Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label ASTRO.. Show all posts
Showing posts with label ASTRO.. Show all posts

Saturday, December 31, 2011

OSBON Juara Maharaja Lawak Mega ~ Tak silap undianku!! tapi silap hitunganku saat akhir~


Malam 30 december 2011, Maharaja Lawak Mega adalah pengakhirnya..

Antara kumpulan boboy, Osbon, Syok dan Seahu.. antara mereka adalah pemenangnya…wang tunai sebanyak RM 350,000.000 beserta trofi sumbangan astro, naib juara menerima RM 150,000.00 beserta trofi




Ada 2 persembahan , iaitu BEBAS dan MUZIKAL, keputusan ketika awal pembuka tirai




Persembahan pertama - BEBAS

Seahu— aku kurang faham lawak mereka. Bak kata juri.. biasa2 sahaja

Boboy – memang terbaik. Datin Maimon yang seksi bertukar jadi Datin Seekes, merangkap ahli jawatankuasa masjid.. hehehhe.. terbakar hantu bila terminum ari zam-zam…



OSBON – melayan isterinya yang mengandung, dok tunggu hari nak melahirkan.. paling ku gelak bila OS kata, kalau lahir muka abang??  Jawab Abon,Kalau muka abang, tua dalam perut sue pun sue sanggup.. hahhahah.. sakit perut aku


SYOK – lawak hantu cina, aku Nampak kelemahan sebab terlalu guna ombak rindu, tapi aku suka dengan cara Aaron Aziz kritik kumpulan ini.. sweet sahaja.. hehehheh (gatai pulak aku)

Persembahan kedua – MUZIKAL

Seahu—persembahannya semakin mantap.. aku suka. Tempat ke tiga MLM.. tahniah sebab berjaya bertanding hingga peringkat ini



Boboy – Naib Juara Maharaja Lawak Mega, bila boboyot dah start merepek, pasti lawak muzikal kumpulan mereka mencetuskan tepukkan gemuruh oleh penonton.. Ya, aku akui… BOBOY punya kekuatan.. dan lawak mereka sangat menjadi.. tahniah, Gegel cute walau rupa kedut, Boboyot usia baru darjah 5?? hahahha



OSBON –   JUARA MLM Lawak muzikal mereka kurang ngam, waktu nie aku dah risau, kredit HP aku kian habis.... sebab banyak lawak berkata2.. tapi aku sangat terhibur… lagilah Abon sangat cute bila pakai baju penyanyi barat .. macamanapun tahniah buat kalian, menjadi JUARA.. memperolehi RM 350,000.00 beserta sumbangan Trofi





 tempat ke empat, jatuh kepada SYOK, RM 50,000.00 berserta trofi



coret-coret:
*13 january 2012.. maharaja lawak ke 6 akan bersiaran di astro Warna 132
*lawak Jozan (sebagai pelakon komedi undangan) sanggat terhibur, 6 sahabat FB aku tulis di wall mereka, JOZAN adalah juaranya, Ya.. aku setuju
* Afdlin Shauki dan Chef Wan dah berbaik, siap hug lagi.. hehehhehe.. alhamdullilah

Friday, December 16, 2011

Keputusan Maharaja Lawak Mega minggu ke 8, BP dan ADLIN terkeluar

Minggu ke 8, Peserta ada 2 tugasan,persembahan pertama aku bagi markah aku bagi 6/10…

Aku boleh gelak bila kumpulan SYOK, BOBOY dan OSBON buat lawak, tapi osbon agak kurang menyerlah dari persembahan sebelum ini..



Bila tugasan kedua diberikan, dimana peserta perlu membuat lawak dengan alatan… disinilah detik persembahan MLM semakin menurun….

Makin lama makin hambar, aku rasa peserta dah kekeringan idea.. kasihan juga bila mereka bertungkus lumus nak buat penonton ketawa.. macam biasa, penyelamat hanya pada BOBOY dan OSBON, siap juri Zainal buat pantun, OSBON raja LAWAK katanya..Abon balas pantun, moga jadi kenyataan…




Persembahan kedua, aku bagi 2/10. Itupun sebab persembahan terakhir.. Keputusan MLM minggu ke 8 yang terkeluar adalah kumpulan BP dan Adlin, minggu hadapan MLM akan beraksi di stadium Johor Bahru...

PS: bila juri Chef Wan kata bosan, boring.. aku pun setuju pendapat ikhlas beliau..

Friday, December 2, 2011

Firus Ustazah Pilihan Musim Pertama


(entry auto post, tuan rumah keluar mencari bahan mentah untuk citarasa rinduan)
SHAH ALAM: Kemuncak pencarian Ustazah Pilihan musim pertama berakhir apabila Firus Akhtar Mohamad Bohari, 27, (gambar) muncul sebagai juara.
Firus yang berasal daripada Kuala Lumpur itu mengalahkan pesaing terdekatnya, Nurul Hidayah Kamarudin, 26 yang menduduki tempat kedua.
Juara sulung program tersebut menerima tajaan biasiswa di Universiti Al-Madinah oleh Yayasan Aminah, pakej haji dan umrah tajaan Al-Riyadh and Travel dan sebuah kereta Peugeot 207.
Selain itu, Firus turut membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000 sumbangan Astro, RM5,000 sumbangan Bank Islam dan beberapa hadiah sampingan lain.
Firus ketika ditemui selepas program peringkat akhir berkata, dia tidak menyangka akan menang pada program itu namun bersyukur rezeki berpihak kepadanya.
"Sejujurnya jika hendak dibandingkan dengan peserta lain mereka juga hebat-hebat belaka.
"Tambahan pula saya tidak mempunyai pendidikan khusus peringkat universiti dalam bidang pengajian agama. Namun rezeki berpihak kepada saya malam ini," ujarnya.
Namun Firus memberitahu sepanjang hampir dua bulan berada di dalam program itu dia tidak pernah menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk berjaya.
Ujarnya, melalui Ustazah Pilihan dia banyak menimba ilmu dengan tunjuk ajar daripada tenaga pengajar dan pengetua iaitu Dr Robiah K Hamzah.
"Saya mengharapkan melalui kemenangan ini akan menjadi batu loncatan buat saya untuk terus berdakwah kepada masyarakat mengenai Islam," katanya.
Firus mempunyai Sarjana Pengajian Islam dan Timur Tengah dari Universiti Washington dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Parsi dari Universiti Al-Zahra, Iran.
Sementara itu, ibu kepada Firus, Aishah Mohd Said, 56, melahirkan rasa syukur dengan kemenangan anak sulung dari enam adik beradik itu.
Aishah berkata, anaknya itu seorang yang pandai berdikari dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu.
"Dia seorang yang ringkas, berdikari dan suka berusaha tanpa membebankan orang lain," ujarnya.
Pertandingan akhir Ustazah Pilihan berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada malam Khamis itu turut menerima kejutan apabila menyingkir dua peserta iaitu Masfira Mustapha (tempat keempat) dan Siti Fatimah Mohd Sharif (tempat ketiga).
Pada malam penentuan itu, semua peserta diberi tugasan untuk mendekati permasalahan dan implikasi pernikahan di sempadan.
Pemenang pada malam itu dinilai berdasarkan tugasan (40 markah), ujian bertulis (40 markah) dan hujah (20 markah).
Juri dan mudir yang mengadili program akhir malam terdiri daripada Pengetua rancangan itu, Dr Robiah serta dua tenaga pengajar iaitu Prof Dr Muhaya Mohamad dan Zawiah Hassan.
Ia dihoskan oleh Farah Diana Anuar dan Siti Rohani Surani.                         
Tidak seperti program realiti lain, format Ustazah Pilihan berasaskan modul pengajian yang berlandaskan agama dan akidah dan tidak sama sekali menerapkan elemen komersial.
Program siri pencarian berunsur Islam juga ini tidak terikat dengan undian bebas khidmat pesanan ringkas (SMS).
Turut hadir dalam acara kemuncak itu adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
Rancangan itu dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Oasis.

Kredit to mstar online,
PS:Tahniah buat Firuz, cantik orangnya.. gelaran ustazah pilihan memang agak berat di tanggung, kecuali dengan izinnya.. moga kamu beroleh keberkatan didunia dan akhirat.. amin

Friday, November 25, 2011

Keputusan Maharaja Lawak Mega minggu ke 5,HIRO tersingkir


Agak suram lawak Maharaja Lawak Mega minggu ke 5 malam ini, bagi aku peserta agak terkongkong dengan tajuk yang diberi iaitu zaman purba & dahulu kala… atau sudah kurang lawakkah perserta?? ditambah dengan komen juri yang tidak menaikkan semangat peserta.... Wallahualam...

Sedikit Ulasan untuk Peserta :

Keterlaluan aksi yang ditonjolkan oleh adlin.. itu pandangan aku, sebab dia menayang `seluar kecik`… (maaf gambar itu aku tak kongsi dengan kalian..)



Kumpulan dari SEAHU (Indonesia) ini pun sama lawak dengan minggu sebelum… agak hambar bagi aku


Minggu lepas OSBON the best, namun… minggu ini lawak mereka hanya muncul hujung2 masa



Namun the best bila aksi Abon yang boleh kecek Kelantan.. tahniah.. heheheh, dan kemunculan aksi Jin yang dibawa oleh OS memang mencuit hati… (lihat wajah Os, sangat melucukan bukan???)


Mungkin aku bagi kredit buat kumpulan BOBOY, yang pandai menggunakan peluang yang ada iaitu hal2 isu semasa yang dilawakkan.. contoh kemenangan Merong Mahawangsa dan AIM yang mana,  anugerah buat Yuna ditarik semula… Jua sukan SEA di Indonesia…. (Emas buat Malaysia.. heheh)



Kumpulan 3G, biasa sahaja…… Jika tiada Yassin, mungkin suram kumpulan ini...



Kembali lagi aksi BP, ditambah kemunculan Bob Kuman yang bagi aku lawak mereka semakin menghilang, kesihatan Bob memang menjejaskan persembahan.. Moga Bob di berikan kesihatan yang baik2.. dan beraksi dengan lawak yang lebih bertenaga..


PS:Kumpulan Syok yang syok sendiri, kumpulan HIRO yang merapu entah apa2,Kumpulan PIMAI yang biasa2 sahaja… buatkan aku mengantuk dan menyambung baca novel cinta ASST

 Keseluruhan.. lawak MLM musim ke 5, lawak menurun DAN aku setuju komen Juri. Macam aku juri pulak… hehehe

Monday, November 21, 2011

(berita terkini) Malaysia VS Indonesia 1-1, Aku pun masuk tv saluran 180..


Selamat malam isnin sahabat….

Hari ini sangat buzy…

Bila cuti sekolah bermula pasti aku sibuk.. faham2 jerlah kan.. perniaga kedai makan..

Korang buat apa tu???korang pasti tak online malam nie.. gerenti 95% antara kita sedang syok layan bola.. 1-1 kan??? Entah-entah korang yang terlebih sorak dengan 1 jag air dan sebungkus pop corn.. heheheh


Sokongan yang padu buat permain kita. Ada masa lagi buat permain kebangsaan kita beraksi..mana tahu ada rezeki.. 2-1 kan??? 

**************

Oh ya, korang ingat tak entry ini??

Semalam dah keluar astro ko…. Ahaksss… saluran 180. Walau channel itu terbitan RTM untuk sabah dan Sarawak, sekurangnya aku berbangga kerana kampungku yang tercinta dah bersiaran pada jam 8.30 malam…

Sedikit aksiku yang aku dapat paparkan.. lebih kurang gambar ini.. hahhahah.. 



PS: tak silap dokumentari tu bulan 3, bulan 11 baru ditayangkan.. lamanya.. hehehe

Friday, November 18, 2011

Keputusan Maharaja Lawak Mega minggu ke 4, Jalil Hamid terkeluar



The best maharaja lawak mega mingggu ke 4 aku bagi kat kumpulan OSBON..

Terbaiklah..

Abon punya penangan memang melucukan.. dengan pakaiannya pengantin moden berwarna putih, siap ada crown lagi.. hehehhe..

Sampai sekarang aku tahan gelak part si Abon kata… (pantun sebenarnya) aku dah lupa ayat penuh.. sikit jer ya..

Tak sabar nak tunggu malam ini dipuankan.. (agak lucah tapi rasional…hahah)




Juri tetap Zainal Abidin kata, Abon SEKSI.. awwwuuu.. hahaha, aku setuju…




PS: HIRO, PI MAI, JH, ADLIN, BOBOY, BAWEL, 3 G, BP , SYOK
persembahan biasa2 sahaja

( tapi aku sedikit kasihan dengan kecederaan yang menimpa BOB KUMAN dikepalanya, hingga membuatkan Sobri membuat persembahan solo, semoga BOB cepat sembuh)





Sunday, July 17, 2011

Keputusan Mari Menari musim ke 2 (17 hb Julai 2011)

Agak terlambat ku ikuti pertandingan akhir Mari menari pada malam ini, 17 hb Julai 2011
Namun, apabila ku sampai kerumah…
Ku dapat mengikuti saat akhir dimana Siti Sarah dan Suib menyanyi lagu, Seiring dan sejalan..memang mantap ko… pasangan secocok.. lagilah si siti sarah sedang mengandung… alahai comelnya..


Dan keputusannya antara MM sarah dan MM Nita,
Juaranya adalah pasangan adik beradik MM Sarah yang berasal dari Negeri Sabah  dengan hadiah RM 150,000.00 berserta piala…
Tahniah

Sunday, July 10, 2011

Siri Animasi Anak-Anak Sidek dan Animasi Bola Kampung Kembali

PETALING JAYA: Saluran TVi (Astro 180) akan menyediakan dua slot animasi khas pada khas buat penonton remaja yang gemarkan rancangan-rancangan menarik bercorak animasi bermula Julai ini.
Malah, pihak radio Televisyen Malaysia, (RTM) turut mengembalikan nostalgia kegemilangan keluarga jaguh badminton negara dengan menayangkan animasi Anak-Anak Sidek yang disiarkan bermula pada hari Jumaat hingga Ahad, pukul 9.00 malam.
Pastinya anda masih ingat gelagat dan babak-babak mencuit hati selain turut dikongsi semangat adik-beradik yang cintakan sukan badminton dan cara didikan yang diterima serta aktiviti mereka dalam bidang sukan itu.
***************
Kemudian, animasi Bola Kampung turut disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 9.00 malam yang nyata mampu menyemarakkan semangat demam bola sepak sedang melanda negara.
Nak baca secara lanjut sila klik sini
PS: bagi peminat anak2 sidek dan bola kampung.. apa lagi? Jom tonton sama2….. ku memang gemar menonton kartun berbentuk ilmiah… ada pelbagai ilmiah yang boleh ku turunkan untuk anak daraku si Umairah.. 

Saturday, June 25, 2011

VIDEO MAHARAJA LAWAK AKHIR 2011 Kumpulan Sepah

Selamat hari sabtu sahabat..
Tergamam daku dengan persahabatan kita dialam maya.. dengan komen kalian yang buat daku terharu..

Terima kasih teman-teman..

Hari ini, memang daku agak sibuk dicitarasa rinduan..

Jadi, hari nie ku bakal tak update entry baru atau BW ke blog kalian..Maaf dipinta









PS:Jom.. layan VIDEO MAHARAJA LAWAK KUMPULAN SEPAH, Pusingan 1 (bebas) dan Pusingan ke 2, (Muzikal Komedi).. untuk sahabat blogger yang ku janjikan semalam.. (kredit to gua,com)

Monday, June 20, 2011

Astro!! Nak tak nak.. kena langgan juga,


Baru sebentar tadi aku menonton buletin utama TV3..
Menarik sekali berita semasa yang dipaparkan..
Namun, yang menarik hatiku adalah berkenaan.. tv berbayar astro, nampak gayanya kes bayaran astro yang terlalu mahal hingga membebankan pelanggan dah sampai ke parlimen..
Dan……
Paling ku suka adalah part seorang ahli politik yang menyatakan, dahulu channel tv 1, 2, dan 3.. siarannya berkualiti.
Namun, dengan adanya ASTRO siaran terjejas..
Mahu tak mahu.. terpaksa juga melanggan astro,.
Kebenarannya??
Bagi pihak aku.. aku bersetuju.. nak buat lagu mana, takkan tv dah ada, beli mahal-mahal, ada tu yang besar saiz tv hingga 42 inci.. (aku? Tv saiz 31 inci jer).. tapi siaran kurang berkualiti??
PS: kalau dikampung, dahulunya, aku dapat ikuti channel indonesia, singapore.. sekarang tak lagi!!! Mana menghilang agaknya satelit tv nan dulu..