CITARASA RINDUAN

Monday, December 5, 2011

Dia suka, aku tak suka... kadangkala aku suka jugak!


Dah lewat malam, aku masih terkulat2 depan pc, baru balik dari Citarasa Rinduan..… seharian aku tak online.. buzy ko… penangan air laut semalam.. satu badan lemah.. tapi, syukur, puasa sunat sampai gak.. hehehhe

********
Selalu syer entry tentang kisah aku, kisah di citarasa rinduan, kisah umai,.. Malam ini nak syer tentang kami suami isteri apa yang aku suka dan apa yang en zalie tak suka.. 

Sebenarnya kami nie ada banyak perbezaan, selain dia tersangatlah pemalu, tersangatlah kurang berkomunikasi dengan sesiapa, suamiku punya kegemaran makanan yang hanya pedas2,

Sebagai contoh, makanan berbuka puasa tadi, semestinya En Zalie sukakan yang pedas. aku boh cili padi banyak2 terus tumis.. dia makan sampai berpeluh2.. huhuhuh




Aku?? Tamo pedas,, hahhaha.. ubi boh gula pasir.. lepas tu rebus sampai gula betul2 masak.. sedap ko… sesuai buat tekak orang yang tak suka pedas…




Tapi, kami tetap ada persamaan tang memilih buah-buahan… lihatlah.. kesemua buahan adalah pilihan selera yang sama.. dia ambil sebiji buah pelam, aku sebiji gak., dia suka limau cina, aku suka gak….




Terlebih rajin.. menu minuman air mata kucing, tapi aku tak buang biji.. tak apa.. yang penting airnya panas…..sedap, resepi nie aku buat sebab tiba2 nak minum air mata kucing, nak beli dalam tin tamo..




PS: sure korang pun ada sedikit perbezaan dengan insan tersayang kan??? Jom syer.. nak tahu gak… (yang pasti walau ada perbezaan, dalam hati tetap sayang.. kannnn..)

24 ulasan:

Fatin Mraz said...

dulu ada perbezaan.. sekarang kegemaran dah combine..
so, dah jadi banyak.. hehee

both of us suka makan.. hehee

Izan Ishak said...

izan suka makan tempe, si dia tak suka. izan suka agar2.. puding, si dia tak suka yg lembik2 nih...

tapi kami semua makan buah2an...esp durian jambu rambutan...

*sedapnya makan ubi cicah sambal ikan bilis...ohh...ayu suka ubi rebus manis ye...

insan_marhaen said...

IM pun citarasa taj pernah sama dengan ibu_suri. so, kalau pergi kedai untuk makan, IM selalu banyak mengalah!

tapi kalau teringin sangat, sorang-sorang pi makan.

Gen2Merah said...

selalunya mmg macam tu kan.. baik pasangan kekasih mahupun suami isteri, punyai citarasa yang berbeza... Ngam bila d satukan..

Gee® said...

kalau citarasa dlm bab makan tak sama tak apa, asal ada persefahaman yg baik... baru serasi kan... hehehe... k.gee dgn cik abg sama2 suka pedas... tapi yg tak sama bab mkn durian... k.gee tahan nafas ajelah kalau buah tu masuk rumah... kembang kempis la idung ni...

azieazah said...

Kak Azie dgn MyTOKLAKI ada banyakkkk sekali perbezaan.

tapi perbezaan kami itu menjadi cabaran tersendiri buat kami untuk mendapatkan keserasian dan penyesuaian, lalu kita menerima seadanya.

Macam AYU juga, kesamaan itu menjadi kselesaan dan keserasian. Lalu itulah yang menjadi ikatan lebih teguh, kan?

Cik Pulau said...

saya pilih selera kak ayu..hehehehe.

ieda said...

aah kalau ada yg kita suke pasangan x suke kan .. barulah seronok ekek

ubi rebus tuu akak dan hubby memang suke .. anak2 lagi lah :)

bujal X said...

bini saya tak suka western~~he~~

Mrs. Lady's Stylo said...

Khas buat PENCINTA HANDBAGS!
Koleksi yg menarik & stylo serta tips2 berguna.

Kunjungi kami di http://mrsladysstylo.blogspot.com/

TQVM! :)

Acik Erna said...

Ayu memang banyak sangat perbezaanya..tapi bila dah lama..dah serasi..dah tau apa yang kita tak suka dan akan cuba tidak dibuat apa yang kita tak suka..dah boleh menerima seadanya.

Fara said...

Ubi rebus dgn sambal cili api? Ouh, sy pun terbayang pedasnya mcm ne. Sy suka ubi rebus cicah kelapa dgn gula. Mak aih! Sedapnya!

Sy nie mmg tau. Ayu cite psl Ayu dgn hubby, sy pun sibuk nak cite psl diri sy kan? Hahahaha!

~izan~ said...

walau berbeza tp tetap serasi bersama kan kak =)

azila said...

Ayu..perbezaan tu mesti ader..heheh.wah, semlm br borak ngan ben pasal makan2 ubi neh, tup2 ayu dulu yg buat.sedappppppnya nampak:)

norhidana said...

heheheh perbezaan yg sweet pe kak... kalu sama je pun tak best... heheh sedapnyer ubi rebus...

dana bnyak perbezaan ngn edy n yg paling ketara sekali... dana yg paling banyak ckp ehheheh

Dalila Hamid said...

dela pulak lain... kmi sama2 org utra.. makanan kena pedas2.... hhe

sahromnasrudin said...

apa perbezaan kami??? biarlah rahsia...kalau semua citer kat belog...takde rahsia plak kan heheheheee

bersama kak Es said...

perbezaan tu menjadi pelengkap.
kalau dah takdir dia pasangan kita.. itulah yang terbaik buat kitakan ayu :)

bila lah kak es dapat singgah ke CR ni...

eiela said...

sedapnya nampak ubi kayu tuh.

CT NoArIzAh ArIs said...

Dalam bab makanan memang byk perbezaannya memang tak serasi langsung.... tapi leh lak sampai berbelas tahun kan?

Tu yg akk hari2 kena masak sendiri pas lik kerja pasal hubby akk jenis yg sgt cerewet pasal makanan... yg org suka mkn itulah yg dia tak suka...habih camnooo ??

Daddy Ziyyad said...

Buat sendiri air mata kucing? Besttttt tu..dah lama tak makan mata kucing.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

perbezaan tu biasalah..janji serasi bersama..kan?nak air tu kak ayu

Ajieda Ajis said...

loghat kami.... dia selalu marah sebab x fham apa yg sya ckap...

logorithm said...

Emak bapak I tak serasi langsung. Har har!


Terbaru dari Logokoko:

[U] Pakcik kitar semula menunggang secara berbahaya demi sesuap nasi

[U] Video detik-detik keruntuhan Jambatan Tenggarong!

[U] Dilarang membuang SAMPANG!