CITARASA RINDUAN

Thursday, December 8, 2011

Susu buat pesakit Diabetik..


Ada sesiapa sempat tonton MHI tv 3 pagi tadi??..
Bestkan isu pagi tentang kepentingan susu pada tubuh badan kita???

Sebenarnya, kalau ikutkan sejarah, aku memang tak boleh minun susu, lagilah yang ada kaitan dengan susu, macam susu pekat atau cair, aiskrim vanilla ker. Kembang tekak.. hehehehe

Syukur, 9 tahun yang lepas hingga kini, aku jadi pengemar susu.. untuk selera aku, walau muak aku gagah gak  minum untuk kesihatan, lagipun. Minum susu kita jadi rasa kenyang selalu dan elok untuk tulang. Susu yang biasa aku ambil adalah susu Omega Nestle dan susu Anlen.


********
Opss. Sebenarnya nak kongsi pengalaman kepada sahabat diluar tentang kebaikkan susu buat pesakit kanser atau yang ada sejarah kencing manis..




Inilah susu yang dicadangkan oleh doctor pakar buat En Zalie, serius nak kata.Memang molek bila sahaja en zalie minum setiap hari, dia dah tak kisah nak makan ~cemilan~ (ala2 makanan yang ringan2 ya), malahan dia cepat kenyang, dan bacaan kencing manisnya sekarang bila berpuasa adalah pada 5.2 manakala untuk bacaan normal adalah 6.2..

Oleh itu, buat pesakit atau bekas pesakit, anda wajib ambil susu setiap hari… insyallah.. jika amalkan cara hidup yang seimbang, sekurangnya kuranglah sedikit sakit yang ada pada diri anda..


PS:  betul ker, penghidap gastric tak boleh minum susu???



31 ulasan:

Amy Syaquena said...

saya pengemar susu kak hehe..orang gastrik boleh minum susu cuma kalau time gastric menyerang , kita kena elakkan minum susu untuk menambahkan lagi kesakitan yang ada... ni yang doc cakap la sebab amy pengidap gastric yang teruk...

aJa said...

mana ada..akak ni ha pasakit gastrik yang tegar...haha

boleh je minum susu...

susu kalau buat shake pergh sedap giler...

susu kalau dicampur dengan mango jus..pergh...chill...

Sari Yusa Ibrahim said...

syukur en Zalie dpt isteri yg prihatin. Pesakit gastrik lah yg kena minum susu, yg tak bleh minum ialah mereka yg mngalami kejadian batu dalam hempedu. Akak pun suka gak minum susu, rasa kenyang jer selalu.

ChiLaBaey's Spot said...

Salah satu susu nutrisi yang baik untuk pesakit kencing manis dan untuk orang sihat... Arwah abah dulu pun diberikan susu ni untuk tampung jadual pemakanannye melalui tiub setiap 3 jam... Susu yang boleh mengenyangkan... Tapi harga agak mahal... Tapi boleh dapat murah di Guardian... Ada caranye... Terkenang kat arwah bila nampak susu ni... :(

munna said...

boleh bagi tau mak munna ni...dia mmg ada kencing manis sampai takat dah kena cucuk insulin kat badan tiap2 hari

norhidana said...

dana pun tak suke susu... heheheh minum susu masa peknen je kak... melampau kan... ngada2 je lebih

Huda said...

Ayu, kitalah antara manusia yang tak suka susu..sangat teruk okeh..maksudnya susu tepung tu memang tak lalulah di tekak, tapi susu pekat, susu segar ke susu cair ke apa2 la boleh je minum, :)nak cari jalan supaya boleh minum susu setiap hari..

maszmadi said...

x suka susu kaler putih..... tapi kalo aiskrim masz suka yg kaler putih (vanila)...

mamaijat said...

.....mamaijat tiap pagi diWAJIBkan minum susu...MUAK???dah lebih dari itu rasanya....tapi,nak sihat kan!!
mamaijat minum sus ALPHALIPID...

Daddy Ziyyad said...

Yup, susu Nutren Diabetic ni mmg kita gunakan utk diabetic patient...

cantik bacaan gula en Zalie tu...jgn lupa monitor sekali bacaan HbA1C nya..suruh doctor dia buat(kalau tak buat).

Sebenarnya, depends juga pasal minum susu utk pesakit gastric ni, sebab ada dua jenis gastric/or ulcer. Duodenal ataupun gastric ulcer. Tu sebab ada pesakit gastric yg boleh minum susu, ada yg tak boleh minum. nak tahu jenis yg mana, kena buat endoskopi.

ainnoraini said...

minum susu tu kan sihat...sebab saya ni mmg pengemar minum susu..

~izan~ said...

ayah izan pun ada susu ni sbb dia pun sakit kencing manis... =(

Iza Teratak Usang said...

Assalam...
Suka minum susu tapi kalau lama2 minum jadi muak juga.

Teratak Usang

abah khalisha said...

ada eh nama susu diabetik

Liza said...

salam kak ayu...Liza pun xminat sgt ngan susu ni, cuma masa pregnant gagahkan jugak teguk susu...hahahaha

eelobor said...

setakat nie, aku belasah jer apa jenis susu pun

Munnafendy said...

alhamdulillah ai setakat ni xde lg sbrg penyakit..my parents pun sihat walafiat je..

tp ai mmg sukeee sgt minum susu..smpai bdn naik tembam =P

miloais said...

sedap banget minum susu
iols suka gak - susu tepung

Nieza said...

Assalammualaikum Ayu, nieza suka minum susu setiap hari wajib minum...suka susu fresh lagi tu..tapi susu yg ayu tunjukkan ni memang bagus mak nieza sakit stroke sekrng ni memang minum susu ni jer setiap hari tanpa mkn makanan lain dah coz minum melalui tiub.

azila said...

btol tu Ayu..zla sblom pregnant ni mmg penggemar susu. tp sejak pregnant ni, asal masuk jer susu..tros muntah2..tu yg pelik sgt2..so skang blom berani nak minum susu tepung lg, just minum susu kotak strawbery jer...trauma ngan muntah2 lg..heheh

LinRosly said...

Assalamualaikum Ayu...

Susu Baik Untuk Kesihatan Terutama Tulang...

Kak Lin Suka Minum Susu Kambing...Hehehehe...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

akak okey jer minum susu.. sejak kecik sampai dah tua pun still minum susu.. cuma jenis susu jer berbeza kalau dulu mak akak kata akak minum susu dumex.. tp skrg ni dah tukar ke susu anlene... hehe.. tp wajib campur dengan nescafe la.. tak lalu nak minum susu putih gitu jer.. hiks!

Izan Ishak said...

izan sama jugak cam ayu...dulu2 sgt tak suka minum susu. tp bila dah mengandung boleh minum susu anmum coklat tu. skrg ni cuba amalkan susu nestle omega... tu pun kadang2 terskip2 juga...

Fatin Mraz said...

saya baca tajuk ingat kan susu punca diabetik..

rupanya susu untuk diabetik..heheee

=}

akuzle ayu said...

susu rocks!!! hahahhha...

Jie said...

susu ibu??? lagi berkhasiat.. hehehe

narizzcollection said...
This comment has been removed by the author.
narizzcollection said...
This comment has been removed by the author.
narizzcollection said...

Nak let go susu Nestle Nutren Diabetik 900gm - RM65/tin
ada 3 tin
Kalo berminat leh email: narizzcollection@yahoo.com

TQ

Li Nar Goh said...

Nestle Nutren Diabetik 800gm - RM70/tin
Stock - 20 tins
Sebab: Terlebih belian

Sesiapa yang beminat, sila WhatsApp 012-4678857.

Nur Haslissa Mustafa said...

mana nk dapatkn susu ni