Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Tuesday, October 23, 2012

Resepi Bingka Roti, kerak tebal lebih sedap?


Salam 7 Zulhiijjah sahabat alam mayaku, hari ini badan dah tunjukkan tanda2 ku perlu rehat.. sejak CR kembali beroperasi dari 9pagi-10malam, rehatku semakin pendek.. Mudahan tak berlaku apa-apa yang menjejaskan kesihatanku. Insyallah....



Sebelum magrib ku perhatikan roti gardenia masih berbaki 5 keping, beli sabtu lepas tak silapku.. Melihat roti itu,timbul idea sepontan. Ku mahu meng'bingka..

Jom semak resepi



Sumber my resepi
Bahan-Bahannya:

5 keping roti jenama gardenia
400ml santan (guna santan kotak)
sebiji telur**
1 cawan tepung gandum**
1 sudu teh garam**
1/2 cawan gula pasir**
1 sudu teh aisin vanilla**
100ml susu cair**



Cara Menyediakannya:
  1. Rendam roti dengan santan. Masukkan dalam mangkuk.
  2. Blander halus kesemua bahan bertanda ** hingga hancur.
  3. Panaskan oven pada suhu 180c
  4. Satukan bahan blander ke dalam mangkuk roti. Gaul sebati.
  5. Griskan permukaan loyang. 
  6. Sedia untuk dibakar pada suhu 180c, masa 1jam guna api atas bawah. Dalam masa 15minit terakhir guna api bawah sahaja.
  7. Selamat mencuba
PS:
ada kesilapan yang berlaku,semasa pembakaran berlaku.. ku bergegas ke CR mengantikan tempat suamiku.. disinilah berlakunya kerisauan, telaanku benar. Bingka rotiku hangit..
Tapi, blogger masak2 seperti blogger Zalienda,Alam Seri, Mat ET,blogger Eja menyatakan kerak itu yang sangat sedap...
Wah!!! rupanya bingka Rotiku menjadi dengan baik.. Syukur.

Berakhirlah riwayat roti.. Alhamdullilah,tiada pembaziran berlaku


21 ulasan:

ibuintan said...

Assalam dik Ayu.... miss u so much!

Pe khabar? Stuju sangat kerak tu la yg paling best.. lagi tebal lagi best, krukkrak je bila dikunyah

..::..aRe-Na..::.. said...

waa...sedap tuh..leh kongsi resepi neh hehehe....nk try jgk lah...
x pe hangit2 ckit je tuh...dap lg tu:-)

kurus said...

aloor sedapnyee ayu
akak nie apa2 sahaja daripada roti memang giler2 suke .. anak2 pun same .. ;)
hurmm kena try nie ;))

Unknown said...

waalaikumusalam

ibu intan...
lamanya xbsuaaaa.

ayu pun rindu ssgt

Unknown said...

hahaaa.
mujur ada boh asin vanilla. so wangi gitu

try ya

Unknown said...

wahhhhh. kak ieda mcm ayu suka mkn rotii

try ya

norhidana said...

roti lah salah satu makanan yg paling dana suke, sbb mcm2 boleh bt ngn dia hehehe...

mcm senang je resepi bingka roti akak nih, nk try lah nnti, tp mmg betul tu kak, kerak tu lah yg sedap sgt sebenarnyer

eelobor said...

bila nak pos sini sket? hihihihi

Kalamhati said...

mak aih ayu..lapo trus tgk bingka ni..hehe

gadisBunga™ said...

akak ni....rajin betul sekarang! :D

Kakzakie Purvit said...

Kalau abang kan Ayu dia makan bingka memang suka bahagian tepi dan kerak bawah. Tak kiralah bingka apa pun..

Unknown said...

sedapnya ayu.. akak klu buat bingka mmg suka yg keraknya tebal.. ;) garing2 gitu..mmg sedap!!

Unknown said...

dana..
wahhhh. awak minat pada roti juga ya. samalah.
kita jd geng tau ngan kak ieda

nanti try tau...
kak tggu entrynya

Unknown said...

ala eelobor...
karang sampai jd lempeng mcmana?

Unknown said...

kalamhati.
kat kmpung ayu susah sikit nk jumpa bingka roti.
bingka y warna hijau byk jual

Unknown said...

gb..
sajer bior awak cepat lapoo. hhahaha

Unknown said...

kak..
en zalie tak minat mkn bingka....
kalau y ada ubi dia mmg hantu.

wahhh.
geng dgn abg kak zakie lah mcm nie..
hahaahah

Unknown said...

kak lieya.
mmg sdap sgt rasanya..
y hangit tu mmg sedap kan...

nanti buat ya kak.

Anonymous said...

tq sudi share, boleh cuba nnti

Maiyah said...

mak kita slalu buat
n kita slalu makan je hehe

azieazah said...

Usaha tangga kejayaan! Bingka berkerak pun tetap Kepujian Kelas Pertama!