CITARASA RINDUAN

Saturday, October 20, 2012

Resepi: Mufin Pandan Jagung


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu sahabat alam mayaku. Malam ini pasti berkobar-kobar penyokong bola sepak. Kelantan VS ATM.   Layan mufin sedap kan sambil menonton. Heheheh

Hari ini cuaca elok sekali, tengahari tadi semangat meng'baking memuncak tinggi.Ditambah apabila mendapat tanda ingatan dari seorang sahabat berupa majalah mufin keluaran Karangkraf.


Banyak-banyak resepi aku memilih mufin Pandan Jagung, kebetulan semua bahan-bahan dah ada dalam stok simpananku.



Lihatlah hasilnya. Gebu, lembut dan enak sekali apabila disuapkan ke mulut. Aku memang cadangkan pada sahabat yang gemar akan mufin yang comel.. korang boleh mencuba mufin pandan jaging ini.
Jom lihat resepinya:


Sumber: Majalah Karangkraf bertajuk Kompilasi Hidangan Mufin

Bahan-bahannya:
1 camca teh baking powder**
1 camca teh soda bikabonat**
sedikit garam halus**
200g Tepung Gandum**
200ml susu segar atau santan (pilih santan kotak)
120g Gula pasir (nak mudah korang blander halus)
100ml minyak sayur
Setengah cawan jagung
1 sudu paste pandan
2biji telur

Cara Menyediakan:

  1. Pukul gula dan minyak sehingga kembang dan putih
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  3. Kemudian masukkan bahan yang bertanda ** (diayak dalam 1 bekas) putar perlahan.
  4. Masukkan paste pandan dan isi jagung. Kacau lagi
  5. Masukkan santan/susu. Gaul rata hingga adunan sebati
  6. Sudukan adunan kedalam bekas acuan mufin.
  7. Bakar didalam oven selama 25 minit, suhu 180c.






PS: Masa menyediakan 30minit, bakar 25minit. Hias mengikut kreativiti anda. Adunan menghasilkan 14mangkuk mufin bersaiz sederhana. Selamat mencuba.



14 ulasan:

Aisy Nasiha said...

nak sikit...makan sorang-sorang ye...

Citarasa Rinduan said...

aisy:
heheee. rezeki pkerja dan pelanggan CR.

Queenie said...

oo alahai...rajinnya adik akak ni membaking...bila nampak gambor mufin ni baru aku perasan dah bertahun akak tak memufin...sejak gila ngan kapkek terus stop mufin...

masa awal 2000an dulu mmg kaki mufin, asal ada gathering jer mesti bawak mufin haha...

ayu ni mmg penggoda...

azieazah said...

Macam nampak nama Anyss ditulis di atas mufin tu.. Wooo I like rasa jagung!

Citarasa Rinduan said...

hehee. tajam matamu kak Azie.. rasa jagung dan haruman pandan mmg sgt umppppp...

Citarasa Rinduan said...

kak Q..
hahaaaaaaa...
tak tau nk komen apa..

heheee. ku sajer menggodamu.. agar ingat diriku selalu.. auwwwww

cup cake ayu xreti. nanti nk google resepi.. hehee

Kengkawan said...

x pernah cuba lg resepi yg ini,
keras sikit x rasa muffin ni kak?

ieda said...

nampak merekaha sedappp je pandan jagung muffin tuu dikk .. hurmm akak nie nak cuba buat entahlah
selalu tuu akak beli aje ..
suke yg pisang punye ;)

Nur-nba said...

Sedapnya Ayu... Bila2 bolehlah Nur cuba.. Nur memang minat jagung..

Jna marcello said...

nak alamat sy x? bole laa anta sikt heheheheh MACAM SEDAP tu ;))

Citarasa Rinduan said...

sangat lembut.
ayu pun xsangka hasilnya mmg puas hati

Citarasa Rinduan said...

kak ieda
pandai kak teka..mmg gebu dan lembut...

okey.. nanti ayu bt muffin pisang...

Citarasa Rinduan said...

mmg sedap cikgu nur.. nanti try tau..

Citarasa Rinduan said...

jna marcello.. hahahahaha. boleh..

sedap sgt.. kak ayu suka