Selamat malam sahabat, hari ini ceria sangat.. sebab bila kita ada berkongsi dengan seseorang, walau hanya berkirim salam sekurangnya hidup ini sangat berharga,. Terima kasih buat teman yang sudi menjadi sahabatku… I luv uuuuuuu………
Sebenarnya, tempohari aku dapat pelawaan dari seorang blogger dan kini menjadi novelis yang sangat terkenal.. siapa lagi kalau bukan puan Melur Jelita…
ASST, sangat berhantu kan?? Tahniah buat beliau dimana kini ASST mendapat rangking tertinggi untuk minggu ini dipasaran..
Okey, jom.. buat peminat ASST, sudah tentu mee teow adalah makanan yang paling digemari oleh Puteri Intan Zulaikha iaitu pelengkap hati Hilman Yong… dan hingga kini aku semakin meminati menu yang ada kaitan dengan mee teow.. ahaksss…
Khas buat Intan Zulaikha.. ini untuk anda… Mee Teow Hailam bersayur…
Bahan-bahannya
Mee teow 50gram (direndam dengan air panas, kemudian toskan)
Sayuran pelbagai warna seperti jagung muda, carrots, brokoli, bunga kobis, kacang pic, sawi, kobis ( disiang pelbagai bentuk, dibasuh dan ditoskan)
Sotong, udang, ayam atau daging lembu, (disiang, dibasuh dan ditoskan dan direbus hingga masak)
Kicap manis jalen sedikit
Ajinamoto sedikit
Sos tiram sedikit
Air rebusan bahan mentah
Lada sula atau lada hitam sedikit
Tepung jagung 50gram, digaul dengan sedikit air
Daun sop, bawang merah dan lada merah
Cara menyediakan
Panaskan air rebusan, masukkan bahan-bahan seperti sos tiram, ajinamoto, kicap manis dan lada sula, masukkan bahan yang telah direbus dan sayuran
Apabila sayuran setengah masak, masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, masukkan lada hitam jika kurang pedas dan sedikit garam
Matikan api, sediakan mangkuk untuk mee teow dan tuang kuah keatas mee teow, hiaskan dengan daun sop, bawang goreng dan lada merah sebagai penyeri
Selamat menjamu selera…..
PS: Cadangan sesuai dimakan untuk dua orang makan.
Testimonial: Tadi hidangkan untuk pelanggan Citarasa Rinduan yang gemar mee hailam, depa kata.. versi mee teow sangat sedap.. hehehhe, Awak suka saya tak??.. Saya suka awak...
17 ulasan:
.....okaylah...menu breakfast kami pagi esok...
TQ!
kak izat--
sama2 kembali kak....
versi hailam nie mmg ngam tau kak, tak berminyak...
Thank you sis for creating such a lovely dish for ASST? heroin......we really appreciated it.....well Awak Suka Saya Tak? is a must have novels for this lifetime.....njoy
keira--
welcome come my blog, of couse rasa rendah diri dan kasih sayang.. ASST memang dipenuhi dengan limpahan cinta untukNYa dan kasih pada pasangannya..
amin..
Nak 2 mangkuk! Pedas skit tau...
Mujur Kak Azie dah beli ASST tuh. Puas hati!
kak Azie--
nak pedas2?? boleh.. saya tambah cili padi ya, hehehe
kak, memang kan.. ayu pun rasa berbaloi2 beli, kawan2 kawasan kedai semua dan beli ASSt, siap puji tau..
hehehehe
salam kak ayu,
tergoda dan menggoda betul mee teow hailam ni malam2 begini, tetiba lapar!
mee teow hailam hangat kasih sayang ni makan sambil baca novel Awak Suka Saya Tak? sure tak cukup sepinggan!
tq for the recipe too! sure buat bila dpt mee teow dari my dad this weekend...heee ;-)
Salam K.Ayu..yana xsmpt lg nk cari novel terhangat ASST..tgu wiken br nk cari kedai buku hihii..pe2pun dh telan air liur tgk mee teow hailam tuu..bleh jd menu esk nii :=)
wahh sedapnyer...
tapi, saya xpandai masak..
kang habis terbakar dapur rumah kalau saya masak..=p
alamakkk...cam sedap je ni... lapau..
Salam ayu...Thanks jalan 2 ke blog Sha yang caca merba tuuu n errrmmm nampak sedap mee teow hailam tuuu...leh buat sarapan pagi niiii... mengubah citarasa Sha...tapi kena makan sorok2 sikit sbb anak jantan tengah bersunat ...kesian kat dia...
kak ayu, sy baru abis bace ASST tu..heheheh...mmg best sgt!!cara penceritaan yg lain dari yang lain kn...thumbs up!!
akak... mee teow hailam satu yer. tak nak pedas & tak nak sayur. lebihkan lauk tau. bagi teh o ais satu.... kurang manis eh.....
erk..saya tak berapa minat kue teow, mee teow dan segala jenis teow2..
shedapnya...=)
Assalam Ayu, sedapnya mee teow hailam...antara fav akak gak nih..nnt kalau akak pi rumah, masakkan akak ni jek pun ok daahh...hehhee
sedapnya,,bleh cuba nih. kalau kita letak mee kuning ganti mee teow tu pun bleh kan kak?
Post a Comment