Mengapa En Zalie tidak beraya bersama kami? Kisah Aidiladha versiku akan ku kongsi, Insyallah....

13 ulasan:

Ena's Stories said...

Alhmdulillah tercapai jugak hajat ibu nk mkn lemang kan...mesti dia tersenyun gembira..

Unknown said...

Cepat smbg cerita..

Unknown said...

Alhamdulillah.....dpt jumpa mak, dpt lemang, selamat sampai kekampong. Slm idul adha Ayu.

PCL said...

kena beranikan diri..

azieazah said...

Anak mithali. Isteri mithali.

ibuintan said...

Alhamdulillah... sampai hajat ibu Ayu nak makan lemang, puas hatinya tu


HomeKreation said...

Selamat Hari Raya Idh Adha Ayu. Wah, best nya dapat mkn lemang... Along kena tunggu balik Semenanjung baru dapat mkn ni.

Azian Elias said...

ALHADULLILAH... duaa ibu ni kan mmg mujarab lah kan.

Nik said...

sedapnya lemang tu.raya ni tak makan lemang lagi

Nur-nba said...

Salam Aidiladha buat Ayu sekeluarga..

Lydia Miza said...

pasti ibu gembira dpt lemang kan? syukurlah

tp beraya tanpa suami mungkin agak perit kot..huhu.

aDisH.sHidA said...

sedap nya nampak lemang tu...bertuah ibu dapat anak macam ayu...

aDisH.sHidA said...

sedap nya nampak lemang tu...bertuah ibu dapat anak macam ayu...