Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, February 28, 2010

cinta

disebabkan, semalam bercuti ke negeri sembilan, hari ini ramailah pelangganku yang merungut. alhamdullilah, pelanggan yang setia terhadap kedaiku..citarasa rinduan..tak sia2x nama ini ayah mertuaku pilih...
sentiasa rindu dengan masakan atau...hehehehhe, ngan pekerjanya...

alahai...ada gak, gosip pekerjaku dengan pelanggan2..
ada yang berani usha dengan beri no telefon
aku kalau bab2x nie suka gak layan pekerja yang mana kena takle..
hahhaah, bukannya apa..kebanyakan pekerja ku terdiri daripada warga indonesia..
kemungkinan pelanggan aku tu dah tak kenal mana satu warga malaysia atau indonesia..maklumlah....
pekerjaku comel2x belaka....
tak ada yang body besar atau terlalu tua..
semuanya comel2x aka ala2 inul.....
huhuhuhuhu

ada satu cerita aku nak kongsi pasal kisah cinta pekerjaku....
memanglah salah satu pekerjaku ini seorang yang amat manis, lemah lembut...cara percakapannya pun buatkan pelanggan boleh terindu2x....

setiap hari, aku perasan ada seorang pekerja SAJ yang selalu usha baik kat dia....aku pun rasa mamat tu selalu datang tak kira masa...nak kata dia bekerja berdekatan loji kawasan aku tak juga, sebab yang aku maklum dia bekerja di loji kota tinggi...jauh tu kalau dia nak makan pagi,tengahari mahupun malam di tempat aku

di pendekkan cerita, dia ada beri no telefon, suruh pekerja aku call dia...
mula2x pekerja aku nie buat2x tak tahu....selepas sebulan baru tergerak nak call....alahai...cepatnya mamat tu merajuk..talian dah tak aktif...kesian juga kat pekerja aku nie..mula2x tak mahu sekarang dah mahu......
sampai sekarang mamat tu tak datang makan seperti dahulu...
kalau datang pun dia tak adalah nak toleh2x pekerja aku nie

nak salahkan siapa....??
begitulah lumrah perempuan.....malu tandanya mahu
kalau lelaki, sekali dah suka, bila cita ditolak....mulalah jauhkan diri
memang itulah kenyataan

so?....pada sesiapa perempuan yang dah mula suka tu...janganlah malu2x...berterus terang...tak payah nak malu2x...nanti melepas seperti kisah pekerja aku nie....kesian........



Saturday, February 27, 2010

perkahwinan sepupu di raja alias


salam sabtu 27 hb feb. 2010
aku nak kongsi majlis persandingan sepupuku samsinah dan suaminya di f Raja Alias 1,
aku dan suami bertolak dari f sungai sayong, kulaijaya agak lewat dalam jam 8 pagi, taget kami nak sampai dalam jam 1 tengahari....

aku diberi kepercayaan oleh hubby untuk memandu kereta untuk ke negeri sembilan...
memandangkan inilah pertama kali aku dapat memandu ke kawasan segamat,gamas,bahau...(kiranya kawasan yang belum aku tahluki) aku pun excited gila......potong sana,potong sini......
umai ngan hubby tak perasaan, depa tido lena sungguh

alhamdullilah jam 12 tengahari aku sampai..kiranya taget aku tersasar, namun amatlah menceriakan aku sebabnya dapatlah aku melihat pengantin bersolek...heheheh(padahal aku dah kena leter ngan hubby sebab bawa laju sangat, nasib ler, ko ayu...ko yang salah.....hehehehh)




umai dan makcik-makciknya( pangkat makcik lah depa nie walaupun umur masih kecik)
huhuhuhu



pink2x........ i like pink......same tema with my welding




seronok2x melihat majlis perkahwinan sepupuku...
sedang aku pikir untuk majlis adik pula minggu hadapan...
alangkah gabranya.maklumlah akukan perunding perkawinan adik.....

apa pun.......
aku nak mengucapkan terima kasih kepada semua saudara maraku yang hadir....dari johor, kuala lumpur dan negeri yang lain2x kita bersua di negeri sembilan......

minggu hadapan mai ramai2x ke f sungai sayong kulaijaya pula.............

tahniah untuk mak ngah dan pakngah sebagai tuan rumah, menantu dan anak-anaknya yang melayan kami dengan baik
semoga jodoh antara samsinah dan suaminya berkekalan hingga akhir hayat, jua dikurniakan zuriat yang soleh dan solehan

yang paling syok....aku dapat menyanyi dengan hubby sebagai acara memeriahkan majlis..layan.....

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidul Rasul, kepada umat islam didunia...aku nak berkongsi sedikit berkenaan maulidul rasul, dimana,Dalam satu riwayat hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Beruntunglah mereka yang melihat aku dan beriman kepadaku (Nabi mengungkapkannya sekali) dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku (Baginda mengulang ungkapan ini sebanyak tujuh kali).

Dan para ulama berpendapat menyambut Maulidur Rasul ialah antara amalan mengingati dan beriman kepada Rasulullah s.a.w. dan keperibadiannya yang boleh menyedarkan manusia akan tanda kebesaran Allah.

Firman Allah dalam Surah Al-Hajj membawa maksud “Barang siapa memuliakan tanda-tanda kebesaran Allah, maka sesungguhnya ia satu gambaran ketakwaan hati”.

Maka Maulidur Rasul yang disambut dengan rasa ketakwaan ini pada setiap majlis, ceramah atau forum akan mendekatkan umat Islam untuk menghayati keperibadian mulia baginda Rasul, meninggalkan segala yang ditegahnya, melaksanakan apa yang diajarkan, mengajak orang lain ke jalan dakwahnya, memperbanyak selawat ke atasnya dan mencintai ahli keluarganya.

justeru itu marilah kita bersama-sama mengamalkan sunnah rasullulah.......

menghadiahkan al-fatihah kepada baginda........semoga kita ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman...amin

Thursday, February 25, 2010




TOMYAM CAMPUR


BAHAN-BAHAN

  1. AYAM,SOTONG,DAGING.UDANG
  2. SERAI
  3. TOMATO
  4. BAWANG HOLLAN
  5. DAUN KETUMBAR\DAUN LIMAU NIPIS
  6. CARROT
  7. BUNGA KOBIS
  8. CILI PADI
  9. GULA
  10. GARAM
  11. AJINAMOTO
  12. PATI AYAM
  13. LIMAU NIPIS
  14. AIR

CARA MEMASAK

  1. MASUKKAN AIR KEDALAM PERIUK, MASUKKAN AYAM,DAGING,UDANG.SOTONG,
  2. MASUKKAN BAWANG HOLLAN, TOMATO, SAYURAN, GULA, PATI AYAM,GARAM, SERAI, AJINAMOTO, DAN PERAHAN AIR LIMAU NIPIS TUNGGU SEHINGGA MENDIDIH
  3. MASUKKAN CILI PADI, DAUN KETUMBAR\DAUN LIMAU NIPIS
  4. SEDIA UNTUK DIHIDANG

UNTUK MENAMBAH SELERA, HIDANG DENGAN MEE HOON ATAU MEE KUNING, SELAIN NASI PANAS.

kenangan

yuyu...
rindu dekat ko..nak kongsi gambar lama2 dalam simpanan aku....
mana tahu gambar asal nie hilang ker, kena rompak ker(haahhaah, sapa lah yg ingin rompak gambor buruk nie)

apa2 pun yuyu....
mai ler terjah gambar lama yang tersimpan dalam simpanan aku,,,,




pic kawin aku 24 hb ogos 2003

nie pula gambar lama dan terbaru... nampak macam ori gak eik.....wawawa..puji sorang2x


nie pic adik bongsu aku...pak usu....pic kanan tu masa umai umur 1tahun,


ini pula gambar kakak aku...sekarang dia duduk di kuala lumpur..rindu dia...terutama manja...
mak ngah dah lama tak jumpa.....
semoga mama dan papa bawa manja masa perkahwinan mijah....
tembabnya pipi......
huhuhuhuh

burung puyuh goreng tepung





BURUNG PUYUH GORENG TEPUNG

BAHAN-BAHAN

  • BURUNG PUYUH, 10 EKOR (BELI DALAM PAKET RM 24.00)
  • BAWANG PUTIH
  • HALIA
  • TEPUNG KFC(BELI YANG KILO,DALAM PEKET)
  • PATI AYAM(KNORR)
  • GARAM(SEDIKIT SAHAJA)
  • MINYAK MASAK

CARA MENYEDIAKAN
  1. BERSIHKAN BURUNG PUYUH
  2. BLANDER BAWANG PUTIH, HALIA, GARAM, LUMURKAN KE BURUNG PUYUH SELAMA 1 JAM
  3. TOSKAN BURUNG PUYUH, AGAR SENANG MENGGORENGNYA
  4. BUAT TEPUNG, GAULKAN PATI AYAM DENGAN TEPUNG KFC(JANGAN SESEKALI MASUKKAN AIR
  5. PANASKAN MINYAK MASAK, AMBIL SEEKOR-SEEKOR BURUNG PUYUH, LUMUH DENGAN TEPUNG, JANGAN MASUKKAN KESEMUA BURUNG TERSEBUT, KUATIR ADUNAN TIDAK RATA
  6. GORENG SEHINGGA WARNA KEEMASAN
  7. SELESAI UNTUK DI HIDANG(UNTUK 10 ORANG MAKAN)



HASIL YANG AMAT MENYELERAKAN....SELAMAT MENCUBA

(PERBEZAAN ANTARA BURUNG PUYUH GORENG YANG TIDAK MENGGUNAKAN TEPUNG KFC), RASANYA BERBEZA...LEBIH SEDAP BURUNG PUYUH DI PERAP LEBIH LAMA DENGAN HALIA DAN BAWANG PUTIH

Wednesday, February 24, 2010

forex online trading

salam....

kepada teman2 semua...ini berkenaan forex online trading.....
khas kepada yang berminat dengan perkhidmatan ini...sila lah ke:-






atau emailkan ke

1.exdatoxl@gmail.com

2.zj8632@gmail.com

3.paragon4xuk@gmail.com




Tuesday, February 23, 2010

persiapan



persiapan untuk majlis perkahwinan adik...kian hamppir...7hb march kian mendekat, aku rasakan masa terlalu mencemburi aku..maklumlah, nak jadi tuan rumah....hati duk,duk,,duk..... kalau mesin basuh, dah lama rosak
( teringat dulu2x basuh kasut sekolah adik kat mesin basuh, maklumlah mesin baru, masa zaman aku sekolah baju di basuh dengan tangan, bila mak beli....mesin baru aku mulalah basuh semuanya dengan mesin basuh, last2x aku kena bantai dgn mak,,,,, heheheh,,,bantai tangan aku nie hah....)


  • untuk persiapan seperti dokumen pernikahan adik, semuanya perfect, aku pun dah boleh tarik nafas....
  • khemah,kompang, alatan memasak aku dah confirm sewa dengan orang kampung
  • kad kawin semuanya dah diedarkan, kecuali makcik dan pakcik saudaraku yang jauh..aku call jer lah
  • peralatan cenderhati dan beg untuk saudara mara dan pihak lelaki semuanya dah sattle
  • mak andam, dah confirm
  • photografe aka my pren...go ready to snap...............aku yakin hanya pada kau sahaja...
tapi, ada lagi benda yang belum di buat iaitu:-

halaman rumah aku yang baru siap di cat, dapur yang di renovated......
berikut gambar yang aku ambil dalam mengemaskini halam rumah.....
aduss......ponat sungguh aku....alhamdullilah, pekerja membantu dalam menyegerakan kerja2 pembersihan...
terima kasih yang tidak ternilai untuk mereka






alhamdullilah
syukur, semuanya sempurna..............

dah tak sabar nak tunggu masa dan tarikh majlis adik....
kepada semua kawan2x blog ku......marilah beramai2 hadir ke majlis persandingan adik

tarikh: 7 hb march 2010
masa:11 pagi- 5.00petang
bertempat di: 85D, f sungai sayong, kulaijaya, johor


Monday, February 22, 2010

IBU

si tua, yang tidak kenal erti penat
si tua, yang tidak kenal erti lelah
si tua, yang tidak kenal erti marah
si tua, yang tidak kenal erti gentar

biar aku sedih, dialah si penyerinya
biar aku marah, dialah si pelembutnya
biar aku geram,dialah si penawarnya
apa jua, tingkah lakuku hanya dia yang tahu

selama 9 bulan 9 hari, mengusungku
melahirkanku
membesarkanku
menjagaku
tidak sekalipun rungutan dilemparkan
tidak sekalipun tomahan dipalitkan
tidak sekali pun libasan di lepaskan

harus, apakah balasan dariku...
harus, apakah yang aku berikan
harus ,apakah yang aku tunaikan....

balasnya tidak perlu
kerana cukuplah melihat aku senang dengan kejayaan yang dikecapi
tidak perlu dibalas dengan kebajikan
kerana dia tahu anaknya tidak akan mencalit kedukaan

terima kasih ibu
hanya kau yang memahamiku

(rentetan khas utk ibu tersayang)
tidak aku lupakan hingga akhir hayat...

Saturday, February 20, 2010

wahai suami renungkanlah

Wahai Suami

isterimu tidaklah sehebat Siti Khatijah



Perkahwinan itu menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikali tidaklah semulia Siti Khatijah
Tidaklah setaqwa Aisyah, tidaklah setabah Fatimah
Justeru........... isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita-cita untuk menjadi isteri solehah
perkahwinan itu mengajar suami isteri kewajipan bersama

isteri menjadi tanah dan kamulah langit penaungnya
isteri ladang tanaman dan kamulah pemagarnya
isteri kiasan ternakan dan kamu gembalanya
isteri adalah murid dan kamulah gurunya

saat isteri menjadi madu,kamu teguklah sepuasnya
ketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok, kamulah yang meluruskannya

perkahwinan menginsafkan kita, betapa perlunya iman dan taqwa
untuk belajar meniti sabar dan redha kerana Allah S.W.T

kerana kamu tidak memiliki isteri yang terhebat seperti dalam mimpimu
justeru kamu akan tersentak dari alpha kerana kamu bukanlah Rasullulah s.a.w
dan juga bukan Saidina Ali r.a
kamu cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi suami yang soleh


myMetro | Saya tak restu

myMetro | Saya tak restu

mak mana yang tak sayang anak, walau jauh, tetap mendoakan yang terbaik untuk anaknya

semoga anaknya sentiasa mengingati maknya.....

Friday, February 19, 2010

myMetro | Nikah koboi di asrama

ini, aku nak kongsi kepada kawan-kawan....
apa nak jadi entah dengan perangai manusia zaman sekarang
masa aku begelar pelajar, tak terfikir pun nak buat macam nie...
kalau ada mungkin orang lain bawa sijil
aku bawa anak dan suami
alahai.......................


bacalah.................


jadual hari cuti

Hari yang paling seronok dalam hidup aku telah berlaku.
suka aku nak kongsi dengan kawan-kawan.

pagi
  • selepas solat subuh aku bersama mak(mertua), suami dan kawanku berjogging bersama-sama, walaupun ini merupakan kali pertama mak bergogging, namun dia mempunyai keazaman yang tinggi untuk menyertai kami
tengahari
  • masak makanan tengahari ayam ungkap, kembung goreng, sambal goreng dan sawi jepun untuk keluarga tercinta, alhamdullilah selalu aku masak dikedai, namum hari cuti beginilah bakat memasak untuk keluarga aku praktiskan
petang
  • shopping dan mengedarkan kad perkahwinan adikku,
  1. f sg. sayong- kulai( bayar kereta di bank)
  2. senai (mengedarkan kad undangan), masa nie aku sedih sebab ada 2 tempat pembakaran terbuka telah berlaku, pokok dan lalang-lalang habis terbakar kejadian berlaku di Taman Aman , Senai dan taman perling
  3. angsana, syopping baju anakku dan suamiku...opss...dan aku sekali...heheheheh
  4. giants pelentong, shopping lagi
  5. tiram, edarkan kad perkahwinan
malam
  • sampai ke rumah bergurau senda bersama keluarga... aku mulalah mengayakan baju2 yang dibeli.......jangan cemburu..semua baju dah saiz M.......



dari awal tahun 2010, aku memang berazam untuk menurunkan berat badanku,
ramai kawan-kawan pun dah start menegur bekenaan berat badanku
kalau hubby ku pulak jernis yang memang tak pernah nak bising berkenaan diri aku, janji aku cukup makan, sihat, cergas dalam menjalankan setiap aktivitiku


maklumlah kalau dah menghadap makanan dikedai..
semua aku kena rasa,
asal goreng nasi aku mesti rasa, kalau aku goreng 50 orang makan,
korang kiralah sendiri berapa banyak kolestrol aku lahap...

nak berdiet memang kerja yang senang bagi sesetengah orang,
malah ada yang punya keinginan, bertahun-tahun simpan hasrat nak hilangkan lemak2 dibadan
tapi pelbagai halangan dan helah yang diberikan

tak kecuali, aku pun macam korang gak, punya keinginan nak cantik, jelita
tapi dah tak sedar diri yang makan tak ikut aturan
main masuk2x....keluar tak juga
mana lah spey tyre dok bertimbun sana sini

oleh kerana aku berkenan dengan seorang blogger yang paling aku gemari berkenaan displinnya...
aku mulakan dengan jadual yang diberikan....
pagi-pagi aku makan oat, tengahari pun oat, petang aku makan biskut, manakala kalau betul-betul lapar aku akan makan dalam kuantiti yang sedikit untuk pengambilan nasi,
sayuran, buahan dan air suam adalah makanan yang rutin dalam 2 bulan ini.
minyak, lemak semuanya aku tolak tepi
manakala makanan ringan aku buat dek jer......kalau ada depan mata, takut aku hancuskan diet nie



jogging, work up pula aku buat setiap minggu,
nie pun bergantung kepada masa yang terluang
kekerapan adalah pada hari jumaat a.k.a cuti

inilah hasil yang aku perolehi semasa tempoh aku berdiet


gambar ini aku ambil pada hari ini ( 19hb 2.2010)


ini pula gambar sebelum aku memulakan sesi berdiet

kepada rakan-rakan sekiranya anda berdisplin, jaga makan dan minum
insyallah, kejayaan milik kita pasti beroleh dalam masa yang diingini

jangan pula kita sibuk makan ubat kurus yang tak terjamin kandungannya....
amalkan sifat berhati-hati demi kesihatan sendiri

akhirkata
DIRI KITA, HAK PERIBADI

Thursday, February 18, 2010

myMetro | 2 jam pisau di leher adik

myMetro | 2 jam pisau di leher adik

Dugaan


alhamdullilah...akhirnya terik mentari yang mengakibatkan tanah-tanah kering, pokok2 sayuran ku kering dan layu, malah ada yang mati..
aku, terpaksa mencatu air dalam tempoh 2 bulan sebelum ini, kuatir bekalan minuman dan mandian kehabisan..

inilah lumranya alam, tak semestinya cerah, tak semestinya gelap....namun untuk tahun ini aku merasakan sungguh hebat dugaan Illahi..namum syukur kepadanya, penjual ABC tak kering tangan mengayuh mesin ABC, perniaga air tumbuh bak cendawan di sepanjang perjalanan...

aku hanya membasahkan tekak dengan air masak atau suam, kerana bagiku air itu lebih membuatkan aku bertenaga, mujur air suling ada dirumah dn di kedai..tapi, tetap aku memasakknya, kuatir memudaratkan keadaan terutamanya kulitku...

Syukur pada 18hb 2, hujan turun sepintas lalu, selepas maghrib menandakan Allah mendengar doa kami.....Amin... sehingga 19hb masih lagi berlaku hujan sepintas lalu, namun itu cukup mengembirakan hati ku daripada bumi tidak dibasahi air...






pelanggan dikedaiku besorakkan apabila hujan turun, walaupun tak lama....itu memadai bagi kami...syukur

masa ini aku drive....sempat lagi aku take pic..ehheheheh,mujur ler hubby aku bawa keter lain...kalau tak aku dh kena lazer.....panas2x...heheheeh

sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya..yang dapat ku simpulkan
  • kami, sekampung bermuafakat dan saling berkerjasama dalam mengatasi masalah sesama, hinggalah wujud toleransi sesama kami
  • membuktikan bahawa dugaan yang melanda disekeliling, kita perlulah bersyukur atas apa yang berlaku,bahawa ada negara lain yang lebih menderita dari negara kita sendiri
  • menginsafi diri dan membersihkan diri dalam menangani setiap masalah..
  • saling membantu dalam bentuk tenaga untuk melebarkan takungan air dan menyekat pengaliran air ke takungan SAJ, hasil gotong royong kami

Wednesday, February 17, 2010

pitam








yuyu
aduh...........seronok kalau layan jogging hari-hari, tapi tak seronok kalau aku jogging sekali dlm seminggu....
kesan aku tak berjogging
punah semua tulang2x aku...
letih sungguh...
sering mengantuk
penyakit malas kembali menyerangku

nasib aku cepat tersedar
nasib aku lekas2 bertindak
kalau ku biarkan alamatnya

makin bumm...lah body ku
baru ada org puji sikit aku dh megah diri....
baru org sweet sikit aku dh bangga diri

ayu.......
bangun3x.....
pi jogging sana....
kayuh rider
buat work up


(eik.......sapa yg tulis atas tu...aku ker........yeye aku lah tu.....khas peringatan utk aku)

thanks........................aku dah mula sedar diri..lalalalallalala

asam pedas


menu untuk5 orang makan


BAHAN-BAHAN

  • bawang merah
  • bawang putih blander bumbu ini
  • halia
  • kunyit
  • tomato
  • asam keping
  • garam
  • ajinamoto
  • air putih
  • daun kesum
  • ikan merah@ikan tenggiri@ikan pari
  • kacang bendir

CARA MENYEDIAKAN

  • tumis bahan-bahan yang telah diblander sehingga naik baunya
  • masukkan garam,ajinamoto, sos cili, asam keping dan air, tunggu sehingga mendidih
  • masukkan ikan satu persatu dan masukkan kacang bendir
  • siap untuk dihidang


Tuesday, February 16, 2010

rahmat





yuyu...
rindu sungguh nak berbual dgn kau..
rindu nak bercinta dgn kau....
rindu nak melekat dgn kau...............

tapi, ada sahaja yang menghalang kita bersama....biasalah depa dok jelous kot...ehehehehehhe
amboi2x....

ditambah dengan urusan majlis perkahwinan adik iparku 7hb 3.
dengan alahan kulit yg aku hadapi....eik...br 3 ari aku kena diserang penyakit nie...alhamdullilah..syukur sudah ada tanda2 akan pulih..maklumlah aku nie memamg penakut bab2x ada sakit, cepat2 aku atasi, walaupun ubat ini kuat hingga mengakibatkan aku mengantuk, namun aku tetap menjalankan aktiviti sepeti biasa, alamak...
4 hari aku dah cuti berjogging, cuma work out sahaja aku lakukan....
janganlah nik balik body nie...hancus.....

buat yuyu......
bukan suka2x aku dapat join group nie...
pelbagai ilmiah mahupun pengalaman
disamping mengeratkan hubungan silatullahim dapat juga berkongsi kisah dan tauladan...
inilah hikmahnya be fb dan ber blog.....
bak tradmark ASTRO ` macam2 ada`..eheheheheh


terima kasih tak terhingga aku ucapkan kepada suami tersayang yg banyak memberi dorongan untuk aku join http://www.top100wanita.blogspot.com/
kepada en ben asharri yang banyak memberikan info untuk ku..
kepada kedua ibu bapaku,mertuaku
kepada kawan2x fb terutama kak elee,kak sri diah, hazra, si isma dan kembarnya(kuching mari).......luv u so much

semoga kalian sudi untuk mengundiku di


dan di



Sunday, February 14, 2010

paste bandung...untuk tempahan




Sebut sahaja lontong, mee kari dan mee bandung amatlah mengecurkan bagi pengemar masakan selatan...Di CRR, aku menjual masakan mee bandung dan paste bandung.
Mee bandung merupakan masakan paling popular disekitar johor, terutamanya daerah muar dan batu pahat.
Namun, di kulaijaya terutama yang mengunakan jalan kulai-kluang pasti tidak teragak2 untuk merasa mee bandung di kedai aku...
Idea ini telah di buat oleh Ibu mertuaku iaitu Puan Rusliah Bakar, beliau menciptanya hasil daripada gabungan ibu mertuanya yang menjual sate..paste sambal kacang yang digunakan telah diubah suai menjadi paste bandung..






paking berwajah baru.......prestasi kena dinaikkan,maklumlah kena ubah secara perlahan2... tempahan sebungkus RM 4.00 (bagi kawasan luar aku akan mengenakan caj pos), mengikut keadaan kos yang di letakkan oleh pejabat pos malaysia





memasak paste bandung amatlah merumitkan, memandangkan tempoh memasak selama 9 jam..dengan suhu api yang perlahan...
(Api tidak digalakkan terlalu kuat,kuatir bahan akan rosak\hangit
selalunya akan mengunakan serai dalam 10 kilo, lada kering 3 kilo, gula 4 kilo..manakala halia,bawang besar, bawang kecil,kunyit dan bawang kecil disukat mengikut aturan yang tetap..
sekiranya bahan-bahan terlebih atau terkurang, paste bandung tidak tahan lama atau sesedap yang dirasa,,,

sudilah ke kedai ku
CITARASA RINDUAN
NO 1,JALAN BESAR
FELDA SUNGAI SAYONG,
KULAIJAYA
07-8978477

atau inboxkan alamat anda ke fb saya

Tuesday, February 9, 2010

hadiah..............sukanya....



salam tengahari........
aku masih bersemangat untuk meneruskan diet,..ambil petua dari blogger yang ku anggap banyak memberikan info dan maklumat berkenaan cara hidup yang sihat.
alhamdullilah,akhirnya berat badanku bekurangan...nasi mmg aku cuba elakkan, hanya cuti jumaat sahaja. aku akan mengambil kesempatan untuk makan nasi,sambil melayan keluarga tersayang..

semalam, pagi aku jogging bersama kawan baikku, aku makan oat sahaja, tengahari pun aku makan oat juga....maklumlah..baju2x lama dah boleh dipakai, heheheh, maksudnya mmg berkesan sungguh petua dari En. Ben Ashaari, terima kasih tak terhingga pakcik...hehehehe, marah dia aku panggil pakcik..wawawawa

dalam jam 6 petang.......cewah......aku dihadiahkan dengan makanan yang dah lama aku tak usik, agak2 dah 1 tahun..aku buka kotak, peeh.........dunkin donut tu...
suka2x... aku makan 3 biji, 3 biji lagi aku sedekahkan pada pekerja dan anak jiran kedai runcit....




terima kasih tak terhingga kepada adik ipar kesayanganku,
tak lama lagi dia akan mendirikan rumahtangga....
semoga hari bahagia akan terlaksana dengan jayanya..
maklumlah akukan juru penasihatnaya a.k.a juru runding majlisnya...
heheheh, tak gitu,,wwawawawa

Monday, February 8, 2010

petua khas untuk masalah jantung


malam ini ingin sekali aku berkongsi dengan teman2....
yuyu....still berjaga, menemanku dengan penuh kyusuk....
tak pernah jemu-jemu dia memandangku...
dari atas hingga ke bawah..
ops...., baik ku cerita berkenaan kesihatan...
lebih2 aku yang jenis suka mengamalkan cara hidup sihat.



Masalah jantung, penyakit yang membunuh pesakit dengan perlahan-lahan tanpa pesakit sedari. Tidak semestinya kita kurus, kita tidak menghadapi masalah jantung. 90% pesakit yang menghadapi tidak sedar. Akibat tidak menjaga penampilan dan kesihatan diri sendiri, menanggap remeh dengan penjagaan diri.

Tanda2x masalah jantung
  • kerap berasa bedebar2..maksudnya, tiba2 jantung atau dada akan bedebar2 dengan laju walaupun ketika sedang membaca atau bersantai
  • berpeluh pada dahi, kerap merasa sakit pada dada, sering mencugap, kadangkala ketika solat, pesakit akan berasa mencungap.
  • alah kepada cahaya matahari, mudah berpeluh dan tidak selesa dengan cahaya matahari
  • tapak tangan yang basah dalam keadaan yang tidak menentu

Pencegahan
  1. Hentikan pengambilan makanan segera yang tidak menyihatkan, minuman berkarbonat, minuman segera, krimer bukan daripada susu
  2. Elak makan ais krim yang mengandungi krimer yang tinggi, membuat air minuman dengan krimer selain susu. Memakan makanan yang mengandungi majerin, makanan terproses seperti burger, nugget, kentang goreng dan kentang berperisa
  3. Tabiat mandi selepas makan menyebabkan perut dan jantung menjadi lemah, menyumbang kepada serangan jantung bagi jangka panjang
  4. Kurangkan makan nasi lemak di kedai2, elok dimasak sendiri mengikut kesesuaian kesihatan diri

Amalkan
  • Makan kacang hijau yang direbus pada setiap hari, caranya dengan mengambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air selamat 10minit, rebus (tidak terlalu kembang tanpa garam) buang air dan makan kacang hijau untuk amalan harian.
  • Amalkan jintan hitam atau habatussauda setiap hari(biji jintan diakui oleh Rasullulah SAW ubat kepada segala penyakit kecuali mati
  • Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, daun ubi, pucuk betik, pegaga dan ulam-ulaman

Bagus untuk pesakit yang baru mula menghadapi masalah jantung atau sudah lama bermasalah jantung untuk mengamalkan petua diatas........

hujung minggu


hujung minggu merupakan waktu kemuncak kedaiku di banjiri manusia...dimana aku tak dapat nak duduk melayan pelanggan atau nak merehatkan badan walau seminit..selalunya sekitar 6petang sehingga 10malam adalah waktu tenat akan berlaku,.alhamdullilah syukur atas rezeki yang kami perolehi

ditambah dengan permintaan makanan yang banyak dan tidah putus2..aku akan terperuk di dalam ruang memasak, selain membantu pekerja yang kurang cekap atau yang kurang berpengalaman untuk mempercepatkan menu2...

setiap pekerja akan ditugaskan dan dibahagikan mengikut kemahiran yang ada, aku akan bercinta dengan si sudip dan kuali dibahagian lauk pauk, tomyam dan sop,heheheeh part nie, hubby aku lagsung tak cemburu...yelah kalau bercinta dengan orang dah sah2x aku kena ganyang...
.... selainnya pekerja yang berpengalaman akan menggoreng nasi,mee dan selainnya..


gambaran kedai aku semasa jam 10.10 malam...waktu ini, pelanggan dah mula bekurangan


mak saudaraku si tauke sate........mmg lazat satenya....rugi tak beli, secucuk, gerenti nak lagi2....hari2 mau.....peeh ilang diet kalau aku hentam selalu


suami tersayang yang khusus melayan pelanggan




kepada semua, sudi2 singgah ke kedai makan ku

CITARASA RINDUAN
NO 1, JALAN BESAR
FELDA SUNGAI SAYONG
81000 KULAIYAJA
JOHOR

Sunday, February 7, 2010

bolehkah aku




hai yuyu....
ramai yang mempertikaikan tentang kebolehan aku
ada yang kata buat apa ko suff internet?
tak ada kerja lain ker?
asyik chat jer, hubby tak marah ker?

memanglah aku nie sibuk dengan berniaga..
tapi aku ada naluri dan kehendak juga
seperti wanita yang lain
punya kebolehan...kejayaan
kalau mereka boleh
semestinya aku boleh...
BOLEH APA TU?

aduh...............
jawapan aku.............
boleh lakukan sesuatu yang lain dari diri aku
contohnya dengan memperkenalkan kedai makan...CITARASA RINDUAN..
keistimewaan, apa makanan yang lazat2 dijual....
buat penat jer kedai makan ku bernama CRR...
mestilah nak orang sentiasa rindu.......
bukan rindu orangnya yer...
rindu kat makanannya,....
heheeheh

okeylah,..aku terus terang
aku sedang bertukus lumus dengan pertandingan tau
shyy......
bukan ratu cantik tapi......jeng2x....

suka2 jer aku kan...........yang penting hidup kena happy...
jangan asyik berdepan dengan masalah..kalau nak di ikutkan memang semua orang tak akan dapat lari daripada masalah.....dari yang kecil atau yang besar....


apa pun........kepada semua kawan2x
bantulah aku merialisasilakan impian.....
tanpa bantuan kalian siapalah aku
(ewah3x......macam pertandingan AF pula)...
wawawawa....

mari ramai - ramai vote aku

salam ahad........


selamat pagi yuyu
salam ahad..dan selamat berhujung minggu
hari ini,aku tak bekerja pagi, alah2x roling shift dengan mak...so,petang sahaja aku ada dikedai sehingga lewat malam

memandangkan hari ni, aku tak ada aktiviti mengemas...aku lebihkan masa untuk jogging..
seawal 7pagi,aku telah berjanji dengan kawan baikku untuk berjumpa dipadang awam f sungai sayong..

udara hari ni,elok...sejuk,walaupun begitu..hawa jam 8 pagi dah mula panas,bila kami jogging....peluh mula menitik...4 kali round,kami tak sedar yang kami ada kelas j-robik.....

sampai sahaja ke dewan sri sayong...peserta tak berapa ramai...
namun,kami teruskan juga, aku nie dah lah tak pernah join.... rasa macam ayam berak kapur pula.,...macam2 langkah...........hancus pun ada.......

wawawawa......tapi..aku teruskan juga langkah2x...ada zapin, poco2, taichi..mambo pun ada........
redah jer lah ayu...............


tema kelas kami merah............janji merah....



setengah jam kami meneruskan langkah2x j-robik... maka bertambah2x pula perserta..........
perbezaan antara j-robik dan senaman lain..aku rasa ianya lebih mudah...peluh pun keluar lebih laju....harap2x cepatlah aku pelajari langkah2x j-robik ini.....