Selamat petang sahabat, hari ini selepas membuat urusan diluar.. jam 9.30 pagi dah sampai ke rumah.. sebagai peniaga memang waktu rehatku terbatas, lebih-lebih lagi menguruskan keperluan sendiri sebagai seorang isteri, menantu dan ibu kepada anakku Umai.
Alhamdullilah, menu tengahari ku masak ala kadar, dengan bantuan ibu mertuaku sebab keterujaan aku menyambut hadiah hari IBU buat mertuaku yang sampai tiba-tiba, terkejut lah kan sebab sedang seronok menyanyi2 di dapur, 2 orang pemuda kacak, statment nie boleh menyebabkan paras darah tinggi En Zalie naik meluap, memberi salam, mujurlah sempat sarung tudung.. kalau tidak pasti aku pitammm.
Jom kawan-kawan kita semak resepi Ikan Siakap masak Stim masam (terima kasih buat jiran sebelah rumah yang bagi limau kasturi, stok limau ku habisss)
Bahan-bahannya.
1) Ikan siakap 2 ekor (di bersihkan kulitnya, dikelar2 dan dibasuh)
2) Tomato 2 biji (dihiris halus)**
3) Bawang Besar 1 Biji, molek bawang hollan (dihilis)**
4) Bawang putih 3 Biji, (dipotong dadu)**
5) Halia sebesar ibu jari (dipotong dadu)**
6) Cili padi 3 Biji, Lada merah 2 Batang (dipotong halus)**
7) Garam sedikit
8) Ajinamoto sedikit
9) Limau kasturi atau limau Nipis (ambil airnya)
10) Air untuk rebusan pengukus
11) Daun ketumbar
(masih dalam kukusan, nampak sangat kami belum sempat makan lagi, menanti en Zalie dari solat Jummat)
Cara Menyediakan
1) Isi air didalam kukusan, rebus air hingga mendidih.
2) Masukkan Ikan, bahan-bahan bertanda **, garam, ajinamoto kedalam kukusan.
3) Apabila ikan sudah mendidih, taburkan daun ketumbar. Keluarkan ikan kedalam mangkuk,sedia untuk dihidangkan. Hias limau nipis yang telah dihiris.
PS: jam 4 petang, ku perlu keluar ke bandar, pastinya membeli bahan basah untuk keperluan Citarasa Rinduan,Ada sesiapa nak bantu tolakkan troli??
10 ulasan:
ikan stim ni makan panas-panas sedappp!!
akak tolong tolak... upah aiskrim SC ya.. hihi
Rina:
kan.... kalau sejuk.. tak payahlah.. tadi en zalie dan MIL dah makan.. kak ayu biasalah on diet
kak Yus:
boleh.. no hal...
TF tamo ker?
siakap stim ni klu dapat kat mas..
memang ratah gitu jerk..
sedappnya tengokk..
bestnyer... sgt istimewa jd nyer ikan siakap stim itu...
Malam ini dan esok pagi kakcik pun agak sibuk untuk buat sedikit majlis doa selamat esok malam. Macam2 hal yang telah dan akan terjadi, maka perlulah kami memanjatjkan syukur kepada Ilahi.
sebenarnya.. memang mengidam nak makan ikan stim ni..hihihi
sedapnya...
iols kelaparan hoccay tengok ikan siakap stim tu...
nasib baik dh msk 2 hari lepas kalau tak mesti kena masak lauk ni sbb peberet js..hihi
sedapnya siakap stim tu ayu!
Post a Comment