Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Monday, October 1, 2012

Resepi kek coklat kukus ( Moist Choclate Cake)


Selamat malam sahabat, hari ini cuaca agak panas.. kebetulan ku berpuasa ganti. Mood nak membangking atau memuding lari entah kemana.

Mujurlah lepas berbuka nasi berulamkan pucuk bebuas dan sambal telur,semangatku kembali seperti biasa. Syukur.

Sebelum tu, nak ucap terima kasih buat sahabat blogger yang baru 'follow' a.k.a jadi kawan baru di blog CR. Ucapan ribuan maaf kerana beberapa hari ini ku tidak dapat update melalui lappy. Insyallah ada masa terluang, ku akan jejak kalian dirumah anda...


(Hasil menjadikan 3mangkuk bubur dan 1biji mould berbentuk hati)

Lepas berbuka ku terus memulakan operasi membuat kek kukus resepi dari blogger Nor Aisha Bte Abdan. Nama diblog beliau mengunakan mama Tina, maaf belum dapat beri link untuk blog beliau.. maaf ya. ( update guna hp, tak berapa pandai sangat)

Jom semak resepinya:
Sumber (mama tina)
BAHAN-BAHAN

BAHAN A:
1cawan sebuk koko
1cawan gula pasir
1cawan susu pekat
1cawan susu cair
1cawan minyak masak

BAHAN B:
1cawan dan suku cawan tepung gandum
1sudu baking powder
1/2sudu bikabonat soda

Telur 3biji (ku ada telur gred c. Jadi guna 4biji telur)

TOPPING:
50g serbuk koko
60g mentega/magerin
1tin susu pekat (kurangkan sedikit pun boleh.)


(hasil selepas kek siap dimasak)

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Panaskan kukusan.
  2. Bahan A gaul dalam periuk, masak hingga mendidih. Biarkan sejuk
  3. Bahan B disatukan,ayak.
  4. Telur dipukul (ku guna blander) masukkan bahan A dan B, kacau rata. (kuperhatikan adunan berketul, jadi ku blander kesemuanya)
  5. Masukkan dalam loyang 9x9. (memandangkan sessi rumah tak gemar, ku kukus dalam 3mangkuk bubur dan 1 keping mould bentuk hati) Semua mangkuk dan mould ku gris dengan magerin. Kukus 40minit
  6. Keluarkan kek yang dah masak, hias dengan topping. Ceriakan dengan rice coklat, badam yang digoreng tanpa minyak.
  7. Selamat mencuba.




 Cara Topping
Masak kesemua bahan mengunakan kaedah double boiler (bahan dalam loyang, bawahnya loyang yang diisi air panas, guna api oven atas bawah selama 20minit)


PS:senang bubuh dalam mangkuk bubur, esok pagi boleh bagi kawan-kawn sekolah Umai.

19 ulasan:

insan marhaen said...

IM kalau teringin sangat nak makan, beli muffin je. minum dengan alitea..

anyss said...

Assalamualaikum,
Hu hu hu hu usah tergoda duhai hati...kang payah pulak nak kena kepuk2 teloQ

munna said...

aduhai sedapnya.... dah lama tak buat kek coklat moist mcm ni

Unknown said...

IM:
Penggemar coklat juga rupanya..
petang2 sudukan mulut dgn kek coklat mmg sedap

ANYSS:
WAaalaikumusalam.
saja mengoda dikau agar terkenang2..
tak payah tepuk zaman kini. blander jer. heheee

MUNNA:
anak2 pasti suka..
jommm buat

Aisy Nasiha said...

Sedapnya, nak sikit.... Klau dkt dgn kullaijaya ni tentu sy dh serbu kdai sis ni...

Unknown said...

aisy nasiha:
y ini bt sendiri..
klu dekat ayu akn sediakan u familymu rasa.
jommm pindah. hehee

eelobor said...

bila nak pos?

Kamsiah yusoff said...

tgk coklat meleleh tu yg tak tahan tu..tergoda..

Sue Saari said...

sedappppp...terliuq...terus rasa teringin nak buat.. ;)

Sharifah Nadzarah said...

emm..sedapnyer..kita pun selalu wat kek coklat..cuma resepinya ada beza sikit

Marsita Yahya said...

salam kenal,
BW & singgah join nak rasa choc moist kek.
www.my-mintroom.blogspot.com

aDisH.sHidA said...

dah lama x buat kek coklat..selalu nya failed wat kek coklat nie huhu

Unknown said...

selalu buat kek ni coz anak2 suka..tapi saya bubuh sedikit sebuk kopi segera utk menaikkan rasa coklat.
salam perkenalan.

JunAina said...

Kalau dah rajin kan Ayu...semua jadikkk...

azieazah said...

Rajin sungguh laaaaa

jeBateja said...

wahhh akak....dah jadi blog resepi lak ni....ahakz

Unknown said...

salam,,,,tq yer sis,,,resipi coklat moist akak memang sedap n simple,,,tq yer,,,wawa dh cb semalam,,,nanti kongsi yg lain plak k,,,tq sifu,,,heehehe...from sarawak,,

Unknown said...

kek paling ku suka
Sihat Bersama Saya

Unknown said...

nmpk sedap n mcm mudah. nk try la :)