Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Monday, December 26, 2011

Pertemuan pertama, menjadi pertemuan terindahku, siapakah blogger bertuah yang ku temui?


Bila blogger GB sampai ke teratakku dalam 4 pagi, yang ada dalam ingatanku.. nak peluk2 dia,, nak jerit2 sebab dia berani gak sampai ke teratakku walau kawasanku memang agak pendalaman..

Tahniah buat GB dan sahabat baiknya Ku.. tapi apakah daya bila GB sampai waktu orang lain dok enak terlena.. hehehhehe.. kansel niatku….

Jam 6 .30 pagi aku dah sibuk memasak mee bandung dan mee hoon goreng buat tetamu istimewaku..  jam 8 lebih GB dan angkut kameranya ke kawasan halaman rumah, time tu.. aku dah rasa risau gak, mana tau GB nak snap gambar aku yang dok kalut memasak..

Pitammmmmmmmmmm

Terkilan pula, sebab pertemuan aku dan GB, tiada kenangan yang dapat ku simpan buat kenangan, ya lah kan.. time tu awal2 GB dah pesan nak belajar masak ikan mayong asam pedas versi johor.. hehhehe, tu yang pertemuan banyak didapurku..


Pinjam gambar dari blog GB.. heheheh

*************
Semasa dok sarapan, boleh pula terdetik dalam fikiran aku, nak temukan GB dengan blogger yang sangat peramah di alam maya. siapakah beliau??? semestinya blogger kak zakie.. Lagipun GB ada kata hanya kenal aku dan kak zakie (blogger belah selatan) tu yang teruja nak temukan mereka...

Apa, lagi aku terus call kak zakie.. cantik!!!, walau kakzakie bekerja dan ada hal lain, kak zakie bersetuju dengan pertemuan yang aku rancangkan….

Bila kata sepakat dah ambil,. Maka pertemuan dijadualkan dalam jam 12.20 tengahari..

Tuhan punya kuasa, jam 12.35 tengahari baru kami dapat bersua dengan kak zakie di cawan kopitiam Senai, sebab dari Saleng-senai berlaku kesesakan jalanraya yang teruk…. (yang lawaknya, ingat kakzakie dah sampai dahulu, rupanya dia dok tersangkut kat belakangku.. hehehheeh)







GB yang sentiasa memegang kamera ditangannya.. GB nie rupanya asli tau.. cute gile…. atas tu hidangan kami.. hanya yang ringkas dan biasa2.. orange tu aku punya.... 



Kalau korang nak tau.. pertemuan antara aku, GB dan kakzakie adalah pertemuan yang pertama, hairan kan.. walau kak zakie dan aku agak berdekatan… tapi 24 hb December, tercetusnya sejarah buat kami semua…

Rasa sangat bertuah mengenali kakzakie yang sangat cute, cantik, moga2 satu hari nanti kalau ada dah ada usia, biarlah berseri2 macam kakzakie.. amin. Jua terima kasih buat adik Ku yang sentiasa spotting melayan kami semua.... Entry yang kakzakie dan GB paparkan akan ku semadikan buat kenangan. Sila klik sini untuk entry kak zakie dan entry sini untuk entry GB


PS: nak pi klinik gigi malam nie.. sakit hari2 dah tak tahan nak sayang2 gigi rosak nie.. insyallah ada izin Allah malam nie, hilang sebatang gigiku.. hehehe


26 ulasan:

Cik Pulau said...

wahh.. sy tak pernah jumpa lagi kakzakie ni.. ehmmm..
akak pun sy lom jumpa jugak..
moga satu hari nanti ada peluang.. insyaAllah...heee~

Azian Elias said...

seronoknya.. i pun teringin nak jumpa kak zakie.

Kakcik Seroja said...

Kakcik juga sangat2 teringin bertemua dengan Ayu dan Hjh Zakie.

Kakzakie Purvit said...

Heee.. malunya kakak Ayu...

GB dgn Ku hari ini baru balik dari S'pore. Mesti dia kepenatan. Lain kali kita pergi sama-sama ke S'pore ye...

Kerepek pisang tu abang dan anak-anak semua suka tau Ayu... dah habis pun.

Moga Allah beri kita peluang utk bertemu lagi....

Lydia Miza said...

nak sgt jmp kalian semua...huhu.tp jgn terkejut sbb wajahku bkn asli tp cam org asli ye kak ayu.ada iras-iras org asli dari borneo

Dr K said...

mini gathering Edisi Selatan yang berjaya !!

IMANSHAH said...

lawa la pulak GB..hhe

Lelord said...

wahh syoknya...ayu jom jumpa

aiks miza...cam org asli? miza pun asli

kurus said...

seronok kan ayu bila dpt jumpa blogger nie .. dari alam maya ke realiti :)

Masrini Karim said...

walaupun telah sgt dekat dgn kak ayu...masih belum berkesempatan jumpe kak ayu..ada sekali tu..perati dr jauh jer..nampak kak ayu sibuk sgt...panjang umur..sihat tubuh badan..moga kita akan bertemu juga suatu ari nanti kak ayu..^__^

Kalamhati said...

bestnya..dpt bertemu mata kan..eratkan ukhwah..=)

gadisBunga™ said...

saya baru baca!!! hihihi. nanti saya tulis entri susulan pasal meeting kite yang penuh bersejarah tuh. cerita pasal akak tau...baekkk punye...! hihihi~

Nur-nba said...

Tumpang gembira melihat rakan2 blogger bertemu.. macam dah kenal lama. Sure Ayu masak menu sedap2.. :-)

azieazah said...

Pemalu sungguh Kak ZAKIE kita tu ya. Di entri sana, gambar sudah kena blur. Di entri ini, muka tutup dengan tangan.

Tak aci!

GB > I like bila dia senyum, macam nampak lesung pipit. Sweet!

Anonymous said...

seronok dpt berjumpa, nti JS nk berkenalan dgn kak zakie jugak lah..hehe..

ayu sat nk g blog kak zakie ni..hihi.
bila la nk jumpa ngan ayu ni..hehe..

Acik Erna said...

Ayu..ayu pun tak ada kurngnya,,sama2 cantik dan manis.

fatin said...

kenangan indah bloggers adalah bila berjumpa kan..

norhidana said...

seronoknyer... bile lah dana pulak dpt jumpa ngn geng2 blogger nih... terutama akak yg comel lote tu... nk gk jumpa geng2 johor nih...

Kella said...

sonoknya kak dapat jumpa dengan diorang.. gb kita dah penah jumpa.. tapi kak zakie belum lagi..
bila kita nak jumpa dengan akak jugak.. =)

faraherda.razalan said...

Wah! Ada pertemuanlah! Seronoknya! Rajin Gb jln2 ke sana.

=D

Ati Masrif said...

kalau ada rezeki nak juga
ati jumpa ayu dan kak zakie


p/s: meh le kita tukar2 no :)

Munn Jaafar said...

wahhh terbayang2 mcm mana keseronokannya =)

logorithm said...

Si GB bertolak dari Perak ek? 6 jam perjalanan?


Terbaru dari Logokoko:

[U] Merry Christmas 2011

[U] Makan taik

[U] Deretan rumah kedai yang paling hodoh di Malaysia!

C-I-K-I-N-T-O said...

seronoknya...hope dapat jumpa kak ayu lepas2 ni..pemalu sungguh kak zakie kita..hehe..bilalah boleh nmpk muka dia pulak nih :p

Unknown said...

Salam kenal :)

seronoknya bila baca entri Gb dan kak ayu tentang pertemuan ini, meriah je nampak...

Azira Mohamad said...

salam akak..

melalui entry akak ni, sy dh boleh kenal GB. Sblm ni tringin sgt nk tau cmner la rupanya GB sbb asyik sgt duk baca blog dia tp tuan empunya blog xkenal pun...sweetnya.

Dan yg paling best suka sgt bila dgr ikatan silaturrahim yg erat antara bloggersssss..smoga berkekalan hendaknya. Meriah!!!