Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Friday, December 2, 2011

Firus Ustazah Pilihan Musim Pertama


(entry auto post, tuan rumah keluar mencari bahan mentah untuk citarasa rinduan)
SHAH ALAM: Kemuncak pencarian Ustazah Pilihan musim pertama berakhir apabila Firus Akhtar Mohamad Bohari, 27, (gambar) muncul sebagai juara.
Firus yang berasal daripada Kuala Lumpur itu mengalahkan pesaing terdekatnya, Nurul Hidayah Kamarudin, 26 yang menduduki tempat kedua.
Juara sulung program tersebut menerima tajaan biasiswa di Universiti Al-Madinah oleh Yayasan Aminah, pakej haji dan umrah tajaan Al-Riyadh and Travel dan sebuah kereta Peugeot 207.
Selain itu, Firus turut membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000 sumbangan Astro, RM5,000 sumbangan Bank Islam dan beberapa hadiah sampingan lain.
Firus ketika ditemui selepas program peringkat akhir berkata, dia tidak menyangka akan menang pada program itu namun bersyukur rezeki berpihak kepadanya.
"Sejujurnya jika hendak dibandingkan dengan peserta lain mereka juga hebat-hebat belaka.
"Tambahan pula saya tidak mempunyai pendidikan khusus peringkat universiti dalam bidang pengajian agama. Namun rezeki berpihak kepada saya malam ini," ujarnya.
Namun Firus memberitahu sepanjang hampir dua bulan berada di dalam program itu dia tidak pernah menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk berjaya.
Ujarnya, melalui Ustazah Pilihan dia banyak menimba ilmu dengan tunjuk ajar daripada tenaga pengajar dan pengetua iaitu Dr Robiah K Hamzah.
"Saya mengharapkan melalui kemenangan ini akan menjadi batu loncatan buat saya untuk terus berdakwah kepada masyarakat mengenai Islam," katanya.
Firus mempunyai Sarjana Pengajian Islam dan Timur Tengah dari Universiti Washington dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Parsi dari Universiti Al-Zahra, Iran.
Sementara itu, ibu kepada Firus, Aishah Mohd Said, 56, melahirkan rasa syukur dengan kemenangan anak sulung dari enam adik beradik itu.
Aishah berkata, anaknya itu seorang yang pandai berdikari dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu.
"Dia seorang yang ringkas, berdikari dan suka berusaha tanpa membebankan orang lain," ujarnya.
Pertandingan akhir Ustazah Pilihan berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada malam Khamis itu turut menerima kejutan apabila menyingkir dua peserta iaitu Masfira Mustapha (tempat keempat) dan Siti Fatimah Mohd Sharif (tempat ketiga).
Pada malam penentuan itu, semua peserta diberi tugasan untuk mendekati permasalahan dan implikasi pernikahan di sempadan.
Pemenang pada malam itu dinilai berdasarkan tugasan (40 markah), ujian bertulis (40 markah) dan hujah (20 markah).
Juri dan mudir yang mengadili program akhir malam terdiri daripada Pengetua rancangan itu, Dr Robiah serta dua tenaga pengajar iaitu Prof Dr Muhaya Mohamad dan Zawiah Hassan.
Ia dihoskan oleh Farah Diana Anuar dan Siti Rohani Surani.                         
Tidak seperti program realiti lain, format Ustazah Pilihan berasaskan modul pengajian yang berlandaskan agama dan akidah dan tidak sama sekali menerapkan elemen komersial.
Program siri pencarian berunsur Islam juga ini tidak terikat dengan undian bebas khidmat pesanan ringkas (SMS).
Turut hadir dalam acara kemuncak itu adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
Rancangan itu dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Oasis.

Kredit to mstar online,
PS:Tahniah buat Firuz, cantik orangnya.. gelaran ustazah pilihan memang agak berat di tanggung, kecuali dengan izinnya.. moga kamu beroleh keberkatan didunia dan akhirat.. amin

13 ulasan:

Unknown said...

Tahniah semoga menjadi ustazah yg baik

Dr K said...

Tahniah...Semoga menjadi insan yg terbaik..dan tidak terjerumus dalam kancah 'glamour' yang dah byk sesatkan ustaz/ustazah.

Unknown said...

tahniah kepada beliau..

Murni Alfathunnisa said...

tahniah...

tak follow sangat program ni..masa awal2 dulu rajin jugak tengok..

Unknown said...

Tahniah Firus...
tahniah juga buat ibubapa beliau yg berjaya mendidik menjadi anak solehah..

qasehraihan said...

tahniah buat ustazah firus..
moga beliau menjad pemangkin perubahan kpd generasi baru..

maszmadi said...

umah kita xder ASTRO... huhu

Hudalatip said...

kita pun tak follow sangat program ini..Tahniah pada yang menang..

Anonymous said...

lebih kurang nama MDT :D

tp kita bukan ustazah pilihan..

Iza said...

Assalam..
Tak sempat nak tengok..Apa2 pun, tahniah pada yang terpilih..

Terlupa Lagi | Teratak Usang

Rumah Kuning said...

wah....lumayannya hadiah. apapun tahniah kpd pemenang.

Lydia Miza said...

lembut wajahnya

Siti Aisya mzm-fc said...

pernah jumpa dia..MasyaAllah memang lembut orangnya,suka sangat dengar dia bercakap.