Ada kisah disebalik pertemuan semalam - jumaat (jam 9.15 Malam)
Maaf entry ini sangat panjang, tapi ianya kenangan yang teristimewa untuk simpanan daku.
Kisah 29 Ogos 2012
Bila mendengar suara kakZakie, hatiku terus teruntun hiba,, "Atok Eksiden Ayu".... (lemah suara kakZakie, selang seli dengan tangisannya), masa itu niatku untuk mempelawa kakZakie sekeluarga ke Teratak CMG untuk perhimpunan Raya pada 31 Ogos terbantut.
Pada masa yang sama, dikepalaku hanya ingin segera ke HSA, hospital yang ditempatkan ayah kakZakie, sambil ku update FB untuk memberitahu berita sedih tentang situasi yang menimpa kakZakie di bulan Syawal, ajak sesiapa yang hendak melawat ayah kakZakie di HSA. Akhirnya aku dan blogger GB mengambil keputusan untuk ke HSA pada 30 Ogos (jumaat) selepas waktu office GB berakhir iaitu kira-kira jam 6 petang .
Kisah 30 Ogos 2012
Dalam perjalanan ke HSA, sambil ditemankan kedua orang tuaku dari Mersing aku terfikir untuk menanyakan wad mana atok berada, mungkin masa itu aku baru terfikir nak tanyakan soalan itu, walahemah sejak dari awal pagi aku dah simpan hasrat untuk telefon awal-awal. Sibuk memasak di CR daku terlupa.
"Atok dah dcaj Ayu, sekarang kak bawa atok ke rumah ( taman Damai, Senai) suasana rumah kelam kabut sikit.."
"Alhamdullilah", bisik hatiku, gembira sebab Atok dah pulang ke rumah,.
"Abah, pusing semula.. kita patah balik, sebab ayah KakZakie dah keluar wad..", aku beri arahan pada ayah kandungku, sebab semasa ke HSA aku minta abah drive.. hujan turun dengan lebat tika itu.
"Kenapa tak terus kerumah kawan ayu?, Ibu tanya dengan tenang.." walahemah dia tau anaknya nak sangat berjumpa ayah kawannya yang cedera kemalangan
"Kakak takut menyusahkan KakZakie, faham dia pasti bingung bila ayahnya yang sakit ditempat baru" aku jawap ringkas dan padat.
Khamis 13 September
Ayu, atok makin sihat,.. alangkah indahnya bila suara kakZakie ceria dihujung corong telefon, panggilan dari kakZakie meyakinkan aku, kakZakie sudah gembira dari dukanya sejak awal Syawal lepas..
Selasa 18 September
Dik, jommm dating ngan kakZakie,
Jommmm
(itulah whatsApp antara aku dengan blogger GB)
21 September 2012
Akhirnya, pertemuan kami menjadi kenyataan.. Keramahan suami tersayang kakZakie, jua membuatkan aku tak ada rasa malu, pertemuan kali ini sangat special apabila En Zalie, Umai, MIL, blogger GB dan sahabat baik.. (eh!! jantina still rahsia ya) sangat indah dan santai2..
Atok?? Jangan terkejut sangat2 ya.. Atok sangat sihat, bantuan dari anak, doa dari semua keluarga dan sanak saudara atok, kini atok kembali sihat, nak tengok wajah atok terkini? sila
klik ke blog kak Zakie ya.
Saat aku bertemu semalam, atok berdiri.. berjalan ke arah kami, aku tergamam... dan lebih tergaman sebab atok boleh speaking LONDON, India, Cina dan macam-macam, siap bertutur jawa dengan kami, aku? Ternganga sudahhhh, Hahahha, Cayalah atok.
Pertemuan semalam juga membuktikan blogger
TITiSAN NURANI (kali ke dua sebenarnya daku bertentang mata dengan kakZakie) bukan sahaja ramah di alam maya, malahan tetap manis dan ramah di dunia nyata, tambahan lagi air tangannya sangat superrrr...............
Buktinya?
(pingganku sangat sarat dengan lauk pauk hasil tangan kakZakie, kredit untuk En Suaminya yang sentiasa membantu)
(cekap sungguh dan bertuahnya suami kakZakie ada isteri yang mahir dalam apa2 pekerjaan, walau menguruskan ayahnya tetap memasak pelbagai)
(inilah sahaja wajah yang dapat ku rakamkan, yang lain-lain sangat malu untuk bergambar bersama, begitu juga wajah kakZakie, dia memang sangat pemalu, tapi sangat cantik dan manis)
PS: moga persahabatan kami semua berkekalan hingga hujung nyawa, terima kasih daun keladi buat seluruh family kakZakie yang melayan kami dengan ramah, tak segan pun semalam.. siap tambah2 lauk lagi, Umai? main sorang2 dengan permainan adik (anak bungsu kakZakie)